Jerzy Dudek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jerzy Dudek
frames
Maklumat peribadi
Nama penuh Jerzy Henryk Dudek
Ketinggian 6 ft 2 in (1.88 m)
Posisi permainan Penjaga Gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor 1
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1995–1996
1996–2001
2001–2007
Sokół Tychy
Feyenoord
Liverpool
15 (0)
139 (0)
125 (0)
Pasukan kebangsaan
1998–2006 Poland 56 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 July 2006
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22 July 2006

Jerzy Henryk "Jurek" Dudek (lahir 23 Mac 1973) adalah seorang pemain bola sepak di Liverpool F.C. Belaiu paling dikenali kerana membolehkan Liverpool menjuarai Piala Eropah 2005 seamsa sepak penaliti apabila berjaya menampan keluar sepakan oleh Andriy Schevchenko. Jerzy Dudek bermain 54 kali untuk Poland.

Jerzy Dudek dilahirkan pada 23 Mac 1973 di Rybnik, Poland. Sebutan namanya adalah sebutan YE-zhi DOOD-ek ("zhi" seperti sebutan Dr. Zhivago).

Feyenoord Rotterdam[sunting | sunting sumber]

Sebelum beraksi untuk Feyenoord, Dudek bermain untuk for Sokół Tychy di Poland. Dalam tahun 1996, Dudek dibeli oleh Feyenoord Rotterdam. Dalam tahun pertama, dia hanya menjadi penjaga gol simpanan Feyenoord di belakang Ed de Goey.

Apabila Ed de Goey meninggalkan Feyenoord untuk bermain di Chelsea F.C., Dudek diberikan kepercayaan oleh pengurusan Feyenoord untuk menjadi penjaga gol utama pasukan Feyenoord, dan mulai tahun 1997, Dudek menjadi pehnjaga gol pilihan Feyenoord.

Liverpool[sunting | sunting sumber]

Liverpool membeli Dudek pada 31 Ogos, 2001 untuk menggantikan Sander Westerveld. Dudek juga kerap beraksi untuk Poland, tetapi tidak dapat menunjukkan aksi yang baik semasa kejohanan Piala Dunia 2002 di Korea dan Jepun.

Selepas membuat kesilapan besar semasa perlawanan menentang Manchester United dan beberapa permainan lain , Dudek digugurkan daripada kesebelasan utama Liverpool dan digantikan dengan Chris Kirkland. Namun demikian, Dudek mendapat kembali tempatnya di dalam kesebelasan utama selepas Chris Kirkland mendapat kecederaan. Dudek terus menjadi penjaga gol pilihan utama sehingga ketibaan Jose Reina dalam tahun 2005.

Gaya permainan Dudek dikatakan agak ranggi (flamboyant) dan melebih-lebih (exaggerated). Gaya ini menyebabkan Dudek kadang kala membuat kesilapan besar yang menyebabkan Liverpool kehilangan mata dan akhirnya menyebabkan Dudek jatuh di belakang Jose Reina dan Scott Carson di Anfield.

Pada 25 Mei 2005, Dudek kembali menjadi wira Liverpool selepas persembahan tidak menentu di Istanbul semasa beraksi menentang A.C. Milan dalam perlawanan akhir Piala Eropah. Milan menjaringkan 3 gol dalam separuh masa pertama dan Dudek tidak berupaya menghalang A.C. Milan dalam separuh masa pertama. Tetapi pada separuh masa kedua, Liverpool menyamakan kedudukan. A.C. Milan bertubi-tubi menyerang gol Liverpool. Di saat-saat akhir permainan masa tambahan, Dudek bertindak cemerlang menahan sebanyak dua kali berturut-turut percubaan gol oleh Andriy Shevchenko, yang sekiranya masuk pasti menjadi gol kemenangan A.C. Milan.

Ducek kemudiannya membantu Liverpool menjuarai Piala Eropah apabila dapat menampan dua sepak penalti Milan. Dudek membuat helah dengan melanggar-longgarkan lutut (kini dipanggil Dudek Dance) untuk mengganggu tumpuan pemain A.C. Milan. Dalam temu ramah selepas permainan, Dudek menyatakan dia mendapat ilham daripada Bruce Grobbelaar, yang membuat akis sama semasa perlawanan akhir Piala Eropah tahun 1984 apabila Liverpool menentang A.S. Roma di Rome.

Selepas perlawanan akhir tersebut, Dudek mendapat kecederaan siku menyebabkan tempat beliau digantikan oleh Jose Reina. Jose Reina dibawa oleh Rafael Benitez dari Villarreal CF. Rafa Benitez meminati Jose Reina, kerana menunjukkan bakat besar walaupun umurnya masih muda. Seemnjak itu, Dudek hanya beraksi sekali sahaja dengan pasukan simpanan. Pada penghujung musim 2005-2006 Dudek diberi peluang bermain di gawang gol menggantikan Jose Reina yang digantung 3 perlawanan (Jose Reina mendapat kad merah selepas menolak jatuh Arjen Robben semasa perlawanan menentang Chelsea F.C.) dan 2 lagi perlawanan di penghujung musim 2006.

Dalam tahun 2004, Pope John Paul II, yang merupakan seorang penjaga gol semasa zaman mudanya, bertemu dengan ahli pasukan kebangsaan Poland. Pope John Paul II memberitahu bahawa beliau memang minatkan Dudek dan dan menonton perlawanan apabila Liverpool bermain.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Dudek mengahwini isterinya Mirella dalam bualn Jun 1996, dan kini mempunyai seorang anak lelaki seorang Aleksander yang lahir dalam bulan Disember 1996 dan seorang anak perempuan, Wiktoria, yang lahir dalam bulan Januari 2006.

Pada 21 Jun 2006, akhbar melaporkan bahawa rumah Dudek dimasuki pencuri [2] yang mencuri kereta dan juga medal dan lain-lain memorabilia semasa kerjaya Dudek sebagai pemain bolas sepak, termasuk medal pemenang Liga Juara-Juara yang dimenangi di Istanbul. Barang-barang yang hilang kemudiannya dijumpai semula dan dua orang dikenakan pertuduhan berkaitan kecurian tersebut. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]