Getai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Getai [gĕ-tai] (Cina Ringkas: 歌台; pinyin: gētái, panggung lagu"), adalah persembahan langsung yang biasa digelar semasa Perayaan Hantu yang lazim diadakan di Singapura, Malaysia dan beberapa kawasan di Indonesia terutamanya di Kepulauan Riau dan Sumatera Utara. Persiapan untuk acara ini biasanya terdiri dari struktur sementara yang diadakan di pinggiran kota atau di mana-mana lapangan kosong atau bahkan di tempat letak kereta atau kawasan perumahan.