Kim Possible

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kim Possible ialah siri animasi yang diterbitkan oleh Disney Channel. Ia telah mengisahkan seorang gadis, Kimberly Ann Possible yang berjuang menentang musuh melalui perisikan dan dibantu oleh rakannya Ron Stoppable. Kim Possible pernah ditayangkan di Malaysia melalui saluran TV3 dalam rancangan Kelab Disney Malaysia.

Mengenai siri ini[sunting | sunting sumber]

Kim selalu mengelingi dunia dalam usaha untuk menyelamatkan orang, menghentikan jenayah dan menentang penjenayah berbahaya... semua itu sambil mengharap sempat balik dan menyiapkan kerja rumah. Kim Possible bersekolah di Middleton High School, dan Kim adalah kapten dalam pasukan sorak sekolah. Walau bagaimanapun, gadis penentang jenayah berambut merah ini tidak dapat menyelamatkan dunia dan menentang jenayah seorang diri. Di sisi Kim, Ron Stoppable, pembantunya yang cemerkap dan tikus mondok bogel perliharaannya iaitu, Rufus.

Siri ini ke udara buat pertama kalinya pada Jun 2002, dan episod pertamanya,Crush dicalonkan untuk Anugerah Primetime Emmy untuk tahun berikutnya. Sejak tersiarnya episod ini, Kim Possible telah menjadi siri televisyen paling ramai ditonton dan mempunyai kadar penonton di Disney Channel untuk beberapa tahun. Siri ini secara keseluruhannya telah dicalonkan untuk "Daytime equivalent" pada tahun 2004 dan sekali lagi pada tahun 2005 (tahun itu siri ini mendapat 5 pencalonan dan telah mendapat 1 kemenangan). Siri ini dipuji kerana dialog pintar, animasi yang lembut, dan watak-watak yang ditulis dengan baik (watak baik dan jahat).

Dialog Kim cenderung kepada slanga yang tidak begitu tipikal; sebagai contoh "So not the drama" dan "No big", dan juga prasa siri ini "What's the sitch?" (situasi). Lagu tema siri ini, Call Me, Beep Me dinyanyikan oleh Christina Milian. Kebanyakan gaya kesenian adalah kerana pembangunan watak oleh artis Stephen Silver.

Walaupun siri ini amat popular, penghasilan siri ini telah ditamatkan pada Februari 2005, selepas 3 musim dan 65 episod. Ini disebabkan oleh (menurut beberapa peminat) polisi ketat menamatkan produksi yang telah disiarkan selama itu, walaupun popular (beberapa siaran dibuat untuk Disney Afternoon disiarkan lebih dari itu. Walau bagaimanapun,itu hanyalah mitos semata-mata.[1].

Pada 29 November 2005, telah diumumkan bahawa Disney telah memperbaharui siri ini untuk musim ke-4. Musim terbaru siri ini akan keudara pada musim luruh 2006. Dalam forum Alternate Reality Association, pengarah siri ini, Steve Loter ini telah mengesahkan berita tersebut dan dua puluh dua episod akan dihasilkan. Pelakon suara Kim menyatakan keghairahan pembaharuan siri ini dalam jurnal beliau dalam laman web rasmi beliau.

Kim Possible juga ke udara di Toon Disney dan ABC Kids.

Watak[sunting | sunting sumber]

Dari kiri ke kanan: Wade, Mr. and Mrs. Possible, Ron, Rufus, Kim, Shego, Dr. Drakken, Monkey Fist, Señor Senior Sr., Adrena Lynn, Señor Senior Jr.

Kumpulan Possible[sunting | sunting sumber]

  • Kimberly Ann Possible
    • Ketua pasukan, berambut merah. Selain menentang kejahatan seluruh dunia, Kim juga cuba hidup seperti remaja-remaja sebaya dengannya.
  • Ronald Stoppable
    • Kawan Kim sejak tadika; Ron juga menyelamatkan dunia dari semasa ke semasa.
  • Rufus
    • Seekor tikus mondok milik Ron, dianggap sebagai sebahagian dari kumpulan.
  • Wade Load
    • Kanak-kanak supergenius berusia 10 tahun yang banyak menghabiskan masanya di dalam biliknya, menguruskan laman web Kim, membekalkan Kim peralatan yang diperlukan dan memberikan Kim misi.
  • Monique
    • Kawan rapat Kim. Walaupun tidak ada kemahiran khas, Monique ada membantu Kim dalam beberapa misi.

Sekutu[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Sekutu kecil dalam Kim Possible

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Ahli keluarga Kim Possible

Watak jahat[sunting | sunting sumber]

  • Doctor Drakken
    • Musuh utama Kim possible yang berkulit biru. Obses dengan penaklukan dunia.
  • Shego
    • Orang kanan Dr. Drakken yang berkulit hijau. Lawan Kim terkuat.
  • Lord Monkey Fist
    • Lawan Kim yang obses dengan monyet. Handal berkungfu seperti Kim.
  • The Seniors
    • Señor Senior, Sr. and Señor Senior, Jr. adalh lawan Kim yang tersangat kaya.
  • Professor Dementor
    • Pesaing Drakken, ancaman kepada Kim.
  • Duff Killigan
    • Pemain golf paling merbahaya.
  • DNAmy
    • Pembiak mutan hidup, dan agak gilakan Cuddle Buddies.Tujuan utamanya sebagai ahli genetik yang jahat ialah menghasilkan versi Cuddle Buddies yang hidup.
  • The Killer Bebes
    • Robot perempuan pembunuh yang dibina oleh Drakken.
  • Gill
    • Musuh Ron yang bermutasi secara genetik.
  • Motor Ed
    • Sepupu Dr. Drakken.

Lihat juga: Watak jahat kecil dalam Kim Possible

Filem[sunting | sunting sumber]

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Empat permainan video telah dihasilkan berdasarkan siri ini, tiga untuk Game Boy Advance dan satu untuk Nintendo DS.

  • Disney's Kim Possible: Revenge of Monkey Fist (GBA) - dijual pada 13 November 2002.
  • Disney's Kim Possible 2: Drakken's Demise (GBA) - dijual pada 15 September 2004.
  • Disney's Kim Possible 3: Team Possible (GBA) - dijual pada 21 Ogos 2005.
  • Kim Possible: Kimmunicator (DS) - dijual pada 9 November 2005.

Soundtrack[sunting | sunting sumber]

Kim Possible

Lihat juga[sunting | sunting sumber]