Islam di Kazakhstan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Islam ialah agama terutama yang dianuti di Kazakhstan. Bersama-sama dengan kelompok etnik Muslim yang lain, termasuk orang Uzbek, orang Uyghur dan orang Tatar,[1] orang Kazakh etnik yang terdiri daripada melebihi separuh jumlah penduduk menyebabkan penduduk beragama Islam merupakan sekitar 70% daripada jumlah penduduk di Kazakhstan.[2] Sebahagian besar orang Kazakh etnik ialah Muslim Sunni daripada mazhab Hanafi.[3] Islam dibawa oleh orang Arab ke Kazakhstan dan tiba di kawasan ini buat pertama kali pada abad ke-8.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Islam dibawa ke orang Kazakh pada abad ke-8 apabila orang Arab tiba di Asia Tengah. Islam mula-mulanya bertapak di bahagian-bahagian selatan Turkestan dan kemudian beransur-ansur tersebar ke utara.[5] Raja-raja Samanid juga membantu menyebarkan Islam menerusi kegiatan dakwah mereka, khususnya di sekitar kawasan yang berhampiran dengan Taraz.[6] Tambahan pula, pada akhir 1300-an, Angkatan Kencana juga menyebar Islam kepada orang Kazakh dan puak-puak Asia Tengah yang lain. Semasa 1700-an, pengaruh Rusia tersebar dengan pesat ke kawasan ini. Diketuai oleh Catherine, orang Rusia mula-mulanya menunjukkan kesanggupan untuk membenarkan Islam berkembang maju, dengan banyak ulama dijemput ke kawasan ini untuk mendakwahi orang Kazakh yang dilihat oleh orang Rusia sebagai manusia buas yang tidak tahu akan akhlak dan etika.[7][8]

Bagaimanapun, dasar Rusia kemudian beransur-ansur berubah dengan niat untuk melemahkan Islam melalui pengenalan unsur-unsur kesedaran kolektif pra-Islam.[9] Percubaan-percubaan tersebut termasuk kaedah untuk memuji-muji tokoh sejarah pra-Islam serta membuat orang Kazakh berasa rendah diri melalui penghantaran orang-orang Kazakh ke institusi tentera elit Rusia.[9] Sebagai balasan, ketua-ketua agama Kazakh mencuba menimbulkan keghairahan agama menerusi dukungan konsep perpaduan seluruh Turki, dengan akibat bahawa banyak daripada mereka ditindas.[10] Semasa zaman Kesatuan Soviet, insitusi Muslim dapat bertahan hanya di kawasan yang orang Kazakh jauh melebihi orang bukan Islam.[11] Dalam percubaan untuk memaksa orang Kazakh memeluk ideologi komunis, hubungan jantina dan aspek-aspek budaya Kazakh menjadi sasaran utama perubahan sosial.[8]

Lebih terkini, orang Kazakh telah beransur-ansur berusaha dengan lebih gigih untuk memulihkan institusi-institusi Islam selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. Walaupun tidak bersikap begitu fundamentalis, orang Kazakh terus mengaitkan diri mereka dengan agama Islam [12] dan dengan lebih salih di kawasan luar bandar. Mereka yang mendakwa bahawa mereka berketurunan pahlawan dan pendakwah Muslim abad ke-8 yang asal amat dihormat oleh komuniti masing-masing.[13] Tokoh politik Kazakhstan juga menekankan keperluan untuk menyokong kesedaran Islam. Misalnya, Marat Tazhin, Menteri Hal-ehwal Luar Negeri, baru-baru ini menegaskan bahawa Kazakhstan perlu mengutamakan penggunaan "potensi positif Islam, serta mempelajari sejarah, budaya, dan warisannya".[14]

Pihak berkuasa Soviet mencuba menggalakkan bentuk Islam yang terkawal di bawah penyeliaan Pentadbiran Rohaniah Muslim Asia Tengah dan Kazakhstan sebagai pengaruh penyatuan di dalam masyarakat-masyarakat Asia Tengah, tetapi pada waktu yang sama, mengharamkan kebebasan agama benar. Sejak kemerdekaannya, kegiatan agama telah meningkat dengan ketara. Pembinaan masjid dan sekolah agama berkembang pesat pada dekad 1990-an, dengan bantuan kewangan daripada Turki, Mesir, dan terutamanya, Arab Saudi. Pada 1991, 170 buah masjid telah disediakan untuk penggunaan, dengan melebihi separuh merupakan masjid yang baru dibina. Ketika itu, terdapat sekitar 230 buah komuniti Muslim yang aktif di Kazakhstan.

Islam dan negara[sunting | sunting sumber]

Pada 1990, Nursultan Nazarbayev, Setiausaha Pertama Parti Komunis Kazakhstan ketika itu, mencipta sebuah asas negara untuk Islam dengan mengeluarkan Kazakhstan daripada kuasa Lembaga Muslim Asia Tengah, pentadbiran agama berorientasi politik yang diluluskan oleh Soviet untuk kesemua Asia Tengah. Sebagai ganti, beliau mencipta sebuah pihak berkuasa agama yang berasingan untuk Muslim Kazakhstan. [15]

Berhati-hati terhadap pemerintahan Islam di Iran dan Afghanistan yang berjiranan, pengasas perlembagaan 1993 secara khusus mengharamkan sebarang parti politik agama. Perlembagaan 1995 juga mengharamkan pertubuhan yang mencuba merangsang perbalahan bangsa, politik, atau agama, dan mengenakan kawalan pemerintahan yang ketat pada pertubuhan agama asing. Sebagaimana dengan pendahulunya, perlembagaan 1995 menetapkan bahawa Kazakhstan ialah negara sekular. Justera, Kazakhstan ialah satu-satunya negara Asia Tengah yang perlembagaannya tidak memperuntukkan status yang khas kepada agama Islam. Keputusan ini berdasarkan dasar luar negeri pemerintahan Nazarbayev serta juga pertimbangan domestik.

Sedar akan potensi pelaburan daripada negara-negara Islam di Timur Tengah, Nazarbayev melawat Iran, Turki, dan Arab Saudi. Pada waktu yang sama, beliau menyifatkan Kazakhstan sebagai perantara antara Timur Muslim dengan Barat Kristian. Oleh itu, beliau pada mula-mulanya hanya menerima status peninjau di dalam Pertubuhan Kerjasama Ekonomi (ECO) yang anggota-anggotanya terdiri sebahagian besar daripada negara-negara Islam. Perjalanan sulung Presiden Nazarbayev ke kota suci Muslim di Mekah yang berlaku pada 1994 merupakan sebahagian daripada jadual perjalanannya yang juga merangkumi lawatan ke Vatican untuk mengunjungi Paus John Paul II.[15]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Karagiannis, Emmanuel (2007). "The Rise of Political Islam in Kazakhstan: Hizb Ut-Tahrir Al Islami". Nationalism and Ethnic Politics. 13 (2): 297–322. doi:10.1080/13537110701293567. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Rorlich, Azade-Ayse (2003). "Islam, Identity and Politics: Kazakhstan, 1990-2000". Nationalities Papers. 31 (2): 157–176. doi:10.1080/00905990307127. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kazakhstan - International Religious Freedom Report 2008 U.S. Department of State. Retrieved on 2009-09-07.
  2. ^ Anggaran ini berdasarakn bahagian jumlah penduduk Kazakh sebanyak 67% (Итоги 10 дней с 25 февраля по 6 марта[pautan mati kekal]) dan jumlah penduduk sebanyak 16.3 juta, menurut hasil permulaan Banci Negara 2009 Diarkibkan 2009-04-21 di Wayback Machine
  3. ^ International Religious Freedom Report 2006 U.S. Embassy in Astana, Kazakhstan
  4. ^ Kazakhstan - International Religious Freedom Report 2008 U.S. Department of State. Retrieved on 2009-09-07.
  5. ^ Atabaki, Touraj. Central Asia and the Caucasus: transnationalism and diaspora, pg. 24
  6. ^ Ibn Athir, Jilid 8, m.s. 396
  7. ^ Khodarkovsky, Michael. Russia's Steppe Frontier: The Making of a Colonial Empire, 1500-1800, pg. 39.
  8. ^ a b Ember, Carol R. and Melvin Ember. Encyclopedia of Sex and Gender: Men and Women in the World's Cultures, pg. 572
  9. ^ a b Hunter, Shireen. "Islam in Russia: The Politics of Identity and Security", pg. 14
  10. ^ Farah, Caesar E. Islam: Beliefs and Observances, pg. 304
  11. ^ Farah, Caesar E. Islam: Beliefs and Observances, pg. 340
  12. ^ Page, Kogan. Asia and Pacific Review 2003/04, m.s. 99
  13. ^ Atabaki, Touraj. Central Asia and the Caucasus: transnationalism and diaspora.
  14. ^ "inform.kz | 154837". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-20. Dicapai pada 2009-09-22.
  15. ^ a b Country Study - Kazakhstan Library of Congress

Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.