Jantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perisai dan lembing dewa Romawi Marikh sering digunakan untuk melambangkan jantina lelaki dan sifat jantan.

Jantan (Jawi: جنتن) ialah jantina sesuatu ataupun sebahagian organisma yang menghasilkan sperma yakni gamet yang lebih kecil dalam sistem pembiakan heterogami dan biasanya bergerak dan berupaya mensenyawakan ovum, iaitu gamet betina. Jantan tidak boleh membiak secara seks tanpa gamet betina yang berlawanan.

Tidak terdapatnya satu mekanisme genetik yang tunggal di belakang perbezaan-perbezaan antara jantina. Kewujudannya dua jantina mungkin merupakan hasil perkembangan berbilang yang berasingan dalam keturunan-keturunan evolusi yang berbeza-beza. Selain daripada perbezaan utama dari segi jenis gamet yang dihasilkan, perbezaan antara jantan dan betina dalam sesuatu keturunan sentiasanya tidak dapat diramalkan daripada perbezaan-perbezaan dalam keturunan yang lain.

Konsep dimorfisme jantan/betina antara individu ataupun organ pembiakan tidak dihadkan kepada haiwan sahaja; sel telur juga dihasilkan oleh kitrid, diatom, dan tumbuhan darat, antara lain. Dalam tumbuhan darat, istilah "betina" dan "jantan" merujuk bukan sahaja kepada organisma dan struktur yang menghasilkan telur dan sperma, tetapi juga struktur sporofit yang menghasilkan tumbuhan jantan dan betina.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Menurut kamus dwibahasa Wilkinson 1932, kata jantan adalah bentuk halus jalu (Jawi: جالو) yang terganti, kata jalu lebih didapati dalam bahasa Jawa termasuk bentuk lamanya (Hanacaraka: ꦗꦭꦸ) bermaksud "lelaki".[1][2]

Penggunaan perkataan "jantan" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk haiwan dan boleh dianggap menghina untuk manusia yang lebih dirujuk jantinanya sebagai lelaki.

Ciri-ciri jantina sekunder[sunting | sunting sumber]

Dalam spesies yang mempunyai jantina yang berasingan, jantan boleh berbeza dengan betina dalam cara-cara selain daripada penghasilan sperma. Secara amnya, jantan adalah lebih kecil berbanding betina bagi tumbuhan-tumbuhan berbiji (tumbuhan yang menghasilkan butir debunga) serta kebanyakan ikan dan burung, tetapi adalah lebih besar bagi kebanyakan mamalia, termasuknya manusia. Untuk burung, jantannya sering memaparkan bulu-bulu yang berwarna-warni semata-mata untuk menarik perhatian betina.


Penentuan jantina[sunting | sunting sumber]

Jantina bagi sesuatu organisma dapat ditentukan melalui berbagai-bagai faktor genetik atau persekitaran. Walaupun kebanyakan spesies mempunyai kedua-dua jantina, terdapatnya juga haiwan hermafrodit yang mempunyai kedua-dua organ pembiakan jantan serta betina.

Penentuan genetik[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan mamalia, termasuknya manusia, boleh ditentukan melalui sistem penentuan jantina XY yang mentakrifkan kromosom seks XY untuk jantan dan XX untuk betina. Sewaktu pembiakan, jantan boleh menyampaikan sperma X ataupun sperma Y, sedangkan betina hanya dapat menyampaikan telur X. Sperma Y dan telur X akan menghasilkan jantan, sedangkan sperma X dan telur Y akan menghasilkan betina.

Dalam sistem penentuan jantina WZ, jantan yang mempunyai kromosom seks ZZ (berbanding betina yang mempunyai WZ) boleh didapati di burung serta di sesetengah serangga dan organisma yang lain. Ahli-ahli himenoptera, seperti semut dan lebah, merupakan spesies haplodiploid. Dalam spesies ini, kebanyakan daripada jantannya adalah haploid, sedangkan betina dan sesetengah jantan yang mandul adalah diploid.

Penentuan persekitaran[sunting | sunting sumber]

Dalam sesetengah spesies reptilia, termasuknya aligator, jantina ditentukan oleh suhu telurnya yang dieram. Spesies yang lain, umpamanya sesetengah siput, mengamalkan pertukaran jantina: dewasanya bermula sebagai jantan, dan kemudiannya menjadi betina. Untuk clown fish, sejenis ikan tropika, ikan yang dominan di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi betina, sedangkan yang lain kekal menjadi jantan.

Bagi beberapa artropod, jantina ditentukan melalui jangkitan. Bakteria daripada genus Wolbachia dapat menggantikan jantina mereka; beberapa spesies artropod terdiri daripada jantan pada keseluruhannya, dengan wujudnya betina ditentukan oleh kehadiran Wolbachia.

Anatomi[sunting | sunting sumber]

Kesemua jantan, tanpa menghiraukan keasalan, alam ataupun subdivisi filogenetik, sekurang-kurangnya mempunyai anatomi untuk menghasilkan gamet jantan. Sebahagiannya mempunyai organ dan sistem organ yang canggih dan yang direka bentuk semata-mata untuk menghasilkan dan menghantarkan gamet ke lokasi yang sesuai untuk persenyawaan ovum.

Istilah "sperma" juga dipergunakan untuk merujuk kepada gamet jantan bagi organisma yang mempunyai struktur dan jenis sel yang terwujud secara berasingan. Di kalangan haiwan yang menjalani persenyawaan dalaman, istilah "zakar" sering dipergunakan untuk merujuk kepada organ yang disisipkan ke dalam perempuan untuk permanian.

Lelaki[sunting | sunting sumber]

Jantan manusia dipanggil "lelaki". Bagi manusia, terdapatnya banyak komponen (selain daripada genetik) yang menentukan jantina biologi dan identiti jantinanya. Kebanyakan lelaki mempunyai kromosom XY, dengan kadar kejadian XXY dan XYY pada hampir satu peribu kelahiran lelaki bagi setiap jenis.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Lambang jantina yang lazim dipergunakan untuk menggambarkan jantina lelaki ialah lambang Marikh, (Unikod: U+2642) — sebuah bulatan dengan panah yang menujui timur laut. Ini merupakan perwakilan perisai dan lembing dewa Rom, iaitu Mars.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "jantan". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 447 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  2. ^ S. Wojowasito (1977). Kamus Kawi-Indonesia. Malang, Jawa Timur: Penerbit CV Pengarang. m/s. 117.