Kartina Dahari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kartina Dahari
Kelahiran(1941-11-12)12 November 1941
Meninggal dunia30 April 2014(2014-04-30) (umur 72)
Braddell Hill, Singapura
Sebab kematianPenyakit barah payudara
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Lim Chu Kang
WarganegaraSingapura
PekerjaanPenghibur dan pelakon filem era 60-an hingga 1970-an
MajikanEMI (Label)
Anak-anakAdlin, Reza dan Noor Indra

Kartina Dahari (12 November 1941 – 30 April 2014) merupakan seorang penghibur dan pelakon filem Melayu era hitam putih. Biduanita Kartina Dahari terkenal dengan jolokan ‘Ratu Keroncong’, Allahyarhamah juga merupakan penghibur Melayu pertama yang merakamkan album berbahasa Inggeris di Singapura. Biduanita Kartina Dahari (72) meninggal dunia pada 30 April 2014. Kartina Dahari sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan Dendang Perindu.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Kartina Dahari dilahirkan pada 12 November 1941 di kampung Geylang dalam keluarga pemuzik yang terkenal. Bapanya bernama Dahari Jarr, seorang pemimpin kumpulan muzik melayu yang dikenali sebagai Orkes Kampung Gelam. Datuknya pula merupakan Jahari Ibrahim (Wak Jarr), seorang pengubah lagu Melayu. Rumah Dahari sering menjadi tumpuan bintang hiburan Melayu seperti P. Ramlee, Saloma dan Siput Sarawak untuk berlatih.

Ketika berusia 15 tahun, Kartina mendapat peluang untuk menyanyi di radio bagi sebuah kumpulan keroncong, Delima Orkes, Kartina, mengambil peluang tersebut sungguhpun tidak digalakkan oleh bapanya yang merasakan dia terlalu muda. Bagaimanapun, bapanya tidak membantah apabila tiga tahun kemudian, dia dijemput untuk menyanyi bersama kumpulan Melati Putih Hiburan, dan suaranya sering berkumandang di radio.[1]

Daripada radio, dia berubah pada televisen, dan mula muncul secara tetap di rancangan Kalong Senandong. Bakatnya menarik minat syarikat rakaman EMI, dan pengurus besarnya dari London terbang ke Singapura untuk mengadakan audition. Dia diterima masuk oleh EMI dan menghasilkan beberapa EPs dan LPs dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

Kartina turut membuat persembahan di Taiwan dan juga bagi keluarga DiRaja di Malaysia dan pelawat asing yang melawat Singapura. Dia juga turut terbang ke hutan di Sabah dan Sarawak bagi menghibur tentera Malaysia yang bertugas di sana bersama Julie Sudiro (kini Datin Paduka Julie Sudiro).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Biduanita Kartina Dahari terkenal dengan jolokan ‘Ratu Keroncong’. Allahyarhamah juga merupakan penyanyi Melayu pertama yang merakamkan album berbahasa Inggeris di Singapura. Kartina sering muncul di radio dan televisen Singapura dari 1960-an sehingga 1980-an.[2] Kebolehannya mendendangkan lagi dalam bahasa Inggeris dan Melayu menjadikan dia terkenal dan mempunyai ramai peminat di seluruh rantau, melepasi masyarakat Melayu.

Antara lagu keroncongnya yang ‘evergreen’ adalah Sayang Di Sayang dan lagu duetnya bersama Allahyarham Datuk Ahmad Jais seperti Budi Setahun Jagung dan Sejak Kita Berpisah. Kartina juga pernah merakamkan lagu bersama Datin Paduka Julie Sudiro yang bertajuk Burong Nuri.[3]

Kali terakhir Allahyarham membuat penampilan keatas pentas untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013[4]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009, Kartina memenangi anugerah Perdana Emas di pesta anugerah Pesta Perdana. Kartina turut memenangi Anugerah Cermerlang Artistik pada Anugerah Compass (Composers and Authors Society of Singapore) ke-15 pada tahun 2010. Pada Mac 2015 beliau menjadi penghibur yang pertama yang diberi penghormatan sebagai indukti Dewan Kemasyhoran Wanita Singapura (Inductee to the Singapore Women’s Hall of Fame).[5]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Biduanita Kartina Dahari (72) meninggal dunia di rumahnya di Braddell Hill pada 30 April 2014. Bersamanya ketika itu adalah ketiga-tiga anak beliau iaitu Adlin Adnan, Reza Shah dan Noor Indra. Ratu keroncong ini menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Braddell Hill akibat penyakit barah payudara yang dihidapi semenjak 2010. Jenazah biduanita Kartina Dahari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Lim Chu Kang, Singapura. [6]

Album[sunting | sunting sumber]

CD 1:

    • Kisah Cinta
    • Aksi Kucing
    • Jangan Di Tanya
    • Rojak Ulek
    • Rindu
    • Jauh Di Mata
    • Bunga Melor
    • Dari Hati Ke Hati
    • Tanjung Bunga
    • Terbang Lalat
    • Tidurlah Intan
    • Telaga Biru
    • Jali Jali
    • Jauh Tinggi Di Awan

CD 2:

    • Gambang Semarang
    • Puspa Hati
    • Kemayoran
    • Es Lilin
    • Sejak Kita Berpisah
    • Selendang Sutra
    • Tinggi Gunung Seribu Janji
    • Sriwana
    • Terkenang Kenang
    • Sayang Di Sayang
    • Keroncong Rindu Malam
    • Sampaikan Salamku
    • Di Bawah Sinar Bulan Purnama
    • Mawar Melati
    • Pohon Beringin
    • Sapu Tangan
  • Keroncong Rindu - Kartina Dahari (EMI, 1994)
    • Rindu
    • Es Lilin
    • Sejak Kita Berpisah
    • Tinggi Gunung Seribu Janji
    • Terkenang Kenang
    • Sayang Di Sayang
    • Kemayoran
    • Kisah Cinta
    • Dari Hati Ke Hati
    • Jangan Ditanya
    • Jauh Di Mata
    • Sampaikan Salamku

Lagu nyanyian[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kartina Dahari, The Queen of Keroncong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 2015-11-14.
  2. ^ Tribute for Keroncong Queen Kartina Dahari, PUBLISHEDAPR 30, 2014, 8:06 PM SGT
  3. ^ Loved n Beloved – Kartina Dahari
  4. ^ Penyanyi Keroncong Kartina Dahari Meninggal Dunia, BY BUDIEYIN ARTIS MENINGGAL — 30 APR, 2014
  5. ^ [https://web.archive.org/web/20151117020301/http://www.swhf.sg/the-honourees/11-arts-culture-entertainment/402-kartina-dahari Diarkibkan 2015-11-17 di Wayback Machine "The Honoured Inductees to the Singapore Women’s Hall of Fame". Retrieved on 14 November 2015.
  6. ^ Penyanyi dan pelakon 60an, Kartina Dahari meninggal dunia akibat barah