Kekebalan diplomatik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kekebalan diplomatik adalah satu bentuk kekebalan undang-undang yang memastikan diplomat diberi jaminan keselamatan dan tidak mudah terdedah kepada tuntutan mahkamah atau pendakwaan di bawah undang-undang negara tuan rumah, walaupun mereka masih boleh diusir . Perkara ini telah dipersetujui sebagai undang-undang antarabangsa dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik (1961). Prinsip kekebalan diplomatik kini dianggap sebagai undang-undang adat . Kekebalan diplomatik penting bagi kelangsungan hubungan antara kerajaan terutama konflik bersenjata . Diplomat rasmi biasanya mewakili kerajaan, mendapat keistimewaan dan kekebalan tertentu agar mereka dapat menjalankan tugas mereka. Selain itu, kekebalan diplomatik ini dapat melindungi mereka daripada diperas ugut untuk mengkhianati negara mereka. [1] Bagaimanapun, kekebalan diplomatik kadang-kala tidak melitupi tanggungan mereka, membuka peluang mereka diperas ugut dengan ancaman tindakan pada keluarga mereka pula.

Keistimewaan dan kekebalan ini sering membawa kepada salah faham dan konflik. Konvensyen Vienna telah menetapkan undang-undang dan perjanjian, menyediakan standard dan keistimewaan kepada semua negara.

Bekas duta Malaysia ke Jerman, Romania dan Sepanyol Dr Azhari Karim memaklumkan bahawa jenayah yang dilakukan seseorang diplomat itu akan tetap disiasat kerana melakukan jenayah di negara asalnya. Dia akan dibicarakan apabila pulang. Pesalah tidak akan dilepaskan jika tuduhan didapati benar. Imuniti diplomatik sering digunakan oleh semua negara bagi melindungi pegawai diplomatnya walaupun melakukan kesalahan peribadi. Namun kes sebegini jarang dihebahkan dalam media.

Tindakan menggunakan kekebalan diplomatik bukan sesuatu yang ganjil apabila kerajaan memanggil balik diplomatnya selepas melakukan kesalahan. Negara Barat juga menggunakannya dan seringkali disalah anggap. Imuniti itu terpakai sekalipun merujuk kepada kesalahan peribadi seperti cubaan rogol [2], kemalangan jalan raya,salah pakir kereta , hutang, sewa rumah dan sebagainya.

Pertikaian dan insiden kekebalan diplomatik[sunting | sunting sumber]

  1. 2002, seorang diplomat Colombia di London telah didakwa kerana membunuh orang dan menggunakan kekebalan diplomatik.[3][4]
  2. Tahun 1984, polis British Yvonne Fletcher dikatakan telah ditembak dari arah Kedutaan Libya di London. Identiti lelaki bersenjata itu tidak dapat didedahkan dan disahkan dan pihak Libya dituduh tiada usaha menjejak pelakunya. Akhirnya Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher membuat keputusan untuk membenarkan Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan untuk melancarkan pengeboman AS Libya pada tahun 1986 dari pangkalan Amerika di United Kingdom.[5]
  3. Pada bulan April 2010, diplomat Qatar ditahan kerana melakukan pembakaran di dalam tandas semasa dalam penerbangan AS. Semasa soal siasat, dia secara bergurau menyatakan mahu menyalakan kasutnya. Ucapanya itu dikatkan dengan bom kasut yang dilakukan oleh Richard Reid. Dua jet pesawat F-16 terlah mengiringi kapal terbang tersebut.[6]
  4. Pada 15 Disember 2009, di Singapura, diplomat Romania, Silviu Ionescu telah didakwa membunuh seorang lelaki dalam satu kemalangan langgar lari. Polis Interpol mengeluarkan waran tangkap dan mungkin diektradisi. Kerajaan Singapura beranggapan bahawa penjenayah itu tidak wajar mendapat 'kekebalan diplomatik'. [7][8]
  5. Pada 1 Julai 2014,Menteri Luar New Zealand, Murray McCully menerima penolakan Malaysia terhadap kekebalan diplomatik Muhammad Rizalman Ismail, pegawai Kedutaan Malaysia yang dituduh cuba merogol dan pecah rumah. Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia meminta maklumat lanjut tentang pertuduhan tersebut supaya boleh disiasat dan dibicarakan di Malaysia. Panglima Tentera Malaysia (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) telah menubuhkan Lembaga Penyiasat bagi menyiasat Pegawai Waran II dari Kementerian Pertahanan (Mindef) yang bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.Pegawai itu ditahan oleh polis New Zealand pada 9 Mei 2014 dan dihadapkan ke mahkamah pada 10 Mei 2014 atas tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat merogol. Namun polis NZ membenarkan pegawai itu pulang ke Malaysia kerana ada kekebalan diplomatik.[9]
  6. Kedutaan India di New York telah memanggil balik diplomatnya atas tuduhan bayaran rendah kepada pembantu rumahnya.Bayaran kepada pembantu rumah adalah perjanjian bersama namun pihak berkuasa Amerika Syarikat menganggap ia melanggar hak asasi manusia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Encyclopedia of Cold War Espionage, Spies, and Secret Operations, By R. C. S. Trahair
  2. ^ "Imuniti diplomatik biasa digunakan jika melibatkan jenayah, kata bekas diplomat". The Malaysia Insider. 1 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-06. Dicapai pada 2014-07-01.
  3. ^ "An example where diplomatic immunity was waived in the public interest". BBC News. 27 September 2002. Dicapai pada 19 December 2011.
  4. ^ "Representations on behalf of the victim's family led to the prosecution of a military attache for manslaughter". BBC News. 17 July 2002. Dicapai pada 19 December 2011.
  5. ^ "1984: Libyan embassy shots kill policewoman". BBC News. 17 April 1984. Dicapai pada 1 May 2010.
  6. ^ Meikle, James (8 April 2010). "US national security defence defense, US news, Airline industry (business sector), Air transport (News) ,World news, Business". The Guardian. London.
  7. ^ "Ex-envoy not protected by immunity". Asiaone. 15 April 2010. Dicapai pada 16 April 2010.
  8. ^ "No diplomatic immunity for Ionescu: MFA". Singapore Law Watch. 16 April 2010. Dicapai pada 16 April 2010.
  9. ^ "Serangan seksual di New Zealand: Wellington puas hati komitmen Malaysia". The Malaysian Insider. 1 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-06. Dicapai pada 2014-07-01.