Gear

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Animasi gear lain saiz yang saling bergeseran

Gear atau roda gigi ialah sejenis komponen mekanikal berputar yang bergerigi di luarnya membolehkan pemindahan tork putaran dengan lancar dan teratur semampu daya yang ditekankan kepada komponen bergerigi sepadanan lain yang tersambung seperti roda atau rod.[1] Dua gear (atau lebih) yang bekerja seiring dipanggi transmisi dan boleh menghasilkan faedah mekanik melalui nisbah gear dan dengan itu boleh dianggap suatu mesin ringkas.

Gear biasanya digunakan di dalam alat transmisi. Bergantung kepada binaan dan susunan, peranti bergear boleh menghantar daya pada kelajuan, tork ataupun arah yang berbeza daripada sumber kuasa.

Terdapat pelbagai jenis gear mengikut jenis gigi dan bentuk gear itu sendiri. Gear paling mudah dipanggil "gear taji" (seperti dalam animasi di kanan).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Herlambang Sigit Pramono; Andik Asmara (2018). Dasar Rekayasa Sistem Mekanik. Yogyakarta: UNY Press. m/s. 39. ISBN 978-602-5566-94-3.