Masjid Ibn Tulun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Ibn Tulun
Info asas
LokasiKaherah, Mesir
AgamaIslam
NegaraMesir
Status kegerejaan atau organisasiMasjid
PemimpinAhmad bin Thulun
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaAbbasiyah
Disiapkan pada879
Spesifikasi
Bil. kubah2
Bil. menara masjid1
Bahan binaanbatu bata

Masjid Ahmad Ibn Ţūlūn (Arab: مسجد أحمد بن طولون) terletak di Kaherah, Mesir. Masjid ini ialah masjid yang kekal dengan bentuk asalnya yang tertua di kota ini. Dari segi kawasan, masjid Ibn Tulun juga merupakan masjid terbesar di Kaherah.

Masjid dibina oleh Ahmad bin Ţūlūn, gabenor Abbasiyah yang memerintah Mesir dalam tahun 868–884 M. Pemerintahan Ibn Tulun merupakan pemerintahan Mesir merdeka secara de facto. Ahli sejarah, al-Maqrizi, menyenaraikan tarikh mula pembinaan masjid pada tahun 876 M,[1] dan batu asas asal masjid menyatakan tarikh tamat pembinaan pada 265 H, atau 879 M.

Masjid dibina di atas sebuah bulit kecil bernama Jabal Yashkur, "Bukit Kesykuran." Satu legenda tempatan menyatakan yang Bahtera Nabi Nuh terletak di sini dan tidak di Gunung Ararat selepas Banjir Besar.[2] Masjid Masjid Ibn Tulun mempunyai halaman yang diapit oleh arked stuko dan menara lingkaran berhias.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ al-Maqrīzī, Khiţaţ, II, pp. 265 ff.
  2. ^ R.G. 'John' Gayer-Anderson Pasha. "Legends of the House of the Cretan Woman." Cairo and New York: American University in Cairo Press, 2001. pp. 33–34. and Nicholas Warner. "Guide to the Gayer-Anderson Museum in Cairo." Cairo: Press of the Supreme Council of Antiquities, 2003. p. 5.
  3. ^ "Mosque Of Ibn Tulun". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2022.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.