Kesang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kesang

Kesang merupakan satu Mukim dalam Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Asalnya merupakan satu Mukim dalam daerah Muar, Johor.[1] Kesang pula kini berada dalam pentadbiran Majlis Daerah Tangkak.

Antara tempat berhampiran ialah Muar, Parit Bunga,Tanjung Gading , Tanjung Agas, Sungai Mati, Bukit Pasir, Simpang Jeram dan Bakri. Semua tempat-tempat ini agak berhampiran dengan pantai.

Kini Kesang semakin mudah dihubungi berikutan siapnya lebuh AMJ yang merentasi Alor Gajah, Melaka dan Muar. Kesang diairi oleh Sungai Kesang yang bermula dari Gunung Ledang (1276 m).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Maklumat Pejabat Majlis Daerah Tangkak cawangan Kesang, Laman sesawang Majlis Daerah Tangkak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-17. Dicapai pada 2013-05-31.