Hamzah Abu Samah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hamzah Abu Samah

PMN; SPMS (Selangor); SSAP, SIMP (Pahang); SPDK (Sabah); SMK (Kedah)
Presiden Persekutuan Bolasepak Asia (AFC)
Dalam jawatan
9 Disember 1978 – 1 Ogos 1994
Didahului olehKambiz Atabay
Digantikan olehSultan Ahmad Shah
Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara
Dalam jawatan
1977–1980
Didahului olehAbdul Kadir Yusof
Digantikan olehJames Peter Ongkili sebagai Menteri Kehakiman
Abu Talib Othman sebagai Peguam Negara
Menteri Perdagangan dan Industri
Dalam jawatan
1974–1977
Didahului olehHussein Onn
Digantikan olehMahathir Mohamad
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Dalam jawatan
22 April 1971 – 1 Mei 1973
Didahului olehSenu Abdul Rahman
Digantikan olehAli Ahmad
Menteri Penerangan dan Penyiaran
Dalam jawatan
1969–1971
Didahului olehSenu Abdul Rahman
Digantikan olehGhazali Shafie
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Temerloh, Pahang
Dalam jawatan
1974–1982
Didahului olehMohamed Yusof Mahmud
Digantikan olehSabbaruddin Chik
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Raub, Pahang
Dalam jawatan
1967–1974
Didahului olehHussein Hassan
Digantikan olehAbdullah Majid
Butiran peribadi
Lahir(1924-01-05)5 Januari 1924
Kuala Lipis, Pahang, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia4 September 2012(2012-09-04) (umur 88)
Mantin, Negeri Sembilan, Malaysia
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganToh Puan Zainon Hussein
IbuDatin Pengiran Aminah Pengiran Haji Kassim
BapaDato' Setia Raja Abu Samah Haji Ali

Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Dato' Abu Samah (5 Januari 1924 – 4 September 2012) merupakan ahli politik UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 mewakili Parti Perikatan. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 beliau menang kawasan Temerloh, negeri Pahang atas tiket parti Barisan Nasional. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, beliau dilantik menjadi Menteri Undang-undang.

Beliau ialah Tokoh Sukan Negara yang juga bekas menteri Kabinet termasuk Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Seumur Hidup dan memegang pelbagai jawatan penting dalam sukan sama ada dalam negara mahupun peringkat antarabangsa.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Hamzah Abu Samah lahir pada 5 Januari 1924 di Kuala Lipis, Pahang. Mula bersekolah di Sekolah Melayu Kajang, Kajang, Selangor ; Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK); Barristerat-Law, Gray’s Inn, London (1950-1953) dengan pembiayaan Kerajaan Negeri Pahang.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Penyelia Pilihanraya Pahang, Hakim di Alor Setar, Kedah, Timbalan Pendakwa Raya Awam di Johor, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (1954-1967).

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Raub, Pahang (1967) ; Timbalan Menteri Dalam Negeri (1967-1969); Menteri Penerangan dan Penyiaran (1969-1971); Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1971-1973); Menteri Pertahanan (1973-1974); Menteri Perdagangan dan Industri (1974-1978) dan akhir sekali sebagai Menteri Undang-undang dan Peguam Negara Malaysia (1978-1980).


Beliau menang di Raub dalam Pilihan raya umum Malaysia 1967 dan dipilih semula pada pilihanraya umum 1969 dan 1974. Bagaimanapun dalam Pilihanraya tahun 1978, beliau bertukar ke parlimen Temerloh.

Aktif sukan[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Presiden Majlis Olimpik Malaysia (1976-1978); International Olympic Committee (IOC) sejak 1978;ahli IOC Juridical Commission dan Cultural Commission (1978-1982) ; Senior Vice President bagi Majlis Olimpik Asia (1982); Presiden Kehormat bagi South East Asia Games Federation (Sejak 1977).

Beliau telah menjadi Presiden bagi Persekutuan Bola sepak Asia (AFC) (1978-1994) ; Presiden Kehormat AFC sejak 1994; Naib Presiden bagi Federation of International Football Association (FIFA) (Disember 1982 - Mac 1990) dan Ahli Eksekutif Kehormat FIFA (1990). Beliau juga merupakan Presiden Kehormat Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) (1984-1988); Presiden Persatuan Kriket Malaysia (1969-1990), Naib Presiden bagi Islamic Solidarity Federation (sejak Mac 1985) dan Presiden bagi Persatuan Tae Kwan Do Malaysia (sejak 1987).

Beliau dilantik sebagai Vice Presiden bagi Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sejak 1982. Beliau turut berperanan bagi membawa Sukan Kuala Lumpur ’98, Sukan Komanwel ke XVI, ke Malaysia.[1]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menarik diri dari Kabinet selepas menjalani pembedahan pintasan jantung (coronary by-pass) pada tahun 1980.

Pada 4 September 2012, Tan Sri Hamzah Abu Samah, 88 tahun, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan[2] Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan dalam perkarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya, Puan Sri Tok Puan Zainon Hussein adalah adik kepada mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Abdul Razak Hussein.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Kehormatan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tan Sri Hamzah Bin Datuk Abu Samah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-08. Dicapai pada 2012-09-04.
  2. ^ Hamzah Abu Samah meninggal dunia
  3. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1983" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-08-19. Dicapai pada 2020-12-27.
  4. ^ "SPMS 1987". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-15. Dicapai pada 27 December 2020.