Humus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Humus ialah bahan organik pada lapisan tanah atas (0 - 15 cm tetapi bergantung kepada kedudukan geografi) berwarna hitam/kegelapan yang kaya dengan nutrien yang terhasil daripada tumbuhan dan haiwan yang reput. Proses pereputan ini boleh berlaku secara semula jadi atau 'digalakkan' dalam proses pembuatan kompos. Kesegaran bau hutan sebenarnya ialah bau humus.

Tanah yang subur mengandungi banyak humus. Secara fizikal, humus penting kerana ia membantu tanah menyimpan lembapan dan menggalakkan pembentukan struktur tanah yang elok. Secara kimia, humus mempunyai banyak ’tapak aktif’ yang mengumpulkan ion-ion nutrien, yang memudahkan tumbuhan mendapatkannya. Humus seringkali digelar ’daya-hidup’ tanah.

Walau bagaimanapun, adalah susah untuk mentakrifkan humus dengan tepat; ia merupakan suatu bahan yang kompleks yang masih belum difahami sepenuhnya. Yang pasti humus dapat dibezakan dari bahan organik kerana humus tidak mempunyai bentuk, struktur ataupun karakter tetap. Warnanya pula sentiasa gelap.

Semua bahan organik yang telah mati yang terdedah kepada panas dan dingin, serta proses kimia boleh mereput menjadi humus. Ini termasuklah tahi binatang dan daun serta batang kayu. Terdapat banyak bakteria dalam tanah yang akan menghancurkan bahan-bahan organik ini. Selain itu, cacing juga membuat lubang-lubang yang dimasuki udara.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]