Incertae sedis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Incertae sedis (Latin: "tidak tentu tempatnya"), atau singkatannya "inc. sed.", ialah istilah yang memaksudkan suatu kelompok taksonomi yang tidak dipastikan persaudaraanya.[1]

Contoh[sunting | sunting sumber]

Taksonomi untuk manusia biasanya dikenali seperti berikut:

Seandainya manusia moden baru sahaja ditemui atau dianggap sebagai enigma taksonomi, mereka boleh diberikan pangkat incertae sedis. Misalnya, jika tidak dipastikan bahawa Homo berhubungan dengan ahli-ahli lain dalam famili Hominidae, maka senarai mawas besar akan menjadi seperti berikut

Begitu juga, andai manusia sudah dikenal pasti sebagai primat, tetapi tiada persaudaraan lain yang jelas, maka taksonomi primat berupa sedemikian pula:

Sebab pengelompokan incertae sedis[sunting | sunting sumber]

Kepincangan pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Kulat Hyphodontia sambuci pada pokok Elder sebagai contoh hidupan incertae sedis yang kurang terselidik.

Petikan ini dari kertas kerja saintifik mengenai krustasia di Jurang Kuril-Kamchatka dan Jurang Jepun pada tahun 2007, memerihalkan keadaan-keadaan tipikal yang menentukan penggunaan kategori sebegini:

...pengguguran banyak genus dari famili-famili baru dan sedia ada, kepada taraf incertae sedis. Perendahan tarafnya banyak disebabkan oleh kepincangan atau kekurangan pemerihalan, tetapi adalah diterima bahawa sesetengah kekaburan dalam analisa tersebut disebabkan oleh kekurangan sifat cirinya. Juga terbukti bahawa sesetengah ciri yang digunakan dalam analisa, atau sifat yang dinyatakan untuk takson-takson tertentu, adalah tidak sesuai atau tidak sah. Kerumitan tambahan, dan faktor-faktor yang mungkin memperdaya pihak-pihak sebelumnya, merupakan gangguan oleh homoplasies lanjutan, ciri ketara, pembalikan sifat dan evolusi tumpu.[2]

Tidak disertakan dalam analisa[sunting | sunting sumber]

Jika analisa filogenetik formal yang dijalankan tidak merangkumi takson tertentu, maka para pengarang boleh memilih untuk melabelkan takson tersebut sebagai incertae sedis daripada cuba meneka golongannya. Amalan ini biasa ditemui apabila filogeni molekul dijana memandangkan sukarnya memperoleh tisu dari kebanyakan organisme yang jarang. Senario ini juga sering berlaku apabila takson fosil dilibatkan, kerana kebanyakan fosil diperihalkan berasaskan maklumat yang separa. Misalnya, jika filogeni dibina dengan menggunakan tisu lembut dan vertebra sebagai ciri utama dan takson yang dibincangkan hanya dikenali daripada sebatang gigi, maka adalah lebih baik untuk mengenakan label incertae sedis padanya.

Pertikaian[sunting | sunting sumber]

Jika timbulnya percanggahan keputusan atau tiada kata sepakat di kalangan para penyelidik mengenai persaudaraan takson berkenaan dengan hidupan lain, maka ia boleh disenaraikan sebagai incertae sedis sehingga pertikaian ini selesai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1] United States Department of Agriculture
  2. ^ [2] Family incertae cedis: Larsen, K. & Shimomura, M. (Eds.) (2007) Tanaidacea (Crustacea: Peracarida) from Japan III. The deep trenches; the Kurile-Kamchatka Trench and Japan Trench. Zootaxa, 1599, 1–149.