Kapal induk Jepun Akagi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Career RN Ensign
Ditempah:
Mula bina:
Dilancarkan:
Ditauliahkan:
Dibersarakan:
Nasib:
Nyah daftar:
Ciri-ciri Umum
Sesaran: 41,300 tan
Panjang: 855'3"
Rusuk: 102'9"
Draft: 28'7"
Tujahan:
Laju: 31 knots
Jarak:
Awak-awak: 2000
Persenjataan:
Kapal terbang: 66, dengan 25 simpanan
Moto:


Akagi - Kapal induk Jepun semasa Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Akagi (赤城; "Istana Kota Merah - Red Castle") merupakan kapal induk Jepun yang terbabit dalam Pertempuran Pearl Harbor. Kapal induk Akagi telah mengalami kerosakan teruk pada 4 Jun 1942 akibat serangan kapal terbang kepunyaan tentera laut Amerika Syarikat semasa Pertempuran Midway, dan ditenggelamkan oleh kapal pemusnah Jepun pada awal pagi 5 Jun 1942 .

Akagi, kapal induk seberat 34,364-tan, mula dibina di Kure, Jepun. Pada awalnya lunasnya dibina sebagai battle cruiser sebelum keputusan diambil untuyk menyiapkannya sebagai kapal induk. Apabila siap, Akagi merupakan salah satu dari kapal induk besar yang pertama negara Jepun pada March 1927. Kapal induk Akagi telah dinaik-taraf secara besar-besaran sepanjang tahun 1935-1938 untuk meletakkan menara di sebelah port, lain dari kebiasaan, dan juga dek penerbangan panjang penuh, Kapal induk Akagi aktif dipersisiran China untuk beberapa tahun berikutnya, dan ia merupakan kapal pemerintah dalam Pertempuran Pearl Harbor pada Disember 1941.

Akagi juga mengetuai kapal induk lain untuk menyerang sepanjang Indies Timur East Indies dan Lautan India Indian Ocean, termasuk meneggelamkan kapal induk British Hermes, menghalau Allies keluar dari Jawa dan Sumatra dan turut menyerang Darwin di Utara Australia.

Kapal induk Akagi kemudiannya menyertai dalam serangan kapal induk ke kawasan Lautan India Indian Ocean dan merupakan kapal pemerintah bagi pasukan kapal induk Jepun semasa Pertempuran Midway. Pada 4 Jun 1942, ketika beroperasi di utara Pulau Midway, Akagi diserang oleh pengebom junam dari USS Enterprise dan terbakar. Usaha mengawal kerosakan gagal, dengan itu kapal induk Akagi telah ditenggelamkan oleh kapal pemusnah Jepun dengan menggunakan torpedo awal pagi berikutnya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Akagi.