Mary Yap Kain Ching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Datuk Dr.

Mary Yap Kain Ching

PGDK (Sabah)
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Menteri Idris Jusoh
Didahului oleh Hou Kok Chung Timbalan I
Saifuddin AbdullahTimbalan II
Digantikan oleh Teo Nie Ching
sebagai Timbalan Menteri Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan I
Dalam jawatan
23 Jun 2013 – 28 Julai 2015
Menteri Muhyiddin Yassin
Didahului oleh Wee Ka Siong
Digantikan oleh P. Kamalanathan
(Pendidikan I)
Chong Sin Woon
(Pendidikan II)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tawau
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Chua Soon Bui
Digantikan oleh Christina Liew
Majoriti4,979 (PRU-13)
Butiran peribadi
Parti politik BN-PBS
PekerjaanAhli Politik

Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching merupakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.190 Tawau dan merupakan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pintar dan salah seorang yang dinobat sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2012. Beliau adalah bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Beliau beragama Kristian.

Tokoh Guru Kebangsaan 2012[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mei 2012, beliau dinobat sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012' sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaaan di Kuala Kangsar, Perak. Datuk Omar Mohd Hashim terpilih sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012'. Tokoh guru lain ialah bekas Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib; bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Pulai, Kluang, Johor, Mohd Azman Abdul Rashid dan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2010, Lim Ai Lee @ Lim Irene. Datuk Hassan Harun dari sekolah swasta Sekolah Kadir Adabi dan Sekolah Wadi Sofia, Kota Bharu, Kelantan dianugerah 'Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2012'. Mereka semua menerima sebutir pingat emas, plak, sijil dan wang tunai sebanyak RM10,000. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Sebelum pilihan raya umum 2013, beliau bertanding di kerusi parlimen di kampung halamannya di Tawau dan menang, kemudian menjadi Ahli Parlimen untuk bandar ini.[2]



Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parliamenn Malaysia: P190 Tawau, Sabah[3][4]
Tahun Kerajaan Undi Prt Pembangkang Undi Prt
2013 Yap Kain Ching (PBS) 21,331 53.8% Kong Hong Min (PKR) 16,352 41.2%
2018 Yap Kain Ching (PBS) 16,673 27.8%2 Liew Chin Jin (PKR) 21,400 35.7%2
Nota:
Kedudukan tidak termasuk undian bagi calon yang menduduki tempat ketiga atau lebih rendah.
2 % Berbeza digunakan untuk pilihan raya 2018.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Omar Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2012[pautan mati kekal]
  2. ^ Mary Chin (16 Oktober 2016). "Mary fulfils her dream to earn PhD" [Mary memenuhi impiannya untuk memperoleh PhD] (dalam bahasa Inggeris). Daily Express. Dicapai pada 15 November 2017.
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 18 Mei 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar masuk (termasuk undi bagi calon yang tidak disenaraikan).
  4. ^ "Sabah [Parliament Results]" [Sabah [Keputusan Parlimen]] (dalam bahasa Inggeris). The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2018. Dicapai pada 18 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Mary Yap Kain Ching di Facebook