Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur

Map


Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur
Syarikat Konsesi MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd
Tempoh Pembinaan 2007-2011
Tarikh Beroperasi 1 April 2012
Tarikh Perasmian
Panjang 8.1 kilometer
Jumlah Tol 1
Arah Utara → Selatan
Lebuhraya Penghubung E2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan
Laman Web

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (JB EDL) dibina di Johor Bahru pada Mac 2008 bagi mengurangkan kesesakan bandar raya Johor Bahru dan menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bukit Chagar (KIK) dengan Lebuhraya Utara-Selatan di Pandan. Lebuh raya ini telah siap pada 2012 dan dibuka untuk lalu lintas pada 1 April 2012.

Lebuh raya sepanjang 8.1 km bernilai RM977 juta ini dibina oleh Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) dan Tebrau Teguh Bhd dan kerajaan negeri Johor. Berikutan itu 2600 keluarga dari 7 buah kampung yang berhampiran akan dipindahkan bagi pelaksanaan projek tersebut. Tebrau Teguh merupakan anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor yang memiliki tanah untuk pembangunan EDL.

Bantahan penduduk[sunting | sunting sumber]

Tujuh penduduk kampung yang terlibat membuat bantahan kerana mereka dipindahkan , dipisahkan oleh lebuh raya dan pampasan yang tidak memuaskan. Datuk Shahril Abdul Samad yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) , ahli Parlimen Johor Baharu dan Majlis Tertinggi UMNO menuntut penjelasan daripada pihak kontraktor dan arkitek pembinaan. Sepatutnya mereka diberi rumah yang selesa dan luas sesuai dengan konsep Wilayah Pembangunan Iskandar.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berjanji 2932 penduduk setinggan termasuk 600 penduduk yang benar-benar tinggal di jajaran lebuh raya akan diberi perumahan baru. 2932 unit rumah pangsa kos rendah bernilai RM283 juta diutamakan kepada penduduk 8 kampung terlibat. Kampung yang dikenalpasti ialah Kampung Desa Jaya, Desa Melayu, Desa Makmur, Kampung Tengah, Kampung Belatik, Kampung Tok Siak, Kampung Hajah Hasnah serta Kampung Bakar Batu.

Kerajaan Johor menerusi Jabatan Perumahan Negara juga memperuntukkan RM300 juta bagi membina 2,720 unit rumah pangsa kos rendah bagi 2,720 orang keluarga setinggan di Skudai Kiri dan sekitarnya. Rumah pangsa itu seluas tanah seluas 25.6 hektar di Sungai Melana, Tampoi dan dijangka siap 2010.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]