Jaksa Pendamai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taos County, New Mexico. Jaksa Pendamai Montoyo mendengar sebuah kes kecil. (1941)

Jaksa Pendamai (JP) ialah seorang pegawai kehakiman mahkamah rendah, dipilih atau dilantik melalui komisen (surat paten) untuk menjaga keamanan. Dalam abad-abad yang lalu, perkataan pesuruhjaya pendamai sering digunakan dengan makna yang sama. Bergantung pada bidang kuasa, hakim tersebut mengeluarkan keadilan ringkas atau hanya uruskan dengan menggunakan hukum undang-undang biasa. Jaksa pendamai itu dilantik atau dipilih dari kawasan yang mereka berkhidmat, dan (atau biasanya) tidak perlu mempunyai pendidikan undang-undang sebenar untuk memasuki pejabat. Sesetengah bidang kuasa mempunyai pelbagai bentuk latihan untuk ahli JP.

Penggunaan zaman kini[sunting | sunting sumber]

India[sunting | sunting sumber]

Di India, jaksa pendamai memang wujud,[1] tetapi mereka tidak lagi menduduki jawatan penting. Salah satu jaksa terkenal di India ialah Kavasji Jamshedji Petigara.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, Jaksa Pendamai telah banyak digantikan di mahkamah majistret oleh majistret yang dibayar gaji yang berkelayakan (kelas satu). Walau bagaimanapun, kerajaan negeri masih lagi melantik jaksa pendamai sebagai tanda penghormatan. Pada tahun 2004, beberapa pertubuhan jaksa pendamai menekan kerajaan persekutuan untuk membenarkan jaksa pendamai untuk duduk sebagai majistret kelas kedua untuk mengurangkan kes tertunggak dalam mahkamah.

Singapura[sunting | sunting sumber]

Jaksa pendamai di Singapura mendapat kuasa dari undang-undang statut. Beliau dilantik oleh Presiden Republik Singapura, di bawah peruntukan seksyen 11 (l) Akta Mahkamah Subordinat (Cap.321). Presiden boleh menarik semula pelantikan mana-mana jaksa pendamai. Jaksa pendamai yang baru dilantik dikehendaki oleh seksyen 17 Akta Mahkamah Rendah, untuk mengambil sumpah jawatan dan kesetiaan seperti yang dinyatakan dalam jadual kepada Akta Mahkamah Rendah, sebelum menjalankan tugas pejabatnya.

Dalam penjawatan mereka, JP berkhidmat sebagai jaksa pelawat di penjara Singapura, orang tengah atau pendamai di mahkamah rendah. Mereka juga boleh melangsungkan upacara perkahwinan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan atau melaksanakan tugas majistret yang diberikan kepada mereka oleh mana-mana undang-undang bertulis.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2008. Dicapai pada 9 September 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  2. ^ "74 Justices of the Peace appointed". Singapore Law Watch. Dicapai pada 12 May 2013.