Kaleidoskop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kaleidoskop mainan

Kaleidoskop (serapan bahasa Yunani gabungan καλός kalos "indah". εἶδος eidos "bentuk" dan σκοπέω skopeō "melihat"[1][2]) ialah sejenis alat permainan optik berbentuk tiub. Di dalamnya terdapat cermin serta objek-objek berwarna kecil seperti manik dan kerakal. Cermin-cermin ini disusun dengan sudut miring tertentu sehingga dapat menghasilkan pantulan cahaya dengan corak aneka warna yang indah.[1][2]

Alat ini direka dengan tujuan permainan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sir David Brewster, seorang saintis asal Scotland, memperoleh ide awal pembuatan kaleidoskop pada tahun 1814 dalam penelitiannya mengenai kekutuban cahaya menggunakan kaca.[1] Brewster membuat kaleidoskop pertamanya berbentuk tabung dengan meletakkan sepasang piringan tembus cahaya di satu hujung tabung dan sepasang cermin di hujung lainnya.[2] Manik-manik diletakkan lalu diperhatikan di mana cahaya yang masuk ke dalam kaleidoskop memantul dan menghasilkan corak warna-warni.[1]

Dalam proses paten kaleidoskop, Brewster mengalami kendala dan menyebabkan dirinya merugi karena secara tiba-tiba ada perusahaan yang memproduksi kaleidoskop berikutan mendapat tahu idea penemuannya.[2] Dalam masa 3 bulan sahaja, telah ada ratusan ribu kaleidoskop yang terjual di England dan Perancis;[2] namun model-model segera ini didapati kurang menunjukkan hasil yang memuaskan dan jauh daripada apa yang dijangkakan kerana ketiadaan butiran binaan yang jelas. Oleh sebab itu, Brewster menerbitkan suatu penerangan mengenai prinsip dan tatabina kaleidoskop yang betul.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Brewster, David (1858). The Kaleidoscope: Its History, Theory, and Construction. London: John Murray, Albemarle Street.
  2. ^ a b c d e Pickover, Clifford A. (2008). Archimedes to Hawking: Laws of Science and the Great Minds Behind Them. New York: Oxford University Press, Inc. ISBN 978-0-19-533611-5.
  3. ^ Brewster, David (1819). A Treatise on the Kaleidoscope. Edinburgh: Archibald Constable & Co.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]