Ketamakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketamakan sering dikaitkan dengan kematian dan penyakit.

Ketamakan ialah keinginan untuk memiliki wang, kekayaan, atau milikan-milikan kebendaan lain yang melebihi keperluan yang sah atau tanpa batasan. Tingkah laku manusia ini telah disenaraikan sebagai salah satu daripada tujuh maha dosa oleh agama Katolik.

Keinginan untuk menambah kekayaan kini lebih dapat diterima (dan perkataan, "ketamakan", kini digunakan dengan lebih jarang) dalam kebudayaan Barat kerana keinginan ini kini dianggap sebagai sesuatu yang amat diperlukan untuk kemajuan ekonomi. Kebanyakan orang mempercayai bahawa terdapatnya banyak tingkat yang berbeza-beza dalam pengejaran kekayaan kebendaan, dan tingkat yang lebih rendah mungkin tidak boleh dianggap sebagai "ketamakan".

Apabila ketamakan melibatkan perdambaan terhadap sifat-sifat orang lain, istilah rasa iri hati digunakan. Sebaliknya, ketika ketamakan digunakan untuk perbuatan makan atau minum yang berketerlaluan, istilah yang digunakan ialah sikap lahap. Ini juga merupakan salah satu daripada tujuh maha dosa Katolik. Ketamakan kekadang dilambangkan oleh warna kuning dan katak.

Pengikut-pengikut Buddhisme mempercayai bahawa ketamakan mendasarkan tanggapan salah terhadap perkaitan antara kekayaan kebendaan dengan kebahagian. Ini diakibatkan oleh pandangan perdayaan yang membesar-besarkan aspek-aspek positif sesuatu objek.

Potongan kayu oleh Ugo da Carpi yang diberikan tajuk "Hercules menghalau ketamakan keluar dari Candi Muses" boleh didapati di sini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Emosi
Belas kasihan • Cinta • Ekstasi • Enui • Epifani • Fanatisisme • Harga diri • Iri hati • Kasihan pada diri sendiri • Keambivalenan • Keangkuhan • Kebahagiaan • Kebanggaan • Kebencian • Kebosanan • Keghairahan • Kekecewaan • Kekeliruan • Kekosongan • Kemarahan • Kemarahan salih • Kemurungan • Kepahitan  • Keprihatinan • Kesangsian • Kesedihan • Kesepian • Ketakutan • Ketenangan • Kompersi • Limerens • Melankolia • Nafsu • Panik • Pemuasan • Penderitaan • Penerimaan • Pengharapan • Penghinaan • Perasaan cemburu •

Perasaan disingkirkan • Perasaan gerun • Perasaan terkejut • Rasa bersalah • Rasa malu • Rasa menyampah • Rasa segan • Rasa sesal • Rasa terhutang budi • Rindu kampung halaman • Sikap apati • Taubat