Selamat Sultan Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lagu Kebangsaan Terengganu)
Selamat Sultan
سلامت سلطان

Lagu Kebangsaan Negeri Terengganu Terengganu
LirikMohamad Hashim bin Abu Bakar, 1927
MuzikMohamad Hashim bin Abu Bakar, 1927
Diguna pakai1927
Sampel audio
Instrumental

Lagu negeri Terengganu juga dikenali Selamat Sultan Terengganu atau hanya Selamat sultan ialah lagu kebangsaan yang digunakan di negeri Terengganu, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lagu kebesaran Negeri atau Lagu Selamat Sultan yang digunakan hingga masa kini digubah dalam tahun 1927 , semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Penggubahnya ialah Cikgu Mohd Hashim bin Abu Bakar, peranakan Singapura yang semasa itu menjadi seorang guru di Sekolah Melayu Paya Bunga Kuala Terengganu. Beliau juga seorang guru Pancaragam Pasukan Pengakap Sultan Sulaiman.

Lagu ini telah disusun oleh beliau bagi menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Setelah gubahan lagu itu siap, ia telah dipersembahkan dan diperdengarkan kepada Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan. Baginda telah mengapuni berkenan menerima lagi itu dan ia dijadikan ‘ Lagu Selamat Sultan ’. Susunan senikata lagu asal adalah seperti berikut :-

Allah peliharakan Raja kami
Sultan Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera dua laki isteri
Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri

ﷲ ڤليهاراکن راج کامي
سلطان ترڠݢانو نݢري
ﷲ ڤليهاراکن راج کامي
سجهترا دوا لاکي استري
ﷲ ڤليهاراکن راج کامي
ممرينته ترڠݢانو نݢري

Pendudukan Jepun[sunting | sunting sumber]

Susunan senikata asal telah disusun dan digubah semula oleh Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu selepas pemerintahan Jepun dan kekal sehingga 9 Mac 1990. Senikata lagu yang telah digubah semula adalah seperti berikut :-

Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera suami isteri
Allah peliharakan Raja kami
Sentosa rakyat negeri

ﷲ ڤليهاراکن راج کامي
ممرينته ترڠݢانو نݢري
ﷲ ڤليهاراکن راج کامي
سجهترا سوامي استري
ﷲ ڤليهاراکن راج کامي
سنتوسا رعيت نݢري

Pada tahun 1989, Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Hj. Mohd Salleh bin Hj. Awang ) telah mencadangkan supaya senikata lagu " Selamat Sultan " diubahsuai. Sehubungan dengan itu, Pentadbiran Negeri telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa seramai 8 orang yang diketuai oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Terengganu ( Y.B. Setia Wangsa ) bagi mengkaji semula senikata lagu ‘ Selamat Sultan ’. Sebahagian senikatanya didapati kurang sesuai dengan keadaan sekarang dan tidak pula mengikuti bahasa Istana. Jawatankuasa ini telah membuat beberapa pindaan ke atas senikata lama lagu tersebut.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mengampuni berkenan dengan pindaan senikata lagu Selamat Sultan sepertimana berikut :

Lirik[sunting | sunting sumber]

Versi Terkini[sunting | sunting sumber]

Selamat Sultan Terengganu (Allah Selamat Sultan) [1]
Bahasa Melayu [2][3] Tulisan Jawi

Allah daulatkan Tuanku Sultan [2][3]

Terengganu Darul Iman [2][3]

Allah peliharakan Tuanku Sultan [2][3]

Sejahtera sepanjang zaman [2][3]

Allah rahmatkan Tuanku Sultan [2][3]

Memerintah rakyat aman. [2][3]

الله دولتکن توانکو سلطان
ترڠݢانو دارالإيمان
الله ڤليهاراکن توانکو سلطان
سجهترا سڤنجڠ زمان
الله رحمتکن توانکو سلطان
ممرينته رعيت امان

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ a b c d e f g Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Terengganu - Allah Selamat Sultan". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  3. ^ a b c d e f g Kerajaan Negeri Terengganu. "Lagu Negeri Terengganu - Selamat Sultan Terengganu". www.terengganu.gov.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]