Gyeongsun dari Silla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gyeongsun dari Silla
敬順王
경순왕
ڬيوڠسون دري شيللا
Gambar anumerta Gyeongsun dari Silla
Raja Silla
Pemerintahan927 – 935
Kemahkotaan927
Didahului olehGyeongae dari Silla
Diikuti olehTaejo dari Goryeo
Keputeraan896
Silla Bersatu
Kemangkatan978 (berumur 81–82)
Kerajaan Goryeo
PasanganPuan Besar Jukbang
Putera Nakrang
Anakanda
Antara yang lain...
Putera Mahkota Maui
Permaisuri Heonsuk
KerabatWangsa Kim
AyahandaKim Hyo-Jong
BondaPuteri Gyea
AgamaAgama Buddha
Gyeongsun dari Silla
Hangul경순왕
Hanja敬順王
Perumian SemakanGyeongsun wang
McCune–ReischauerKyŏngsun wang
Nama lahir
Hangul김부
Hanja金傅
Perumian SemakanGim Bu
McCune–ReischauerKim Pu

Gyeongsun dari Silla (Hangul: 경순왕; Jawi: راج ڬيوڠسون; 896 - 978; memerintah 927–935) ialah raja ke-56 dan terakhir dari kerajaan Silla Korea.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Keturunan generasi keenam Raja Munseong, baginda ialah putera Hyogong melalui Puteri Gyea, yang merupakan puteri Raja Heongang. Surinya ialah Puan Besar Jukbang (죽방 부인) dari suku Park Juksan, putera sulungnya ialah Putera Mahkota Maui, dan anak bongsunya ialah Beomgong.[1]

Gyeongsun diletakkan di atas takhta oleh raja Hubaekje Gyeon Hwon selepas tentera Hubaekje menggulingkan Gyeongju di 927. Kerajaan itu sudah berada dalam keadaan yang sangat lemah, jadi Gyeongsun memerintah sisa kecil wilayah bekas Silla hingga akhirnya melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada Taejo dari Goryeo pada tahun 935. Baginda berkahwin semula dengan anak perempuan Taejo, Puteri Nangrang (낙랑 공주) dan dilantik sasim-gwan (사심관, inspektor jeneral) Gyeongju, memulakan sistem sasim-gwan pertama Goryeo. Baginda menjalani sisa hidupnya dekat ibu kota Goryeo (Kaesong moden).

Baginda mangkat pada tahun 978 dan makamnya terletak di Jangnam-myeon, Kaunti Yeoncheon, Gyeonggi-do, Korea Selatan.

Menurut Samguk Sagi, putera Gyeongsun, Putera Mahkota Maui membantah pengunduran ayahandanya kepada Goryeo, lalu membawa diri menjadi pertapa di Gunung Kumgang.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

  • Ayahanda: Raja Shinheung dari Silla (신흥 대왕)[2]
    • Nenekanda: Raja Uiheung dari Silla (의흥 대왕)[3]
  • Ibunda: Puteri Besar Gyea dari suku Gyeongju Kim (계아 태후 김씨)
  • Pasangan dan anak masing-masing:
  1. Puan Besar Jukbang (죽방 부인)
    1. Putera Mahkota Maui (마의 태자)
    2. Kim Deok-ji, Putera Beom (김덕지 범공)
    3. Kim Myeong-jong, Putera Yeongbun (영분 공)
    4. Permaisuri Heonsuk dari suku Kim Gyeongju (헌숙 왕후 김씨)
  2. Puteri Nakrang dari suku Kaesong Wang (낙랑 공주 왕씨)[4]
    1. Kim Eun-yeol, Putera Daean (김은열 대안 군)
    2. Kim Seok, Putera Uiseong (김석 의성군)
    3. Kim Geon, Putera Gangreung (김건 강릉 군)
    4. Kim Seon, Putera Eonyang (김선 언양 군)
    5. Kim Chu, Putera Samcheok (김추 삼척군)
    6. Puteri tanpa nama[5]
    7. Puan Besar Sinran dari suku Gyeongju Kim (신란 궁 부인 김씨)[6]
  3. Puteri Wang dari suku Kaesong Wang (공주 왕씨)[7]

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

  • Shin Gwi-shik - Taejo Wang Geon (KBS, 2000–2002)
  • Lee Do-ryeon - The Dawn of the Empire (KBS, 2002–2003)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (dalam bahasa Korea) King Gyeongsun Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
  2. ^ Shinheung ialah gelaran selepas kematian, nama sebenarnya Kim Hyo-jong.
  3. ^ Uiheung ialah gelaran selepas kematian, nama sebenarnya Kim Sil-hong.
  4. ^ Anak perempuan Taejo dari Goryeo dan Permaisuri Shinmyeongsunseong.
  5. ^ Kemudian berkahwin dengan Hwang Gyeong.
  6. ^ Kemudian berkahwin dengan Lee Geum-Seo.
  7. ^ Anak perempuan Taejo dari Goryeo dan Puan Besar Seongmu dari suku Park Pyeongsan.
Gyeongsun dari Silla
Tarikh kemangkatan: 978
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Gyeongae
Raja Silla
927–935
Diikuti oleh:
tiada