Harimau Bali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Harimau Bali
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
P. t. balica
Nama trinomial
Panthera tigris balica
Peta wilayah

Harimau Bali (Panthera tigris balica) ialah subspesies harimau yang telah pupus dan hanya dapat ditemui di Pulau Bali, Indonesia. Harimau ini ialah salah satu dari tiga sub-spesies harimau di Indonesia bersama dengan Harimau Jawa (yang juga telah pupus) dan Harimau Sumatera (spesies terancam).

Harimau ini merupakan spesies harimau terkecil jika dibandingkan antara tiga sub-spesies harimau yang dinyatakan di atas; Harimau Bali terakhir yang ditembak mati pada tahun 1925 di Sumbar Kima (suatu kawasan di bahagian barat Pulau Bali), dan sub-spesies ini telah diisytiharkan pupus pada tanggal 27 September 1937. Kepupusan harimau ini adalah kerana beberapa faktor antaranya:

  • Saiz keluasan hutan yang kecil dan terbatas dalam Pulau Bali itu sendiri.
  • Tiada langkah pemuliharaan khas untuk menjaga spesies harimau dijalankan dengan telus dan gigih.

Tetapi, apa yang dapat disimpulkan ialah spesies harimau ini pupus kerana kehilangan habitat semula jadinya dan selalu diburu.[2]

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jackson, P. & Nowell, K. (2008). Panthera tigris ssp. balica. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 6 Januari 2009.
  2. ^ Panthera tigris balica The Extinction Website

Pautan luar[sunting | sunting sumber]