Joseph M. Schenck

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Joseph Schenck
Kelahiran(1878-12-25)25 Disember 1878
Rybinsk, Kerajaan Yaroslavl, Empayar Rusia (ki i Oblast Yaroslavl, Rusia)
Meninggal dunia22 Oktober 1961(1961-10-22) (umur 82)
DikebumikanPerkuburan Maimonides, Brooklyn, New York
PekerjaanEksekutif studio filem
PasanganNorma Talmadge (1916–1934; bercerai)
SaudaraNicholas Schenck (saudara)

Joseph Michael Schenck (/ˈskɛŋk/; 25 Disember 1878 – 22 Oktober 1961) ialah seorang eksekutif studio filem Amerika.

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Schenck dilahirkan di Rybinsk, Oblast Yaroslavl, Rusia kepada ibu bapa berbangsa Yahudi. Beliau dan keluarganya  – termasuk adiknya Nicholas  – berpindah ke New York City pada 1893, beliau dan Nicholas kemudian memasuki konsesi operasi perniagaan hiburan di Fort George Amusement Park di New York. Dianggap sebagai potensi, pada tahun 1909, saudara Schenck menyertai Palisades Amusement Park dan setelah itu menjadi peserta dalam industri filem sebagai rakan kongsi Marcus Loew, yang mengendalikan teater.

Pada tahun 1916, ketika beliau terlibat dalam perniagaan filem, Joseph Schenck bertemu dan mengahwini Norma Talmadge, bintang muda Vitagraph Studios. Beliau menjadi suami pertama dari tiga suami, tetapi beliau ialah satu-satunya isterinya.[1] Pada 1917, pasangan itu menubuhkan Syarikat Filem Norma Talmadge. Pasangan iti bercerai pada 1934 dan Schenck kemudian membangun sebuah rumah di Palm Springs, California.[1][2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Schenck pencen pada 1957 dan tak lama setelah itu, beliau dierang strok dan tidak pernah pulih sepenuhnya. Beliau meninggal dunia di Los Angeles pada 1961 pada usia 82 tahun dan disemadikan di Perkuburan Maimonides di Brooklyn, New York.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Basinger, Jeanine (2000). Silent Stars. Wesleyan University Press. m/s. 144. ISBN 0-8195-6451-6.
  2. ^ Meeks, Eric G. (2012). The Best Guide Ever to Palm Springs Celebrity Homes. Horatio Limburger Oglethorpe. m/s. 163. ISBN 978-1479328598.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]