Joseph Pairin Kitingan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Joseph Pairin Kitingan

PMN; SPDK (Sabah); SSAP (Pahang); PNBS (Sarawak); PGDK, JP (Sabah)
Ketua Menteri Sabah ke-7
Dalam jawatan
22 April 1985 – 16 Mac 1994
Didahului olehTan Sri Harris Mohd Salleh
Digantikan olehTun Sakaran Dandai
Presiden
Parti Bersatu Sabah
Dalam jawatan
5 Mac 1985 – 14 November 2018
Didahului olehParti baru ditubuhkan
Digantikan olehDatuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Keningau, Sabah
Dalam jawatan
1986–2018
Didahului olehAhmad Shah Hussein Tambakau
Digantikan olehDatuk Dr. Jeffrey Kitingan
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Tambunan
Dalam jawatan
1976–2018
Didahului olehUSNO
Digantikan olehJeffrey Kitingan
Butiran peribadi
Lahir (1940-08-17) 17 Ogos 1940 (umur 83)
Papar, Borneo Utara (kini Sabah, sebahagian daripada Malaysia)
Parti politikBERJAYA (bekas parti)
Parti Bersatu Sabah (PBS) (parti rasmi sejak 1985)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (BN) (bekas gabungan)
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (gabungan rasmi sejak 2022)
PasanganPuan Sri Genevieve Lee
SaudaraJeffrey Kitingan (adik)
Maximus Johnity Ongkili (anak saudara)
Dikenali keranaPengasas dan presiden pertama untuk Parti Bersatu Sabah (PBS)

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (lahir 17 Ogos 1940) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-7.[1] Beliau memegang jawatan ini dari April 1985 hingga Mac 1994. Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dan memegang kedua-dua jawatan ini sejak Mac 2004. Beliau dikenali sebagai pengasas utama bagi Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1985 iaitu sebuah parti tempatan tertua di Sabah yang juga merupakan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sejak 2022.

Pairin pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Kota Kinabalu, sebuah sekolah lelaki di Kota Kinabalu.[2] Beliau memperolehi biasiswa Rancangan Colombo dan melanjutkan pelajaran di Universiti Adelaide dalam jurusan undang-undang dan selepas itu beliau pulang ke Sabah untuk bekerja sebagai Peguam Negeri dengan Jabatan Perundangan Sabah dan seterusnya dijadikan Timbalan Pendakwa Raya Umum. Selepas itu, Pairin menyertai sebuah firma guaman tempatan.

Adiknya Jeffrey Kitingan juga seorang ahli politik tetapi di Parti Solidariti tanah Airku Rakyat SABAH (STAR).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pairin dilahirkan pada 17 Ogos 1940 di Papar, Sabah. Beliau beragama Kristian aliran Gereja Katolik. Isterinya ialah Genevieve Lee, seorang bekas guru. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki bernama Alexander dan Daniel. Kedua-dua mereka adalah berkelayak peguam.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pairin mulai giat dalam politik sejak tahun 1975. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Tambunan pada tahun 1976 di bawah parti BERJAYA, sebuah parti yang dipimpin oleh Harris Salleh semasa itu dan dilantik sebagai seorang menteri.

Pairin tidak puas hati pada kepimpinan parti ini dan membantah sesetengah daripada polisi parti ini. Beliau berasa bahawa parti ini telah terkeluar daripada perjuangan asalnya. Akhirnya beliau terpaksa meninggalkan parti ini pada tahun 1984.[3]

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 1984, Pairin menjadi calon bebas untuk mempertahankan kerusinya daripada parti pemerintah dalam pilihanraya kecil Tambunan. Kepimpinannya di sebuah negeri dalam sebuah persekutuan yang agama rasminya ialah Islam dipersoalkan kerana agamanya. Parti pemerintah Sabah yang merupakan salah satu ahli Barisan Nasional sentiasa tidak teragak-agak mempergunakan persoalan bangsa yang sensitif yang umumnya tidak patut ditimbulkan di dalam sebuah negara yang berbagai kaum. Walaupun menghadapi kemungkinan berjaya yang tipis sekali, Pairin masih dapat memenangi pilihan raya dengan majoriti yang agak besar.

Pada Mac 1985, Pairin menubuhkan Parti Bersatu Sabah (PBS). Parti ini berjaya didaftarkan dan diiktirafkan sebagai sebuah parti politik pada jam ke-11. Ini membolehkannya memimpin parti ini menentang parti pemerintah negeri ketika itu dalam Pilihan Raya negeri Sabah, 1985 pada bulan April.

Walaupun baru 47 hari ditubuhkan, PBS menang dalam pilihanraya tersebut, menumpaskan BERJAYA.[4] Pairin mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-tujuh. Dia memegang jawatan ini selama sembilan tahun sehingga 1994. Pairin juga menerajui PBS dalam memenangi tiga lagi pilihanraya negeri pada 1986, 1990, dan 1994.

Pada pilihanraya negeri Sabah 1994, PBS menang dengan mendapat 25 kerusi Dewan Undangan Negeri, berbanding dengan 23 kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional. Namun sejurus selepas pengumuman keputusan pilihanraya tersebut, beberapa ahli PBS meninggalkan parti tersebut untuk masuk ke dalam gabungan Barisan Nasional. Pairin tidak dibenarkan mengangkat sumpah akibat insiden ini. Oleh itu, Sakaran Dandai dari UMNO mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri ke-lapan Sabah.[5]

Pairin juga dikenali sebagai Huguan Siou, atau ketua komuniti untuk suku kaum Kadazandusun di Sabah. Dia juga memegang jawatan sebagai Presiden Kadazandusun Cultural Association (KDCA).

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Joseph Pairin Kitingan bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Keningau, negeri Sabah. Joseph Pairin Kitingan telah menang dengan mendapat undi sebanyak 14598.

Calon lawan ialah Peter Kodou @ Peter Anthony Kodou dari DAP mendapat 560 undi dan hilang deposit. Adiknya Gapari Bin Katingan @ Geoffrey Kitingan dari PKR mendapat 10,334 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 72.95 %. Undi rosak sebanyak 464.

Garis masa sebagai Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Rohani Abdul KarimRohani Abdul KarimDouglas Uggah EmbasTan Kok WaiJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganTan Seng GiawLeo Micheal ToyadTan Seng GiawMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinRafidah AzizKarpal SinghKarpal SinghAbdul Kadir Sheikh FadzirAbdullah Ahmad BadawiNajib RazakRais YatimRais YatimSammy VelluLeo Moggie IrokSulaiman DaudLing Liong SikRazaleigh HamzahLim Kit SiangLim Kit SiangAbdul Taib MahmudAbdul Taib MahmudGhafar BabaGhafar BabaMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir Mohamad


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Ketua Menteri Sabah". Kerajaan Negeri Sabah. Dicapai pada 5 Ogos 2008.
  2. ^ "Past Presidents". Association of Ex-students of La Salle and Sacred Heart. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-05-27. Dicapai pada 2008-01-22.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-06. Dicapai pada 2008-07-08.
  4. ^ K. Ramanathan Kalimuthu. "The Sabah State Elections of April 1985" (dalam bahasa Inggeris). Asian Survey, Vol. 26, No. 7. Dicapai pada 18 Januari 2008.
  5. ^ Kalimullah Hassan (18 November 2007). "OPINION: Reforms yes, but not through violence in the streets" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 2008-01-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]