Guam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wilayah Guam
ويلايه ݢوام
Guåhan
Bendera Guam
Jata Guam
Bendera Jata
Cogan kataYang mana Hari Amerika bermula
Lagu kebangsaanFanohge Chamoru
Lokasi Guam
Ibu negaraHagåtña
Bahasa rasmiBahasa Inggeris, Bahasa Chamorro
KerajaanWilayah AS
• Presiden
George W. Bush (R)
• Gobernor
Felix Perez Camacho (R)
Kemerdekaan 
tiada (wilayah AS)
• Perairan (%)
sedikit sahaja
Populasi
• Perkiraan Julai 2006
170,000 (186)
KDNK (PPP)2000
• Jumlah
$3.2 billion (167th)
$21,000 (anggaran 2000) (35th)
HDI (n/a)n/a
Ralat: Nilai IPM tidak sah · n/a
Mata wangDolar Amerika Syarikat
(USD)
Zon waktuUTC+10 (Wajtu Standard Chamorro -)
• Musim panas (DST)
(tiada DST)
Kod panggilan1-671
Kod ISO 3166GU
DPT internet.gu

Guam (bahasa Chamorro: Guåhan ), secara rasminya Wilayah Guam Amerika Syarikat, ialah sebuah pulau di Lautan Pasifik Barat yang merupakan wilayah terancang Amerika Syarikat yang |tidak diperbadankan. Kaum Chamorro yang merupakan penghuni asli Guam tinggal di pulau buat pertama kali pada sekitar 6,000 tahun dahulu. Guam ialah pulau yang terbesar dan yang terletak paling selatan antara pulau-pulau di Kepulauan Mariana. Ibu kotanya Hagåtña, dahulu dikenali sebagai Agana. Sebahagian besar ekonomi Guam didukung oleh pelancongan, khususnya pelancong-pelancong dari Jepun, Korea dan Taiwan serta pangkalan-pangkalan Tentera Amerika Syarikat. Jawatankuasa Penyahjajahan PBB memasukkan Guam ke dalam senarai wilayah bukan pemerintahan sendiri PBB.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Peta Guam

Terletak pada 13.5°U 144.5°T, Guam ialah pulau yang paling selatan di dalam rangkaian pulau Mariana, serta pulau yang paling besar di Micronesia. Luasnya 210 batu persegi (544 km²).

Rangkaian pulau ini diwujudkan oleh pelanggaran plat-plat tektonik Pasifik dan Filipina. Jurang Mariana, sebuah zon benam yang dalam, terletak di sebelah timur rangkaian pulau ini. Challenger Deep sedalam 35,797 kaki (10,911 m) terletak di barat daya Guam, dan merupakan titik yang paling dalam di bumi. Pulau Guam sekali-sekala mengalami gempa bumi, akibat kedudukannya di pinggir Plat Pasifik. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, gempa-gempa bumi dengan pusat gempar yang berhampiran Guam mempunyai magnitud yang berbeza-beza antara 5.0 dan 8.2. Berbeza dengan Gunung berapi Anatåhan yang terletak di Mariana utara, kawasan Guam tidak mengalami kegiatan gunung berapi. Bagaimanapun, disebabkan oleh arah angin dan kehampirannya, debu kegiatan gunung berapi yang berjiran kekadangnya menjejaskan Guam.

Bahagian utara Pulau Guam terdiri daripada dataran batu kapur kekarang yang berhutan manakala selatannya mengandungi puncak-puncak gunung berapi yang dilitupi oleh hutan dan padang rumput. Sebuah terumbu karang mengelilingi kebanyakan pulau, kecuali di kawasan-kawasan yang teluk memberikan laluan kepada sungai-sungai kecil yang turun dari bukit-bukit masuk ke Lautan Pasifik serta Laut Filipina. Taburan penduduk Guam paling padat di kawasan-kawasan utara dan tengah pulau Guam.

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Guam dibahagikan kepada 19 buah desa. Tentera Amerika Syarikat mengekalkan bidang kuasa ke atas pangkalan-pangkalannya yang merupakan hampir sesuku kawasan pulau ini:

Demografi[sunting | sunting sumber]

Kaum Chamorro yang merupakan 47% daripada jumlah penduduk Guam ialah kelompok etnik yang asli serta yang terbesar di pulau ini. Kelompok-kelompok etnik yang lain termasuk orang Filipina 25%, orang Kaukasia 10%, serta orang-orang Cina, Jepun, Korea, dan lain-lain. Pada hari ini, agama Roman Katolik ialah agama yang terbesar dengan bilangan penganut sebanyak 85% daripada jumlah penduduk Guam. Bahasa-bahasa rasmi pulau ini ialah bahasa Inggeris dan bahasa Chamorro.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]