Idriss Déby

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Idriss Déby
إدريس ديبي
Déby pada 2014
Presiden Chad ke-6
Dalam jawatan
2 Disember 1990 – 20 April 2021
Perdana MenteriJean Alingué Bawoyeu
Joseph Yodoyman
Fidèle Moungar
Delwa Kassiré Koumakoye
Koibla Djimasta
Nassour Guelendouksia Ouaido
Nagoum Yamassoum
Haroun Kabadi
Moussa Faki
Pascal Yoadimnadji
Adoum Younousmi
Delwa Kassiré Koumakoye
Youssouf Saleh Abbas
Emmanuel Nadingar
Djimrangar Dadnadji
Kalzeubet Pahimi Deubet
Albert Pahimi Padacké
Naib PresidenBada Abbas Maldoum (1990–1991)[1][2]
Didahului olehHissè Habré
Digantikan olehMahamat Idriss Déby sebagai Pengerusi Majlis Peralihan Kuasa Ketenteraan (2021)
Pengerusi Kesatuan Afrika
Dalam jawatan
30 Januari 2016 – 30 Januari 2017
Didahului olehRobert Mugabe
Digantikan olehAlpha Condé[3]
Butiran peribadi
Lahir(1952-06-18)18 Jun 1952
Fada, Afrika Khatulistiwa Perancis (kini Chad)
Meninggal dunia20 April 2021(2021-04-20) (umur 68)
Wilayah Tibesti, Chad
Sebab kematianPembunuhan (tembakan)
Parti politikGerakan Pergerakan Patriotik
Pasangan
  • Hinda Déby Itno (k. 2005; kematiannya 2021)
  • Amani Musa Hilal (k. 2012; kematiannya 2021) [4][5]
Anak-anak
  • Mahamat
  • Brahim
AgamaIslam
KaumZaghawa
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Chad
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat
Tahun perkhidmatan1976–2021
PangkatMarsyal

Idriss Déby Itno (18 Jun 1952–20 April 2021) ialah ahli politik dan pegawai tentera Chad yang berkhidmat sebagai Presiden Chad dari tahun 1990 hingga pembunuhan beliau pada tahun 2021.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Déby adalah dari kumpulan etnik Zaghawa, khususnya , suku Bidyate. Beliau menambahkan Itno kepada namanya pada Januari 2006.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau juga telah dilatih di sekolah tentera di Chad dan France, Deby bersekutu dengan Hissene Habre, ketua politik di bahagian utara, dalam perang saudara yang bermula pada tahun 1979. Semasa pemerntahan Habre, Deby dilantik menjadi ketua angkatan tentera. Setahun kemudian, Deby erjaya memusnahkan gerila pro-Libya di Chad timur. Habre menghantar beliau ke Paris pada tahun 1985 untuk latihan tentera da dia berjaya mendapatkan tempat ke-23 di kelasnya di École de Guerre. Apabila pulang, beliau menjadi kounselor peribadi Habre dan bekerja sebagai ketua keselamatan dan angkatan pertahanan. Deby menghadapi Libya sekali lagi pada tahun 1987, melengkapkan pertahanan beliau dengan pikap yang ringan dan laju supaya serangan menjadi berkesan dan efektif kepada kumpulan bersenjata yang berasal daripada jiran-jiran yang sering campur tangan. Beliau berpisah daripada Habre dalam 1989 berkenaan dengan peningkatan pengaruh kepada pengawal Presiden daripada tentera biasa. Habre menuduh Deby dan dua yang lain mengenai rampasan kuasa terhadap Habre. Beliau kemudiannya mengasaskan pergerakan gerila di Darfur, disokong oleh Sudan dan Libya. Menumpaskan Habre di mana ia kemudiannya berlindung di Senegal, pada 1990. Selepas tiga bulan dalam tempoh kerajan peralihan, pada 28 Februari 1991, Déby dilantik sebagai Presiden Chad ke-6. Déby telah 'dilantik semula' dalam 1996 dan 2001, tetapi pemerhati antarabangsa mendapati terdapat kesangsian dalam proses pilihanraya. Dalam Jun 2005, satu referendum telah berjaya diadakan untuk memadamkan perlembagaan yang menyatakan tempoh perkhidmatan dua penggal bagi presiden. Beliau adalah calon piihanraya presiden, yang dijadualkan 3 Mei, yang mana dipulaukan oleh pembangkang. Beliau menghadapi kakacauan dalaman iaitu ketegangan dengan jiran Sudan seawal 2006. Satu plot rampasan kuasa yang melibatkan kejadian tembak-jatuh kapal terbang (Mac 2006) dan juga pertempuran di N'Djaména, walaupun kerajaan berjaya menggagalkan rampasan kuasa berkenaan. Deby mengisytiharkan negaranya putus dengan Sudan, dengan menuduh Sudan ada terlibat dengan cubaan rampasan kuasa dan berkata bahawa pilihanraya Mei akan diteruskan.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 20 April 2021, Deby mengalami kecederaan parah akibat tembakan semasa menjadi komander menentang gerakan penentang FACT di utara Chad dan meninggal dunia, pada umur 68 tahun.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lansford, Tom (25 April 2017). Political Handbook of the World 2016–2017. CQ Press. ISBN 9781506327150. Dicapai pada 22 November 2017 – melalui Google Books.
  2. ^ "Chiefs of State and Cabinet members of foreign governments / National Foreign Assessment Center. 1991Jan-June". hdl:2027/osu.32435024019754. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ "Guinea President Alpha Conde elected AU chair succeeding Deby". The Star Kenya. 30 January 2017.
  4. ^ "Chad president weds Janjaweed chief daughter". Wayback Machine. 21 January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2012.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  5. ^ "Chad: President Idriss Déby is killed in battle, after ruling for 30 years". The Africa Report.com. 20 April 2021. Dicapai pada 20 April 2021.
  6. ^ "Chad: President Idriss Déby dies, says national radio". The Africa Report.com (dalam bahasa Inggeris). 20 April 2021. Dicapai pada 20 April 2021.


Penyandang Terdahulu Presiden Chad
2 Disember 1990 – 20 April 2021
Penyandang Kemudian
Hissène Habré Mahamat Déby Itno