GeForce

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

GeForce ialah suatu jenama unit pemprosesan grafik (GPU) yang direka oleh Nvidia. Setakat edisi terkini (GeForce 30), ada 17 jenis rekaan yang telah dilancarkan. Produk GeForce terawal merupakan GPU diskret yang direka bagi papan grafik tambahan bagi pasaran permainan komputer darjat tinggi, dan pembelbagaian dalam versi-versi lanjutan melitupi semua jenis pasaran grafik komputer, daripada jenis GPU terbenam ke papan induk kos rendah,[1] hingga jenis lazim. Kini, teknologi GeForce telah diperkenalkan ke dalam kelompok pemproses terbenam Nvidia bagi tujuan peranti mudah alih.

Berkenaan GPU diskret, Nvidia's GeForce dan GPU Radeon milik AMD sahaja yang masih menjadi pesaing dalam pasaran ini. GeForce menguasai pasaran unit pemproses grafik tujuan lazim (GPGPU) hasil daripada arkiteksur CUDA.[2] GPGPU dikatakan dapat mengembangkan fungsi GPU, melangkaui tujuan pemprosesan grafik 3D, menjadi perkakasan pengkomputan berprestasi tinggi yang dapat melaksanakan kod-kod pengaturcaraan seperti CPU, tetapi dengan kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "GeForce Graphics Cards". Nvidia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2012. Dicapai pada 7 Julai 2012.
  2. ^ https://drops.dagstuhl.com/opus/volltexte/2020/12373/pdf/LIPIcs-ECRTS-2020-10.pdf[pautan mati kekal] Dagstuhl