Kreta Ayer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kreta Ayer

Pusat Warisan Chinatown di Jalan Pagoda menduduki tiga buah rumah kedai di Kreta Ayer, yang diubahsuai untuk menempatkan bahan kenangan dan kisah-kisah pendatang awal Singapura yang selama ini belum terbongkar.
Nama Cina
Cina Tradisional: 牛車水
Cina Ringkas: 牛车水
Maksud harfiah: "air kereta lembu"
Nama Tamil
Bahasa Tamil: சைனா டவுன்

Kreta Ayer atau Chinatown ialah sebuah petempatan etnik yang bercirikan unsur-unsur kebudayaan Cina yang menonjol serta tumpuan penduduk etnik Cina bersejarah. Kreta Ayer terletak dalam lingkungan daerah Outram. Ia dinamakan sempena kereta-kereta lembu yang kerap membawa bekalan air bersih untuk kegunaan para petempat kawasan ini.[1]

Oleh sebab orang Cina adalah kelompok etnik terbesar di Singapura, iaitu kira-kira 75% keseluruhan penduduk, Kreta Ayer tidak kelihatan seperti suatu enklaf etnik seperti dahulu. Namun begitu, daerah ini masih mengekalkan peninggalan sejarah dan kebudayaan yang penting. Kebanyakan kawasannya telah diisytiharkan secara rasmi sebagai tapak warisan yang ditandakan untuk pemuliharaan oleh pihak Penguasa Pembangunan Semula Bandar.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lim Tin Seng (Okt–Dis 2015). "Triads, Coolies and Pimps: Chinatown in Former Times". BiblioAsia. Jil. 11 no. 3. National Library Board. m/s. 2–7.CS1 maint: date format (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]