Halim Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Halim Othman
Kelahiran
Abdul Halim bin Othman

(1964-09-28) 28 September 1964 (umur 59)
Pusat pendidikanUniversiti Tennessee, Amerika Syarikat
PekerjaanJuruhebah radio, pengacara
Tahun aktif1993–kini
Majikan
  • Astro Radio (1998-2006)
  • Star Media Radio Group (2010-16)
PasanganYusnita Omar (k. 1994; c. 1998)
Anak-anakMyra Natasha

Abdul Halim Othman (lahir 28 September 1964) merupakan seorang juruhebah radio dan pengacara televisyen Malaysia, berasal dari Kemaman, Terengganu. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Terengganu. Beliau juga adalah pengacara Roda Impian sebelum digantikan dengan Hani Mohsin dan juga menjadi hos bagi rancangan Halim Othman Live di Astro Ria.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Halim memulakan kerjaya awal sebagai pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1993, beliau yang lebih mesra dengan gelaran HO terus popular dan melekat di ‘minda’ peminat tanah air sebagai seorang pengacara televisyen dan penyampai radio dengan gaya tersendiri.[1]

Selepas menimba pengalaman sebagai pengacara SPM, Halim terus melangkah jauh apabila dipilih menjadi hos rancangan Roda Impian yang sememangnya diminati ramai pada 1996.[1]

Pada awal kemunculan, beliau dikenali menerusi stesen radio Era sebagai krew pagi di ERA. Digandingkan bersama Khairil Rashid, selepas itu Linda Onn, beliau amat diminati menerusi suara beliau yang gemersik. Menerusi ERA juga, beliau berjaya memenangi Anugerah Penyampai Radio Terbaik dalam Anugerah Bintang Popular selama 4 tahun berturut-turut. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Khairil, Linda, Kudsia Kahar, David Low, Seelan Paul, Jamal Jamaluddin, Nadira Azizan, Subarma Mokhtaruddin dan Najman Mohamed.

Setelah kejayaan yang dikecapi, pengurusan ERA telah memindahkan beliau dari stesen berkenaan ke stesen radio retro terkenal Malaysia, Sinar FM. Bersama Sinar, beliau berjaya mencipta nama tersendiri dengan membentuk kumpulan pendengar yang pelbagai peringkat umur.

Pada 18 Januari 2008, Halim mengumumkan persaraannya dari kerjaya penyiarannya sekaligus menamatkan kerjayanya sebagai penyampai radio sambil menyatakan ingin menumpukan perhatian kepada bidang penulisan seni kaligrafi.[2][3]

Hot FM[sunting | sunting sumber]

Pada awal November 2009, beliau mengejutkan pendengar Hot FM kendalian Media Prima Berhad setelah muncul dalam sesi Hot FM Am Krew bersama Faizal Ismail.

Suria FM[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2010, Halim mengambil keputusan untuk menyertai stesen radio Suria FM sekaligus mengejutkan ramai. Turut menyertai stesen tersebut ialah penyampai radio wanita popular, Linda Onn. Kehadiran Halim yang mengendalikan Breakfast@Suria pukul 6 pagi hingga 10 pagi bersama Zizi dan Viviana Layola serta berganding bersama Linda dalam Suria 20 ternyata berjaya menaikkan rating stesen tersebut dengan kenaikan 100% pendengar pada Mei 2010.[4][5]

Pada April 2016, Beliau kembali ke kaca TV selepas hampir sedekad.[6][7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
1998–2006 Krew Pagi di Era Era
5 Januari 2010 – April 2016 Breakfast@Suria Suria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Halim Othman dari arkitek ke selebriti Perak Today (2 September 2016). Dicapai pada 8 Disember 2016.
  2. ^ "Masanya sudah sampai", Berita Harian, 21 Januari 2008.
  3. ^ "Berundur dari Sinar FM, Halim tidak merajuk", Kosmo!, 21 Januari 2008.
  4. ^ http://www.suriafm.com.my/penyampai/halim-othman/
  5. ^ A new chapter for Halim Othman The Star Online (5 Januari 2015). Dicapai pada 5 Januari 2015.
  6. ^ Halim Othman Kembali Jadi Pengacara TV Selepas 10 Tahun Mohd Al-Qayum Azizi. mStar (2 April 2016).Dicapai pada 8 Disember 2016.
  7. ^ Amirah Amaly Syafaat (3 April 2016). Halim Othman teruja ke TV semula Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Disember 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]