Kerajaan buangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebuah kerajaan buangan (atau pemerintah buangan) adalah suatu kumpulan politik yang mendakwa sebagai pemerintah atau kerajaan negara atau negara separa berdaulat yang sah, tetapi tidak mempunyai kemampuan melaksanakan kuasa undang-undang dalam kawasan sasaran serta beribu pejabat di negeri atau negara lain.[1] Kerajaan dalam buangan biasanya merancang kembali memasuki tampuk kekuasaan dalam negara yang diingini secara formal.

Kerajaan dalam buangan sering wujud sewaktu pendudukan secara perang, atau selepas berlakunya perang saudara, revolusi mahupun rampasan kuasa oleh sesebuah tentera. Sebuah kerajaan buangan mungkin juga dibentuk dari rasa tidak percaya meluas dalam kalangan warga negara terhadap status pemerintah yang dianggap tidak sah.

Keberkesanannya sebuah kerajaan seperti ini bergantung terutamanya kepada jumlah sokongan yang boleh diterima, sama ada dari kerajaan asing mahupun daripada penduduk negara mereka sendiri. Beberapa kerajaan buangan ini berkembang menjadi tentera yang kuat yang boleh menggugat rejim penyandang negara yang dipegang, sementara ada kerajaan lain yang dibentuk sebagai suatu tanda simbolik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Princeton University WordNet". Wordnetweb.princeton.edu. Dicapai pada 20 September 2012.