Ironi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ironi ([i.ro.ni] dari bahasa Yunani Kuno εἰρωνεία eirōneía "kejahilan dibuat-buat", melalui bahasa Belanda ironie[1]) adalah salah satu jenis gaya bahasa khusus melibatkan pengungkapan sindiran halus dan lawanan intipati niat pernyataan yang sebenar.[2] Pengungkapan ironi juga menunjukkan kesenjangan yang cukup kuat antara makna langsung pernyataan diujarkan dan makna tersirat yang dikiaskan dalamnya.[3]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Contoh pengunaan[sunting | sunting sumber]

Antara contoh:

  • "Kota Jakarta sangatlah indah dengan sampah-sampahnya"
  • "Suaramu merdu seperti kaset kusut" (yakni - menyamakan kemerduan suara yang "dipuji" dengan bunyi kaset terpakai yang sudah rosak sampai mutu bunyinya merosot teruk lalu tidak sedap didengar)

Ia sering digunakan bergandingan dengan satira dalam cakupan bidang kesusasteraan untuk tujuan menyebabkan reaksi tawa daripada pembaca atau penonton sendiri.

Jenis[sunting | sunting sumber]

The New Princeton Encyclopedia of Poetry and Poetics menyenaraikan seberapa banyak jenis ironi yang ada:[4]

  • Ironi klasik (Classical irony): berkaitan dengan cara penyampaian komedi pada zaman Yunani Purba
  • Ironi romantik (Romantic irony): A self-aware and self-critical form of fiction.
  • Ironi kosmik (Cosmic irony): A contrast between the absolute and the relative, the general and the individual, which Hegel expressed by the phrase, "general [irony] of the world."[4]
  • Ironi lisan (Verbal irony): ironi hasil percanggahan apa yang disebut dengan maskud tersirat apa yang dinyatakan
  • Ironi situasi (Situational irony): ironi hasil pemerhatian keputusan atau kesan yang dirasakan berada jauh di luar jangkaan daripada sesebuah tindakan
  • Ironi dramatis dan ironi tragis (Dramatic irony and tragic irony): ironi dramatis terhasil daripada kelebihan penonton mengetahui maklumat tertentu mengenai cerita disaksikan berbanding watak-watak dalam latar cerita itu sendiri. Ironi traghis pula berlaku hasil reaksi tindakan watak melakukan perkara di luar jangkaan penonton yang terlebih dahulu tahu jalan ceritanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "ironie". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  2. ^ Anita; Ahadi Sulissusiawan; Amriani Amir (2013). "Majas Dalam Roman Habis Gelap Terbitlah Terang Terjemahan Armijn Pane". Khatulistiwa. 2 (9): 6. ISSN 2715-2723.
  3. ^ Okke Kusuma Sumantri Zaimar (2002). "Majas dan Pembentuknya". Makara. 6 (2): 53. ISSN 2355-794X. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-09-17. Dicapai pada 2020-12-11. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ a b Preminger, A. & Brogan, T. V. F. Brogan, The New Princeton Encyclopedia of Poetry and Poetics, MJF Books, 1993, ISBN 9780691032719, pp. 633–635.