Liu Xiaobo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Liu Xiaobo
刘晓波
刘晓波
Kelahiran(1955-12-28)28 Disember 1955
Changchun, Jilin, China
Meninggal dunia13 Julai 2017(2017-07-13) (umur 61)
WarganegaraChIna
PendidikanUniversiti Jilin University
Beijing Normal University
PekerjaanPenulis, pengulas politik, aktivis hak asasi manusia
PasanganTao Li (bekas isteri)
Liu Xia[1] (k. 1996; kematiannya 2017)
AnugerahHadiah Keamanan Nobel
Liu Xiaobo
Cina Ringkas:
Cina Tradisional:

Liu Xiaobo (Cina ringkas: 刘晓波pinyin: Liú Xiǎobō; 28 Disember 1955 – 13 Julai 2017) ialah seorang pengkritik sastera, penulis dan aktivis hak asasi manusia Cina di China dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2010. Beliau dipenjarakan sebagai tahanan politik di Jinzhou, Liaoning.[2][3][4] Pada 26 Jun 2017, beliau didiagnosis kanser hati terminal dan beliau meninggal dunia di hospital pada 13 Julai 2017.[5]

Beliau berkhidmat sebagai Presiden Independent Chinese PEN Center sejak 2003. Pada 8 Disember 2008, Liu ditahan kerana penyertaannya dengan manifesto Charter 08. Beliau secara rasmi ditangkap pada 23 Jun 2009, dengan disyaki "menghasut subversi terhadap kuasa negara."[6] [7] Beliau kemudiannya dibicarakan di atas dakwaan yang sama pada 23 Disember 2009, dan dihukum penjara sebelas tahun dan perlucutan dua tahun hak politik pada 25 Disember 2009.

Semasa di penjara, beliau telah diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2010 pada 8 Oktober 2010 untuk "perjuangan tanpa kekerasan dan lama untuk hak asasi manusia di China."[8][9] Beliau merupakan warganegara China pertama dianugerahkan Hadiah Nobel yang menetap di China.[10] Beliau merupakan orang ketiga diberikan Hadiah Keamanan Nobel ketika dalam penjara atau tahanan, selepas Carl von Ossietzky di Jerman (1935) dan Aung San Suu Kyi di Myanmar (1991). Liu merupakan orang pertama tidak mempunyai seorang wakil pun untuk menerima hadiah Nobel tersebut pada 10 Disember.[11][12]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Liu Xiaobo meninggal dunia pada 13 Julai 2017 di Hospital Universit Perubatan China Pertama Shenyang.[13][14] BBC menyatakan bahawa beliau adalah "hak asasi manusia dan pendokong demokrasi China yang paling menonjol."[15][16] Jerman, UK, Perancis, Amerika Syarikat, Taiwan dan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Zeid Ra'ad Al Hussein, menggesa Republik Rakyat China untuk membenarkan isteri Liu Xiaobo, Liu Xia untuk mengembara dan meninggalkan negara itu jika beliau mahu.[17]

Pada pagi 15 Julai 2017, mayat Liu dibakar mengikut kehendak ahli keluarga dan adat istiadat setempat diikuti dengan penghormatan terakhir.[18]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Freeland, Chrystia (July 13, 2017). "Statement by Minister of Foreign Affairs following death of Liu Xiaobo" (Siaran akhbar). Global Affairs Canada.
  2. ^ Frances Romero, Top 10 Political Prisoners Diarkibkan 2010-10-11 di Wayback Machine, Time, 15 November 2010.
  3. ^ Mark McDonald, An inside look at China's most famous political prisoner, The New York Times, 23 July 2012.
  4. ^ Congressional-Executive Commission on China, Political Prisoner Database:Liu Xiaobo Diarkibkan 2012-10-16 di Wayback Machine
  5. ^ "Liu Xiaobo: Jailed Chinese dissident has terminal cancer". BBC News. 26 June 2017.
  6. ^ Benjamin Kang Lim, China's top dissident arrested for subversion, Reuters, 24 Jun 2009.
  7. ^ 刘晓波因涉嫌煽动颠覆国家政权罪被依法逮捕 Diarkibkan 2009-06-30 di Wayback Machine" (Liu Xiaobo Formally Arrested on 'Suspicion of Inciting Subversion of State Power' Charges), China Review News, 24 Jun 2009.
  8. ^ The Nobel Peace Prize 2010 - Prize Announcement, Nobel Prize, 8 Oktober 2010
  9. ^ "劉曉波獲諾貝爾和平獎 (Liu Xiaobo won the Nobel Peace Prize)", RTHK, 8 Ockober 2010, diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-11, dicapai pada 2010-10-08 Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ Julia Lovell (9 Oktober 2010). "Beijing values the Nobels. That's why this hurts". The Independent. UK: Independent Print Limited. Dicapai pada 9 Oktober 2010.
  11. ^ Henley, Jon (10 Disember 2010) "A chair and a photo stand in for Liu Xiaobo at Nobel peace prize ceremony", The Guardian (UK)
  12. ^ "China anger at 'farce' of Liu Xiaobo Nobel Peace Prize", BBC News, 10 Disember 2010
  13. ^ "Liu Xiaobo Died After Ineffective Rescue Measures". The First Hospital of China Medical University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-16. Dicapai pada 13 July 2017.
  14. ^ Buckley, Chris. "Liu Xiaobo, Chinese Dissident Who Won Nobel While Jailed, Dies at 61". New York Times. Dicapai pada 13 July 2017.
  15. ^ "Liu Xiaobo: China's most prominent dissident dies". 13 July 2017 – melalui www.bbc.com.
  16. ^ Buckley, Chris (13 July 2017). "Liu Xiaobo, Chinese Dissident Who Won Nobel While Jailed, Dies at 61" – melalui NYTimes.com.
  17. ^ "Liu Xiaobo: China rejects foreign criticism over dissident's death". 14 July 2017 – melalui www.bbc.com.
  18. ^ "Liu Xiaobo cremated in 'private ceremony', amid fears for wife's safety". The Guardian. 15 July 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Barack Obama
Penerima Hadiah Keamanan Nobel
2010
Diikuti oleh:
Ellen Johnson Sirleaf
Leymah Gbowee
Tawakel Karman