Masjid Tanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Tanah (naqi) merupakan sebuah mukim dan daerah di dalam daerah Masjid Tanah iaitu terletak di utara Bandaraya Melaka. Poskod Masjid Tanah ialah 78300. Masjid Tanah telah menjadi daerah ke-4 dalam negeri Melaka pada 5 Januari 2021.[1]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Masjid Tanah boleh dihubungi dari Bandaraya Melaka melalui Jalan Masjid Tanah - Sungai Udang , dari Port Dickson melalui Jalan Masjid Tanah - Kuala Sungai Baru - Kuala Linggi dan dari Alor Gajah melalui Jalan Alor Gajah - Masjid Tanah .

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid Tanah mendapat nama sempena sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah pekan yang dibina daripada tanah di tepian sungai. Lokasinya terletak di dalam Pekan Masjid Tanah. Masjid ini dibina pada tahun 1800an oleh seorang Sheikh yang berasal dari Gujerat. Namun Hj. Sulong bin Sibeng merupakan orang tempatan yang turut bekerja keras dalam pembinaannya. Pada awalnya pembinaan masjid ini berasaskan tanah. Oleh hal yang demikian, masjid tersebut dikenali sebagai Masjid Tanah. Masjid ini pernah menjadi tempat sembahyang bagi orang-orang dari Kampung Tengah, Kampung Durian Daun dan beberapa kampung lain sebelum kewujudan masjid-masjid di setiap kampung di kawasan Masjid Tanah. Pada tahun 1951 masjid ini telah diubahsuai. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah memperbaiki tapak dan menggantikan atapnya. Masjid ini hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan sahaja setelah masjid baru Masjid Tanah siap dibina.

Masjid Tanah suatu ketika dahulu adalah sebuah kampung kecil yang mula-mula diterokai oleh perantau dari Minangkabau dan penduduk asal dari Kota Melaka pada penghujung abad ke-13. Ia kemudiannya berkembang menjadi pekan perdagangan pada abad ke-15 semasa berada bawah kekuasaan negeri Naning. Bahan-bahan dagangan yang dibawa daripada Kota Melaka ke daerah-daerah sekitar utara Negeri Melaka dan Alor Gajah dan juga sebaliknya banyak didagangkan di Masjid Tanah. Masjid Tanah dan Alor Gajah kemudiannya diambil oleh British dan diserap ke dalam negeri Melaka pada Oktober 1832 setelah Dato' Dol Said selaku penghulu Naning yang ke-9 kalah kepada British di dalam Perang Naning.

Masjid tanah dihuni oleh lapisan masyarakat yang penduduk utamanya adalah berbangsa Melayu. Disebabkan lokasinya yang berada didalam daerah Alor Gajah dan berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan, sebilangan besar dari penduduk Masjid Tanah dan kampung-kampung sekelilingnya bertutur dalam loghat Negeri Sembilan atau loghat Minang, atau lebih dikenali oleh orang Masjid Tanah dengan loghat 'Hulu' atau 'Cakap Hulu'. Adat Perpatih juga diamalkan oleh mereka dengan mengunakan sistem 'Suku' atau 'Waris', namun akibat peredaran zaman, adat ini makin lama semakin ditinggalkan.

Tradisi 'Berkampung' yang merapatkan silaturrahim antara saudara-mara yang muda dan yang tua dan membuat perancangan untuk bekerja secara gotong royong sebelum sesuatu majlis yang besar diadakan seperti perkahwinan, telah mula ditinggalkan. Ini mungkin berlaku setelah golongan muda telah lupa akan pentingnya majlis ini dan semangat gotong royong telah diganti dengan sistem katering. Tanah-tanah pusaka juga dilihat tidak lagi diwariskan secara adat dimana anak-anak perempuan diutamakan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen

No. Kawasan Parlimen Menjadi Ahli Parlimen Mewakili Parti
P134 Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin PN (PPBM)

Dewan Undangan Negeri

No. Kawasan DUN Menjadi ADUN Mewakili Parti
N1 Kuala Linggi Ismail Othman, Datuk BN (UMNO)
N2 Tanjung Bidara Md Rawi Mahmud BN (UMNO)
N3 Ayer Limau Amirudin Yusof BN (UMNO)
N4 Lendu Sulaiman Md Ali BN (UMNO)
N5 Taboh Naning Latipah Omar, Datuk BN (UMNO)

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa bangunan kedai yang dibina sekitar tahun 1930-an. Bagi penduduk asal dan anak-anak Masjid Tanah yang asal. Pekan Masjid Tanah dipanggil 'SIMPANG' merujuk kepada pekan asal yang mempunyai 3 simpang (simpang tiga di hadapan Jam Besar Masjid Tanah). Antara kampung di sekitar pekan ini adalah Kg. Lekok, Kg. Paya Rumput, Kg. Jeram, Kg. Pulau, Kg. Ayer Limau, Kg. Durian Daun, Kg. Londang, Kg. Solok Duku, Kg. Seri Tanjung, Kg. Pulau Semut dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa sekolah rendah dan sekolah menengah yang terletak di pekan ini, antaranya ialah Sek. Men. Kebangsaan Hang Kasturi, Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin, Sek. Ren. Sri Laksamana, Sek. Kebangsaan Kluster Ghafar Baba dan Sek. Men. Sultan Alauddin (dahulunya Sek. Men. Masjid Tanah), dan sekolah rendah yang tertua adalah Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah atau lebih dikenali oleh orang lama sebagai 'Sekolah Melayu' yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua. Sekolah Rendah Datuk Tambichik Karim pula di panggil Sekolah Orang Puteh, berdasarkan nama lamanya Masjid Tanah English School. Pekan Masjid Tanah juga terdapat sebuah sekolah aliran cina, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Masjid Tanah.

Pada masa ini, banyak projek perumahan dibina kerana Masjid Tanah semakin pesat membangun. Ada antara penduduknya yang bekerja di Bandaraya Melaka yang jaraknya hampir 40 km. Disamping institusi-institusi pendidikan yang sudah tentunya menggunakan tenaga kerja yang datang dari segenap pelosok negara Malaysia. Berhampiran Masjid Tanah juga terdapat kem-kem tentera yang mana anggota tentera dan keluarga mereka turut tinggal disekitar Masjid Tanah. Kem-kem tentera yang dimaksudkan adalah Kem Masjid Tanah (dikenali oleh orang kampung sebagai Kem Peluru atau Gudang Peluru), Kem Terendak dan Kem Sungai Udang (Kem Komando).

Manakala dari segi kemudahan kesihatan, terdapat Klinik Kesihatan Masjid Tanah dan juga Hospital ATM Kem Terendak (94 HAT). Masjid Tanah juga adalah sebuah kawasan Parlimen yang diwakili oleh wakil Barisan Nasional sejak dahulu lagi. Di pekan Masjid Tanah aktiviti ekonomi berjalan dengan rancak dibuktikan dengan pembinaan rumah kedai yang baru. Prasarana lengkap telah sedia ada di pekan kecil ini. Terdapat banyak juga institusi pendidikan yang berada dikawasan Masjid Tanah seperti UiTM Melaka di Lendu, Kolej Matrikulasi Melaka di Londang, IKBN di Ramuan China, Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Air Molek, Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Linggi, Kolej Komuniti di Paya Rumput dan MRSM Alor Gajah di Ayer Paabas.

Kemudahan lain[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat Pentabditran / Swasta
  • Pejabat SAMB, Masjid Tanah
  • Pejabat RISDA Stesen (PRS), Masjid Tanah
  • Pejabat Pendaftran Negara, Masjid Tanah
  • Pejabat Tabung Haji, Masjid Tanah
  • Balai POLIS, Masjid Tanah
  • Perpustakaan Masjid Tanah
  • TNB Berhad, Masjid Tanah
  • Balai BOMBA, Masjid Tanah
  • Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Masjid Tanah
  • Pejabat JKR, Masjid Tanah
  • MAYBANK
  • BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
  • PUBLIC BANK
  • BANK RAKYAT
  • BANK ISLAM
  • HONG LEONG BANK
  • POS Malaysia Bhd

Pekan Berhampiran[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum[sunting | sunting sumber]

Sebelum pilihanraya umum tahun 2004, Masjid Tanah terletak dibawah kawasan Parlimen Alor Gajah. Bermula dari tahun 2004 Parlimen Masjid Tanah telah diwujudkan. Terdapat 5 DUN dibawah antaranya:

  1. DUN Tanjung Bidara
  2. DUN Air Limau
  3. DUN Lendu
  4. DUN Taboh Naning
  5. DUN Kuala Linggi.

Dalam pilihan raya 2008 dan 2004, Datuk Wira Abu Seman Yusop (BN/ UMNO) memenangi kawasan P134 Masjid Tanah. Pada 2004 , beliau menang dengan 18,399 undi. Pada 2008, beliau mendapat 21,582 undi sementara Abdul Ghani Abdul Rahman (PAS) mendapat 9,297 undi. [2] Pada pilihan raya 2013, calon dari (BN / UMNO), YB Mas Ermieyati Samsudin telah menang dengan 27,688 undi dan menggantikan Datuk Wira Abu Seman Yusop sebagai ahli parlimen Masjid Tanah. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/01/771998/masjid-tanah-daerah-keempat-di-melaka
  2. ^ "Melaka P134, N1, N2, N3, N4, N5". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-23. Dicapai pada 2021-08-30.
  3. ^ Keputusan PRU13 Melaka

Pautan luar[sunting | sunting sumber]