Green Day

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Green Day
Green Day ketika konsert 2013.
Latar belakang
Berasal dariEast Bay, California, Amerika Syarikat
GenreRock punk, punk pop, rock alternatif
Tahun aktif1987–kini
Syarikat rakaman
Lookout!, Reprise
Pengkarya berkait
The Lookouts
Pinhead Gunpowder
The Frustrators
The Network
Foxboro Hot Tubs
Laman sesawang
greenday.com
AhliBillie Joe Armstrong
Mike Dirnt
Tré Cool
Bekas ahliJohn Kiffmeyer

Green Day ialah sebuah kumpulan rock dari Amerika Syarikat yang dianggotai oleh Billie Joe Armstrong (penyanyi utama, gitar), Mike Dirnt (pemain bes) dan Tré Cool (pemain dram) yang ditubuhkan pada tahun 1987. Tré Cool menganggotai kumpulan ini sebahagian besar daripada kerjayanya sebagai pemain dram kumpulan Green Day selepas John Kiffmeyer - pemain dram asal kumpulan ini - berhenti untuk melanjutkan pelajaran di kolej.

Green Day memperjuangkan genre punk rock dan mula bermain di 924 Gilman Street di Berkeley, California. Green Day menandatangani kontrak pertamanya dengan sebuah syarikat rakaman indie iaitu Lookout!Records. Pada tahun 1994 Green Day muncul dengan album utama mereka yang pertama iaitu Dookie dan album itu menjual lebih 10 juta unit di Amerika dan menjual lebih 15 juta unit secara keseluruhan. Dengan penjualan album itu Green Day telah menjadi antara kumpulan punk rock yang berjaya setanding dengan kumpulan-kumpulan punk rock yang lain seperti The Offspring dan Rancid. Green Day muncul dengan tiga lagi album selepas itu - Insomniac, Nimrod dan Warning, tetapi kesemua album itu tidak dapat jualan yang baik seperti album pertama mereka Dookie. Pada tahun 2004, Green Day muncul semula dengan album yang berkonsepkan rock opera American Idiot dan dengan album ini Green Day kembali popular terutamanya dengan peminat yang lebih muda. Di Amerika album American Idiot menjual 5 juta unit. Pada bulan Mei tahun 2009, Green Day akan muncul dengan album ke-lapan mereka iaitu 21st Cetury Breakdown.

Secara keseluruhan Green Day telah menjual lebih 65 juta unit termasuk 22 juta unit yang terjual di Amerika. Green Day telah memenangi tiga Anugerah Grammy;Album Alternatif Terbaik untuk album Dookie, Album Rock Terbaik untuk album American Idiot dan Rekod Of The Year untuk lagu Boulevard of Broken Dreams.

Sejarah Green Day[sunting | sunting sumber]

Penubuhan dan Era Lookout!:1987-1993[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1987, Billie Joe Armstrong dan Mike Dirnt, berumur 15 tahun pada masa itu, menubuhkan sebuah kumpulan bernama Sweet Children. Persembahan pertama Sweet Children berlaku pada 17 Oktober 1987 di Rod's Hickory Pit di Vallejo,California dimana ibu Billie pernah bekerja. Pada tahun 1988, Billie dan Mike mula bekerja dengan bekas pemain dram Isocracy, John Kiffmeyer atau lebih dekenali dengan nama Al Sobrante. John bukan sahaja bekerja sebagai pemain dram kumpulan itu tetapi beliau jugalah yang menolong kumpulan itu menempah tempat-tempat untuk kumpulan itu membuat persembahan sambil membentuk peminat mereka sendiri.

Larry Livermore, pemilik syarikat Lookout!Records menyaksikan persembahan kumpulan itu dan menawarkan mereka kontrak rakaman. Pada tahun 1989, mereka merakamkan EP pertama mereka, 1,000 hours. Sebelum 1,000 hours dikeluarkan, kumpulan itu menggugurkan nama Sweet Children supaya tidak keliru dengan satu lagi kumpulan di daerah yang sama iaitu, Sweet Baby. Oleh itu mereka menukarkan nama kepada Green Day sempena kegemaran mereka kepada marijuana.

Lookout kemudian menerbitkan LP pertama Green Day, 39/smooth pada awal 1990. Green Day kemudian menghasilkan 2 lagi EP pada tahun itu iaitu: Slappy dan Sweet Children, dimana EP kedua mereka mangandungi lagu-lagu lama yang pernah dirakamkan dengan syarikat indie Skene!Records. Pada tahun 1991, Lookout!Records menerbitkan 1039/Smoothed Out Slappy Hours, sebuah kompilasi daripada EP mereka iaitu:39/smooth, Slappy dan 1,000 hours. Pada akhir tahun 1990, John Kiffmeyer meninggalkan kumpulan Green Day untuk melanjutkan pelajaran di kolej. Oleh itu pemain dram kumpulan The Lookout, Tré Cool mengisi tempat John sebagai pemain dram sementara tetapi apabila John kelihatan seperti tidak akan kembali dengan Green Day, Tré Cool diambil sebagai pemain dram tetap kumpulan Green Day. Sebahagian besar tahun 1992 dan 1993, Green Day melawat dan membuat persembahan di banyak tempat di Eropah. Green Day menghasilkan album kedua mereka, Kerplunk yang dapat dijual 50 ribu unit di Amerika, satu penjualan yang dianggap besar untuk sebuah kumpulan punk rock bebas pada tahun 1992.

Kejayaan:1994-1996[sunting | sunting sumber]

Dengan penjuallan besar album Kerplunk, Green Day telah berjaya memikat banyak syarikat rakaman utama dan akhirnya mereka meninggalkan Lookout!Records dan menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman utama, Reprise Records. Green Day kemudiannya mengeluarkan album utama pertama mereka, Dookie pada Februari 1994 dan Green Day hanya memerlukan 3 minggu sahaja untuk merakamkan album tersebut.

Album Dookie membuatkan Green Day semakin berjaya dengan lagu-lagu dari album itu seperti 'Longview', 'Basket Case' dan 'When I Come Around' menduduki tempat pertama di carta Modern Rock Tracks. Pada tahun itu juga Green Day telah membuat banyak persembahan dengan banyak artis seperti Pansy Division dan di banyak tempat seperti di Boston Esplanade, Lollapalooza festival dan Woodstock 1994. Dengan persembahan mereka Green Day telah memikat ramai peminat sehingga album Dookie mencapai status diamond dan pada tahun 1995, Dookie memenangi Anugerah Grammy untuk Album Alternatif Terbaik. Album Dookie juga telah dicalonkan untuk 9 anugerah di MTV Video Music Awards. Pada tahun 1995 juga Green Day telah mengeluarkan single bertajuk 'J.A.R' dan single itu terus menduduki tempat pertama di carta Billboard Modern Rock Tracks.

Green Day mengeluarkan album seterusnya, Insomniac pada tahun 1995. Album Insomniac berlainan dengan album Dookie yang lebih pop dengan muzik dan konsep untuk album Insomniac lebih kepada rock. Walaubagaimanapun album tersebut tetap berjaya dijual dengan baik tetapi tidak sebaik dengan album Dookie dengan penjualan 2 juta unit di Amerika. Album itu berjaya mendapatkan Green Day pencalonan di American Music Awards pada tahun 1996 dan video 'Walking Contradiction' telah dicalonkan di Anugerah Grammy untuk Video Terbaik dan juga dicalonkan di MTV Video Music Awards untuk Kesan Video Terbaik. Pada tahun itu juga Green Day telah membatalkan rancangan untuk membuat persembahan di seluruh Eropah kerana kepenatan.