Itik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Itik
ايتيق
Bufflehead
(Bucephala albeola)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Anseriformes
Superkeluarga: Anatoidea
Keluarga: Anatidae
Sub-famili

Lihat teks


Itik (Jawi: ايتيق) ialah nama biasa untuk spesies daripada famili Anatidae dan kelas burung. Itik kebiasaannya ialah burung akuatik, lebih kecil daripada saudaranya iaitu joyinah dan angsa, dan boleh ditemui di air tawar dan laut.

Itik dipelihara untuk daging atau telurnya. Di Malaysia, negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Kebanyakan itik mempunyai paruh yang rata dan lebar untuk menyudu. Itik makan pelbagai jenis makanan seperti rumput, tumbuhan akuatik, ikan, serangga, amfibia kecil, cacing dan moluska kecil.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Semua jenis itik tergolong dalam keluarga Anatidae (yang juga termasuk angsa) di bawah order Anseriformes, iaitu kelompok yang juga dianggotai oleh angsa.[1] Dalam keluarga tersebut, itik terbahagi kepada pelbagai subkeluarga dan 'puak'. Bilangan dan komposisi subkeluarga dan puak-puak ini menjadi pertikaian dalam kalangan ahli taksonomi.[1] Ada yang mendasarkan dapatan mereka pada ciri-ciri morfologi, dan ada juga yang berdasarkan kelakuan bersama atau kajian genetik.[2][3] Dihujahkan terdapat dua hingga lima subkeluarga yang mengandungi jenis-jenis itik.[4][5] Tahap pengacukan yang signifikan dalam kalangan itik liar menyukarkan usaha untuk mengupas hubungan antara pelbagai spesies.[5]

Itik melewar hendak mendarat

Dalam kebanyakan pengelasan moden, yang digelar 'itik sejati' tergolong dalam subkeluarga Anatinae, dan kemudian terbahagi lagi kepada sebilangan puak.[6] Puak yang terbesar, iaitu Anatini, merangkumi 'itik sungai' atau 'itik menyudu', digelar sedemikian sempena kaedah pemakanan utamanya di permukaan air tawar.[7] 'Itik terjun', juga digelar sempena kaedah pemakanan utamanya, membentuk puak Aythyini.[8] 'Itik laut' dari puak Mergini adalah itik terjun yang khusus memburu ikan dan kerang-kerangan dan menghabiskan kebanyakan hayatnya di air masin.[9] Puak Oxyurini merangkumi itik 'ekor kental', iaitu itik terjun yang terkenal dengan ekornya yang kecil, kental dan pacak.[10]

Sebilangan spesies lain yang bergelar itik tidak dianggap 'itik sejati' dan selalunya terletak di subkeluarga atau puak lain. Itik siul atau belibis tergolong dalam puak (Dendrocygnini) di bawah subkeluarga Anatinae atau Anserinae,[11] ataupun dalam subkeluarga (Dendrocygninae) atau keluarga tersendiri (Dendrocyganidae).[5][12] Itik berjagat [en] dari Australia adalah satu-satunya ahli puak Stictonettini di bawah subkeluarga Anserinae,[11] ataupun tergolong dalam keluarga tersendiri iaitu Stictonettinae.[5][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Carboneras 1992, m/s. 536.
  2. ^ Livezey 1986, m/s. 737–738.
  3. ^ Madsen, McHugh & de Kloet 1988, m/s. 452.
  4. ^ Donne-Goussé, Laudet & Hänni 2002, m/s. 353–354.
  5. ^ a b c d Carboneras 1992, m/s. 540.
  6. ^ Elphick, Dunning & Sibley 2001, m/s. 191.
  7. ^ Kear 2005, m/s. 448.
  8. ^ Kear 2005, m/s. 622–623.
  9. ^ Kear 2005, m/s. 686.
  10. ^ Elphick, Dunning & Sibley 2001, m/s. 193.
  11. ^ a b c Carboneras 1992, m/s. 537.
  12. ^ American Ornithologists' Union 1998, m/s. xix.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi