Jaap Stam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jaap Stam
Maklumat peribadi
Nama penuh Jakob Stam
Tarikh lahir (1972-07-17) 17 Julai 1972 (umur 51)
Tempat lahir Kampen, Overijssel, Belanda
Ketinggian 6 ft 3 in (1.91 m)[1]
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Reading (pengurus)
Kerjaya remaja
1988–1992 DOS Kampen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1992–1993 FC Zwolle 32 (1)
1993–1995 SC Cambuur 66 (3)
1995–1996 Willem II 19 (1)
1996–1998 PSV Eindhoven 76 (12)
1998–2001 Manchester United 79 (1)
2001–2004 Lazio 70 (3)
2004–2006 Milan 42 (1)
2006–2007 Ajax 31 (1)
Jumlah 415 (23)
Pasukan kebangsaan
1996–2004 Belanda 67 (3)
Pasukan diurus
2009 FC Zwolle (sementara)
2011–2013 FC Zwolle (pembantu)
2013–2014 Ajax (pembantu)
2014–2016 Jong Ajax (pembantu)
2016– Reading
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Jakob "Jaap" Stam (Sebutan bahasa Melayu: [ˈjaːp ˈstɑm]; lahir 17 Julai 1972) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda dan kini menjawat jawatan sebagai pengurus bagi kelab Reading.

Sepanjang kariernya, beliau banyak bermain untuk kelab Eropah antaranya PSV Eindhoven, Manchester United, Lazio, Milan dan Ajax sebelum bersara pada Oktober 2007. Selain membantu kelab memenangi beberapa trofi kejohanan, beliau juga meraih anugerah peribadi antaranya diundi sebagai pertahanan terbaik dalam Liga Juara-Juara pada musim 1998-99 dan 1999-2000. Sebagai seorang pemain di posisi bek tengah, beliau dikenali kemampuannya yang pantas mengasak, kuat dalam perebutan bola.

Stam juga merupakan seorang bekas pemain antarabangsa Belanda dan telah bermain 67 perlawanan antarabangsa dan menjaringkan tiga gol untuk Belanda. Selain itu, beliau turut mewakili negara tanah airnya ke tiga edisi Kejohanan Eropah dan satu edisi Piala Dunia.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Stam memulakan kariernya di sebuah kelab bola sepak amatur, DOS Kampen. Pada 15 Ogos 1992, Stam melakukan debut sebagai seorang pemain profesional untuk kelab FC Zwolle pada perlawanan Eerste Divisie menentang SC Heracles yang berkesudahan seri 1-1. Beliau berpindah ke kelab Eredivisie, Cambuur Leeuwarden pada musim berikutnya tetapi kelabnya itu tersingkir pada musim pertamanya di sana yang memaksanya untuk beraksi semula di Eerste Divisie. Selepas dua musim di Cambuur, beliau berpindah ke kelab Eredivisie, Willem II. Selepas kemenangan mengejut 1-0 ke atas Ajax, Stam telah diikat PSV Eindhoven pada musim yang sama, mereka menjuarai Piala KNVB, kejayaan pertama dalam kariernya.

Stam merupakan pemain penting untuk PSV pada musim 1996–97 dan meraih dua kejuaraan utama iaitu kejuaraan liga dan Perisai Johan Cruyff. Stam pula dianugerahkan Pemain Terbaik VVCS.

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1998, Stam menjadi pemain termahal di kalangan pemain Belanda dalam sejarah dan pemain pertahanan termahal dalam sejarah apabila Manchester United membelinya dengan harga 10 juta paun sterling.

Stam menghabiskan kariernya di Manchester United selama tiga musim. Pada masa itu, beliau meraih tiga gelaran Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA Inggeris, satu Piala Antara Benua dan satu trofi Liga Juara-Juara Eropah. Beliau menjaringkan satu-satunya gol untuk United pada perlawanan menentang Leicester City di tempat lawan yang berkesudahan United menang 6-2.

Pada awal musim 2001–02, Stam dilanda kontroversi apabila berpindah ke Lazio selepas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson dilaporkan berang dakwaan Stam yang dinyatakan dalam autobiografinya, Head to Head yang menceritakan tentang dirinya dan kelab. Stam juga melakukan beberapa pernyataan dalam buku itu mengenai pandangannya terhadap pemain-pemain lain dan terkandung juga mengenai dakwaan terhadap Ferguson yang membeli Stam tanpa kebenaran PSV. Laurent Blanc ditandatangani oleh Ferguson untuk mengganti tempatnya.

Lazio[sunting | sunting sumber]

Ketika berada di Lazio, Stam digantung selama lima bulan kerana didapati positif nandrolone pada perlawanan Serie Anya.[2] Namun, beliau mengemukakan rayuan dan hukuman dapat dikurangkan selama sebulan. Beliau merupakan pemain kedua Lazio yang digantung selepas Fernando Couto pada 2001. Stam kembali untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Lazio yang bergelut dari masalah kewangan tetapi masih mengekalkan status sebagai kelab utama walaupun beberapa tonggak utama meninggalkan Lazio. Pada musim terakhirnya di Lazio, beliau meraih satu gelaran Coppa Italia.

Milan[sunting | sunting sumber]

Stam sertai Milan selepas kejohanan UEFA Euro 2004. Beliau bersama Rossoneri berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2005 namun pasukannya tewas di tangan Liverpool pada penentuan penalti.

Ajax[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Januari 2006, Stam diumumkan akan kembali ke Belanda dan akan bermain untuk Ajax. Beliau menandatangani kontrak dua tahun dalam perpindahan yang menelan 2.5 juta euro. Stam dinamakan sebagai kapten pasukan Ajax selepas proses perpindahan dilengkapkan. Pada musim pertamanya di Ajax, beliau memenangi Perisai Johan Cruijff dan Piala KNVB. Pada musim terakhirnya di Ajax, beliau menambah satu lagi trofi Piala KNVB ke dalam koleksi trofi Ajax.

Pada 29 Oktober 2007, Stam mengumumkan persaraannya daripada bola sepak selepas hanya bermain enam perlawanan liga pada musim 2007-08. Perlawanan terakhirnya adalah sewaktu menentang NEC pada 20 Oktober 2007.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Stam melakukan debut untuk pasukan kebangsaan Belanda pada 24 April 1996 ketika menentang Jerman. Beliau seterusnya menjadi pemain penting dalam kemaraan pasukan Belanda sebagai tempat keempat Piala Dunia 1998.

Ketika Euro 2000, beliau sekali lagi termasuk dalam skuad Belanda yang melangkah ke separuh akhir. Stam terlepas satu sepakan penalti berharga ketika penentuan penalti pada perlawanan separuh akhir sebelum tewas kepada Itali.

Stam sekali lagi membantu pasukannya untuk mara ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan antarabangsa buat negara tanah airnya di Euro 2004. Namun, Belanda tewas di tangan tuan rumah, Portugal, 2-1. Selepas kejohanan itu, beliau melakukan persaraan daripada pasukan kebangsaan kerana beliau ingin fokus akan kelab barunya, Milan dan turut keluarganya sekali.

Secara keseluruhan, beliau bermain 67 perlawanan antarabangsa dan menjaringkan tiga gol untuk Belanda.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
1996 4 0
1997 6 1
1998 14 1
1999 4 1
2000 8 0
2001 7 0
2002 5 0
2003 9 0
2004 10 0
Jumlah 67 3

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
6 September 1997 Rotterdam, Belanda  Belgium
1–0
3–1
Kelayakan Piala Dunia 1998
2
10 Oktober 1998 Eindhoven, Belanda  Peru
1–0
2–0
Persahabatan
3
13 November 1999 Eindhoven, Belanda  Republik Czech
1–0
1–1

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Stam menjadi pembantu jurulatih PEC Zwolle selama dua musim. Selepas perkhidmatan beliau di Zwolle, Stam menandatangani kontrak tiga tahun bersama Ajax sebagai pembantu jurulatih dan pelatih pertahanan untuk musim 2013-14.

Pada 13 Jun 2016, Stam dilantik menjadi jurulatih kelab Liga Kejuaraan, Reading di atas kontrak selama dua tahun.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 29 Oktober 2016
Statistik pengurusan
Pasukan Dari Sehingga Rekod Ref
BP M S K Menang %
England Reading 13 Jun 2016 Kini &&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&047.40000047.4 [3]
Jumlah &&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&047.40000047.4

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belanda Zwolle 1992–93 32 1 32 1
Belanda Cambuur 1993–94 33 1 32 4
1994-95 33 2 33 2
Jumlah 66 3 66 3
Belanda Willem II 1995-96 19 1 19 1
Belanda PSV 1995–96 14 1 14 1
1996-97 33 7 33 7
1997-98 29 4 29 4
Jumlah 76 12 76 12
England Manchester United 1998–99 30 1 7 0 13 0 1 0 51 1
1999-2000 33 0 0 0 13 0 5 0 51 0
2000-01 15 0 1 0 6 0 1 0 23 1
2001-02 1 0 0 0 0 0 1 0 2 0
Jumlah 79 1 8 0 32 0 8 0 127 1
Itali Lazio 2001–02 13 1 13 1
2002-03 28 0 28 0
2003-04 29 2 29 2
Jumlah 70 3 70 3
Itali Milan 2004–05 17 0 3 0 8 1 28 1
2005-06 25 1 3 0 9 0 37 1
Jumlah 42 1 6 0 17 1 65 2
Belanda Ajax 2006–07 25 1 25 1
2007-08 6 0 6 1
Jumlah 31 1 31 1
Jumlah kerjaya 415 23 14 0 49 1 8 0 486 24

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pemain[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

PSV
Manchester United
Lazio
Milan
Ajax

Individu[sunting | sunting sumber]

Jurulatih[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

FC Zwolle
Ajax

Buku[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Barnes, Justyn; Bostock, Adam; Butler, Cliff; Ferguson, Jim; Meek, David; Mitten, Andy; Pilger, Sam; Taylor, Frank OBE; Tyrrell, Tom (2001). The Official Manchester United Illustrated Encyclopedia. London: Manchester United Books. m/s. 116. ISBN 0-233-99964-7.
  2. ^ "Stam suspension upheld". BBC. 17 November 2001. Dicapai pada 2009-10-09.
  3. ^ "Managers: Jaap Stam". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 3 September 2016.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2016-11-01.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Reading F.C.