Islam di Thailand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Masjid Surat Thani

Agama Islam di Thailand dianuti lebih kurang 4 juta orang atau 6% penduduk negara itu.[1][2]. Kebanyakan orang Islam Thai beraliran Ahli Sunah Waljamaah walaupun terdapat juga penganut mazhab lain dari berbagai-bagai negara. [3][4]

Penempatan Dan Kedudukan[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar Umat Islam di Benua Islam Siam berasal dari Negeri Melayu Siam Islam diselatan di negara itu seperti Jala, Patani dan Menara.[5] Umat Islam yang lain terdapat di seluruh Tailand terutama di kota Bankok. Wilayah Setul yang bersempadan dengan Malaysia juga mempunyai ramai Muslim yang berbagai. Singgora juga terdapat ramai muslim yang terdiri dari suku dari jumlah penduduknya.

Selain itu terdapat komuniti islam di wilayah utara ; Cang Mai,Cang Rai,Lampang dan Mai Hong San yang terdiri dari etnik Cin Hau atau lebih dikenali sebagai Pantay Hui.terdapat juga ethnik Hmong muslim,Burma muslim serta Tai muslim sepanjang sempadan di Barat dan Utara ,Myanmar,China dan Laos.

Masyarakat Champa dan Khmer Muslim terdapat di sepanjang wilayah Timur seperti Surin,Buriram,Cantanburi,Sisaket dan Ratcanburi yang bersempadan dengan Kemboja.

Etnik Tai Muslim tinggal di Wilayah Tengah Tailand seperti Di Wilayah dataran Korat atau [Isan]].dan tumpuan besar di wilayah selatan seperti Ranung,Patalung,Gharibi,Singgora,Bukit,Li Gur serta Wilayah di kebayakkan bandar utama seluruh Tailand.

Etnisiti dan identiti[sunting | sunting sumber]

Masjid Baan Haw yang dibangunkan oleh orang Cina Islam

Penduduk Islam di Thailand terdiri daripada pelbagai bangsa, antara mereka pendatang dari China, Pakistan, Cambodia, Bangladesh, Malaysia, dan Indonesia, selain etnik Tai sendiri. Suku penuh Umat Islam di Benua Islam Siam merupakan bangsa Melayu yang menduduki kawasan selatan negara tersebut.

Muslim Berdasarkan Kaum[6][sunting | sunting sumber]

  1. Tengah Siam:2,587 000
  2. Selatan Siam:1,284 000
  3. Melayu Patani:1,035 000
  4. Melayu Siam:715 000
  5. Melayu Kedah:1 000
  6. Islam Burma:16 400
  7. Islam Tamil:1 700
  8. Benggali:34 000
  9. Champa:4 600
  10. Utara Khmir:28 900
  11. Tengah Khmir:1 280
  12. Ruhingya:4 000
  13. Hui Pantay:75 000
  14. Hmung:5 000
  15. Punjabi:62 000
  16. Muken:735
  17. Muklen:1 050
  18. Sinhala:2 130
  19. Urdu:7 200
  20. Lau Puan:2 070
  21. Han Min Nan:29 760
  22. Han Guandong:780
  23. Han Hai Nan:162
  24. Han Min Bei:280

Muslimin(%)mengikut wilayah[sunting | sunting sumber]

  1. Patani (Pattani) (88%)
  2. Menara (Narathiwat) (85%)
  3. Jala (Yala) (75%)
  4. Setul (Satun) (68%)
  5. Singgora (Songkhla) (45%)
  6. Bunga (Phang Nga) (40%)
  7. Garibi (Krabi) (33%)
  8. Terang (Trang) (25%)
  9. Bukit (Phuket) (20%)
  10. Pataya (16%)
  11. Bedelung (Phatthalung) (12%)
  12. Ranung (Ranong) (10%)
  13. Ligur (Nakhon Si Thammarat) (7%)
  14. Bankok (5%)
  15. Surat Tani (Surat Thani) (2%)
  16. Cumpon (1%)
  17. Cang Mai (Chiang Mai) (1%)
  18. Cang Rai (Chiang Rai) (0.8%)
  19. Mai Hung San(0.5%)
  20. Lampang (0.2%)

Pribumi Thai[sunting | sunting sumber]

Masyarakat pribumi Tai yang beragama Islam tertumpu di kawasan tengah dan selatan negara tersebut. Salah satu suku Thlai Islam yang terkenal ialah bekas Panglima Besar Tentera Diraja Thai, Jeneral Sunti Bun Ya Rat Glin. Sunti mempunyai keturunan Farsi dan moyangnya, Syeikh Ahmad Qumi,[7][8] merupakan pemerintah Islam Kerajaan Ayutia Dan bergelar Narai dalam Bahasa Siam Islam Kedah.

Melayu Islam[sunting | sunting sumber]

Di hujung selatan negara itu, kebanyakan penduduknya ialah orang Melayu yang beragama Islam. Orang Melayu Islam merangkumi 80% jumlah penduduk di kawasan tersebut. Hal ini berlaku kerana kawasan ini pada masa dahulu merupakan sebahagian daripada Kerajaan Patani, sebuah Kerajaan Islam Melayu Siam yang wujud pada kurun ke-15 dan dijajah oleh Tai pada kurun ke-19.

Cina Islam[sunting | sunting sumber]

Umat Cina Islam di sebuah masjid di Ampu Pai, utara Tailand
Fail:Hau sui Nyua Fuing Fah.jpg
Hidangan Hau sui di sebuah restoran Cina Islam di Cang Mai

Tailand jua mempunyai penduduk Islam yang berketurunan Cina Hui terutama sekali di kawasan bandar bahagian utara negara itu.[9][10] Kebanyakan orang Muslimin Cina di negara itu tergolong dalam kumpulan yang dipanggil Cin Ho atau Hau dalam bahasa Tai. Namun bukan semua orang Cin Ho itu beragama Islam. Masyarakat Cin Ho merupakan golongan pendatang yang bersama mereka tradisi dan adat masyarakat Hui Islam di China. Salah satu masjid Cina yang terkenal ialah Masjid Ban Hau di Cang Mai.

Kumpulan etnik Islam yang lain[sunting | sunting sumber]

Terdapat golongan Rohingya di negara itu yang merupakan orang pelarian dari Myanmar. Masyarakat ini boleh dijumpai di khemah orang-orang pelarian, perkampungan nelayan dan pekan-pekan kecil berdekatan dengan persempadan Thailand dan Myanmar.

Selain itu, terdapat juga golongan Islam Cham yang berasal dari Kemboja. Mereka terdapat di kawasan persempadan Thailand dan Kemboja, Bangkok dan juga di bahagian selatan Thailand. Masyarakat Cham mula menetap di Thailand sekitar tahun 1700-an hingga 1800-an.[11]

Masyarakat Islam India, Pakistan dan Bangladesh juga terdapat di merata Thailand dan bekerja sebagai peniaga, usahawan dan juga buruh.

Menurut catatan seorang diplomat Farsi pada 1685, wujud masyarakat Syiah yang berpengaruh di kerajaan Siam pada masa itu. Hal ini dirakamkan oleh pengembara Perancis, Guy Tachard yang mengatakan bahawa persembahan-persembahan Ta'zieh (persembahan teater berunsur Syiah) mendapat dokongan daripada Raja Siam.[12]

Sambutan Maulidur Rasul[sunting | sunting sumber]

Di Bangkok, sambutan Maulidur Rasul atau Ngan Mawlid Klang (مولدالرسول) memberi peluang kepada umat Islam di situ untuk menonjolkan keunikan budaya dan gaya hidup mereka kepada masyarakat Tai yang lain. Selain hari untuk memperingati kelahiran Rasulullah s.a.w., Ngan Mawlid Klang juga merupakan hari di mana umat Islam Siam memperbaharui kesetiaan mereka kepada Raja.[13]

Tempat beribadah[sunting | sunting sumber]

Menurut tinjauan Pejabat Statistik Kebangsaan negara itu pada 2007, terdapat 3,494 buah masjid di Thailand, kebanyakannya di wilayah Patani. 99% masjid-masjid tersebut beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi'i serta Hanafi.

Pentadbiran dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Masjid Darunaman

Chula Rajamontri (Bahasa Thai: จุฬาราชมนตรี)[14] ialah gelaran untuk Syeikhul Islam atau Mufti di Thailand. Gelaran ini pertama kali digunakan dalam Kerajaan Ayutthaya apabila Raja Songtham (1611–1628) melantik Syeikh Ahmad ke jawatan tersebut. Menurut Akta Pentadbiran Badan Islam 1997, Chula Rajamontri dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri. Beliau mempunyai kuasa untuk mengurus tadbir semua urusan yang berkaitan dengan Islam di negara itu; dan menyediakan nasihat mengenai ehwal Islam kepada badan pemerintah.[15] Jawatan Chula Rajamontri kosong apabila kematian, peletakan jawatan dan penyingkiran oleh raja atas nasihat perdana menteri.[perlu rujukan] Undang-undang Islam dilaksanakan di empat wilayah selatan yang mempunyai majoriti Muslim, di mana ia hanya terpakai dalam kes-kes berkenaan keluarga dan harta pusaka di kalangan penduduk Islam.

Terdapat juga Majlis Islam Pusat Thailand (Bahasa Thai: คณะกรรมการกลางอิสลามแห่งประเทศไทย, bahasa Inggeris: Central Islamic Council of Thailand, disingkatkan kepada CICOT) terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang anggota yang dilantik oleh raja. CICOT menasihati Menteri Pendidikan dan Menteri Dalam Negeri dalam ehwal agama Islam. Ia diketuai oleh Chula Rajamontri atau Syeikhul Islam. Majlis Islam Wilayah (Bahasa Thai: คณะกรรมการอิสลามประจำจังหวัด) wujud di wilayah-wilayah utama yang mempunyai ramai penduduk Muslim. Terdapat juga hubungan lain antara pemerintah dan kmasyarakat Muslim, termasuklah bantuan kewangan pemerintah kepada institusi pendidikan Islam, bantuan dalam pembinaan beberapa masjid besar, dan membiayai urusan haji bagi Muslim Thailand ke Mekah, dengan Bangkok dan Hat Yai menjadi bandar pintu masuk utama.[citation needed]

Thailand juga menanggung ratusan buah sekolah Islam di peringkat rendah dan menengah, begitu juga bank Islam, termasuk Bank Islam Thailand, kedai dan institusi lain. Banyak makanan berbungkus Thailand diuji dan dilabel halal jika layak digunakan. CICOT ialah badan pensijilan halal di Thailand untuk industri halal domestik dan antarabangsa.[16]

Syeikhul Islam Thailand yang terkini ialah Arun Bunchom (Bahasa Thai: อรุณ บุญชม).[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The World Factbook". Cia.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-29. Dicapai pada 2 December 2013.
  2. ^ "Global Religious Landscape Table - Number of Population- Pew Forum on Religion & Public Life". Features.pewforum.org. 18 December 2012. Dicapai pada 2 December 2013.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-31. Dicapai pada 2016-10-13.
  4. ^ "thai2arab.com". thai2arab.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-13. Dicapai pada 2 December 2013.
  5. ^ "Muslim in Thailand". Dicapai pada 2 November 2012.
  6. ^ "Thailand". Lcweb2.loc.gov. Dicapai pada 2 December 2013.
  7. ^ "ŕ¸Šŕ¸ľŕ¸§ŕ¸´ŕ¸•ŕš ŕ¸Ľŕ¸°ŕ¸œŕ¸Ľŕ¸‡ŕ¸˛ŕ¸™ŕ¸šŕ¸´ŕšŠŕ¸ ŕ¸šŕ¸ąŕ¸‡ : ŕ¸‚ŕšˆŕ¸˛ŕ¸§ŕ¸ ŕ¸˛ŕ¸Łŕš€ŕ¸Ąŕ¸ˇŕ¸ŕ¸‡". Tnews.teenee.com. Dicapai pada 2 December 2013.
  8. ^ "Siam Media News - ÊÂÒÁÁÕà´ÕÂ ¹ÔÇÊì". Siammedia.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 2 December 2013.
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-20. Dicapai pada 2016-10-13.
  10. ^ Melvin Ember; Carol R. Ember; Ian Skoggard (30 November 2004). Encyclopedia of Diasporas: Immigrant and Refugee Cultures Around the World. Volume I: Overviews and Topics; Volume II: Diaspora Communities. Springer Science & Business Media. m/s. 121–. ISBN 978-0-306-48321-9.
  11. ^ Rajeswary Ampalavanar Brown (1 October 2013). Islam in Modern Thailand: Faith, Philanthropy and Politics. Taylor & Francis. m/s. 19–. ISBN 978-1-134-58396-6.
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-14. Dicapai pada 2016-10-13.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  13. ^ http://malaysiandigest.com/opinion/484043-celebrating-mawlid-maulidur-rasul.html
  14. ^ "PENGAJIAN ISLAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM DI SELATAN THAILAND: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA KOLEJ PENGAJIAN ISLAM (CIS) DAN UNIVERSITI ISLAM YALA (YIU)" (PDF).
  15. ^ "Thailand's 4M Muslims to elect successor to nation's top Islamic leader". Benar News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-21.
  16. ^ "DagangHalal, CICOT tandatangan perjanjian kerjasama". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-12-21.
  17. ^ "Bangkok imam elected as Thailand's 19th Chula Rajamontri". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-21.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]