Hamzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abjad Arab
هـ
Sejarah · Transliterasi
Harakat · hamzah ء
Angka · Perangkaan

Hamzah (Arab: هَمْزة, hamzah) (ء) ialah sebuah huruf dalam Abjad Arab, yang mewakili hentian glotis IPA: ʔ. Hamzah tidak dikira sebagai satu daripada 28 "huruf penuh", dan hanya wujud ekoran ketidakseragaman sistem tulisan piawai. Ia terbitan daripada huruf ain ‘ayn. Dalam abjad-abjad Phoenicia dan Aramia, leluhur abjad Arab, hentian glotis diwakilkan dengan aleph (), dan ditreuskan sebagai alif ) dalam abjad Arab. Walau bagaimanapun, alif digunakan sebagai wakil kedua-dua hentian glotis dan vokal panjang /aː/. Bagi menunjukkan yang apa yang diniatkan ialah hentian glotis dan bukan vokal panjang, hamzah ditambah sebagai tanda diakritik pada alif. Dalam ortografi moden, kadang kala hamzah hadir dalam baris seolah-olah ia sebuah huruf penuh dan terasing daripada alif.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Hamzah ialah sebuah kata nama yang terbit daripada kata kerja هَمَزَ hamaz-a yang bermaksud "mencucuk, mendorong" atau "menyediakan (huruf atau kata) dengan hamzah".[1]

Hamzah waslah[sunting | sunting sumber]

Huruf hamzah yang terdiri sendiri sentiasa mewakili hamzat qaṭ‘ (همزة قطع); yakni, sebuah hentian glotis fonem. Berbanding dengan ini, "hamzah waslah"[2](istilah Bahasa Melayu), hamzat waṣl atau hamzat al-waṣl (همزة الوصل) merupakan hentian glotis bukan fonem yang dihasilkan secara automatik pada permulaan sebuah ujaran. Walaupun ia dapat ditulis sebagai alif yang membawa tanda waṣlah ٱ, ia lazim diwakili tanda alif tanpa hamzah. Ia hadir, contohnya, dalam artikel (kata sandang) pasti al-, ism, ibn, kata kerja imperatif dan aspek sempurna bentuk kata kerja VII hingga X, akan tetapi ia tidak disebut selepas vokal: (contoh, al-baytu l-kabīru yang ditulis البيت الكبير). Ia hadir hanya pada permulaan kata yang menyusuli kata depan ataupun kata sandang pasti.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wehr, Hans. Edited by Cowan, J. M. The Hans Wehr Dictionary of Modern Arabic. Otto Harrassovich KG, 1994. همز hamaza.
  2. ^ Lihat takrif Dewan Bahasa dan Pustaka

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.