Karas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Karas
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
Divisi:
Magnoliophyta
Kelas:
Magnoliopsida
Order:
Malvales
Keluarga:
Thymelaeaceae
Genus:
Aquilaria
Nama binomial
Aquilaria malaccensis Lamk
Sinonim

Pokok Karas ialah salah satu daripada lapan spesies dalam genus Aquilaria yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya di hutan hujan Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, dan India utara. Tergolong dalam famili Thymelaeaceae, nama botaninya Aquilaria malaccensis Lamk. [3][4] Jenis ini dapat dijumpai di Bangladesh, Bhutan, India, Indonesia, Iran, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, dan Thailand. Tumbuhan ini terancam pupus kerana kerosakan habitat didorong nilai ekonomi tingginya.[4]

Aquilaria malaccensis adalah sumber utama gaharu,[5] suatu produk rempah-rempah berbentuk kayu dengan resin beraroma wangi yang seperti campuran minyak wangi dan setanggi.

Pemerian[sunting | sunting sumber]

Pokok Karas tumbuh sehingga 6-20,40 meter tinggi dengan diameter lebih dari 60 cm. Batangnya lurus, tidak berbanir. Kulit batangnya halus, dengan warna coklat keputih-putihan. Tajuknya bulat, lebat, dengan percabangan mengufuk. Daunnya tunggal, tebal, bentuknya jorong hingga jorong-melanset, dan panjang.[4] disusun berselang-seli mempunyai garisan tepi yang penuh dan hujung yang pendek dan tirus. Saiznya 5 - 11 sentimeter panjang, dan 2 - 4 sentimeter lebar. Bunga pokok karas berwarna hijau kuningan, dan dihasilkan dalam umbel; buahnya ialah sebiji kapsul berbentuk telur terbalik berkayu sepanjang 2.5 - 3 sentimeter, dan berbulu halus. Untuk pembudidayaan, pernah dicuba dengan biji. Percambahan biji dapat mencapai 47%. Dalam waktu tiga tahun saja, setelah disemai, pohon muda gaharu dapat mencapai tinggu 2,5 m.[4]

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Kepingan kayu gaharu

Pokok Karas paling terkenal untuk kayunya yang diisi tepu dengan damar. Kayu Pokok Aras merupakan salah satu daripada kayu yang termahal di dunia, dan dihargai dalam banyak budaya disebabkan kewangiannya, dan digunakan secara meluas untuk dupa dan minyak wangi.

Pengurangan Pokok Karas yang liar yang diakibatkan oleh penebangan sembarangan telah menyebabkan pokok ini disenaraikan sebagai salah satu spesies terancam. Kini, projek-projek telah dilaksanakan di sebilangan negara Asia Tenggara untuk menanam Pokok Karas supaya dapat menghasilkan kayu dengan cara yang dapat dikekalkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Broad, S. (1995) "Agarwood harvesting in Vietnam" TRAFFIC Bulletin 15:96
  2. ^ a b c d Anonymous (November 2003) "Annex 2: Review of Significant Trade: Aquilaria malaccensis" Significant trade in plants: Implementation of Resolution Conf. 12.8: Progress with the Implementation of Species Reviews (CITES PC14 Doc.9.2.2) Fourteenth meeting of the Plants Committee, Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora, Windhoek, Namibia
  3. ^ INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names
  4. ^ a b c d Sastrapradja, Setijati; Kartawinata, Kuswata; Soetisna, Usep; Roemantyo; Wiriadinata, Hari; Soekardjo, Soekristijono (1980). Kayu Indonesia. 14:14 – 15. Jakarta:LBN - LIPI bekerjasama dengan Balai Pustaka.
  5. ^ Ng, L.T., Chang Y.S. and Kadir, A.A. (1997) "A review on agar (gaharu) producing Aquilaria species" Journal of Tropical Forest Products 2(2): pp. 272-285

Lihat juga[sunting | sunting sumber]