Jaffar Hussein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jaffar Hussein

PSM; SPMJ (Johor); SIMP (Pahang); DPMJ (Johor); JSM
Gabenor Bank Negara Malaysia
Dalam jawatan
Jun 1985 – Mei 1994
Didahului olehTan Sri Abdul Aziz Taha
Digantikan olehTan Sri Ahmad Mohd Don
Butiran peribadi
Lahir(1931-06-11)11 Jun 1931
Muar Parit Jawa, Muar, Johor, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia11 Ogos 1998(1998-08-11) (umur 67)
Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Sebab kematianKanser
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
PasanganPuan Sri Datin Rohila Abdul Rahman
Anak-anakRossana
Roshan
Roslan
HubunganTan Sri Mohamed Rahmat (besan)
KediamanKuala Lumpur Bukit Damansara
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perdagangan (Ekonomi dan Perakaunan)
Alma materAustralia University of Queensland, Australia
AnugerahSenarai

Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (11 Jun 1931 – 11 Ogos 1998) ialah Gabenor Bank Negara Malaysia keempat dari Jun 1985 hingga Mei 1994. Beliau merupakan lulusan perakaunan dan pernah bekerja di Malayan Banking Berhad. Pada 1 April 1994 beliau meletak jawatan dan diganti oleh Ahmad Mohamed Don yang juga dari Malayan Banking.

Gabenor Bank Negara[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Jaffar Hussein menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-4. Sebelum beliau ialah Gabenor Tun Ismail Mohamed Ali (1962-1980) ; Tan Sri Dato' Abdul Aziz Taha (1980-1986) ; Tan Sri Dato’ Jaffar Hussein (1986-1994) ; Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don (1995-1998) ; Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman (1999) ; Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2000- 2016).

Tanda tangan beliau terdapat dalam mata wang ringgit Malaysia RM10.00 yang dicetak oleh syarikat Thomas De La Rue.

Selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara Jaffar Hussein tidak pun didakwa dan disiasat. Malahan beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PNB.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Jaffar Hussein meninggal dunia pada 11 Ogos 1998 kerana barah pada usia 67 tahun. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya. Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di 27, Jalan Batai, Bukit Damansara dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Jaffar Hussein meninggalkan isteri, Puan Sri Rohila Abdul Rahman, anak perempuan Rossana, 33, dua anak lelaki, Roshan, 31, dan Roslan, 23, serta tiga orang cucu.[2]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Gabenor Bank Negara Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jaffar Hussein meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2018-11-23.
  2. ^ Jaffar Hussein meninggal dunia
  3. ^ "665 on King's honours list", New Straits Times, 3 June 1987.
  4. ^ "Honours for 177 on Sultan's 54th birthday", New Straits Times, 8 April 1986.
  5. ^ "Johor Ruler heads Pahang honours list", New Straits Times, 24 October 1990.