MasterChef Selebriti Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MasterChef Selebriti Malaysia
GenreMemasak
FormatRancangan Realiti
PengacaraMohd Johari Edrus
Zubir Bin Md.Zain
Adu Amran Hassan
Lagu pembukaan"Impian Rasa" (Hazama & Fina)
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod12 (sehingga 12 Jun 2012)
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam
Syarikat penerbitan
Astro
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria & Mustika HD
Format gambar480i (SDTV) & 720 (HDTV)
Format audioStereo
Siaran asal26 Mei 2012
Kronologi
MengikutiMasterChef Malaysia (Musim 1)
Diikuti olehMasterChef Malaysia (Musim 2)
Pautan luar
Laman sesawang

MasterChef Selebriti Malaysia merupakan sebuah rancangan realiti Malaysia bertemakan permainan dan masakan. Ia merupakan penerbitan selingan bagi MasterChef Malaysia dan menampilkan selebriti Malaysia sebagai peserta. Setiap peserta juga mewakili badan kebajikan yang telah mereka pilih untuk diberikan sumbangan. Rancangan ini telah ditayangkan di Astro Ria dan Mustika HD bermula 26 Mei 2012.

Chef Jo dan Chef Zubir kembali sebagai juri rancangan ini. Bagaimanapun, Chef Riz tidak kembali dan tempatnya digantikan oleh Chef Adu Amran Hassan. [1]

Format[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, format pertandingan bagi MasterChef Selebriti Malaysia adalah sama seperti edisi biasa. Cuma, berbeza sedikit dengan siri MasterChef Malaysia, format pertandingan bagi edisi selebriti adalah lebih mudah tanpa sebarang Cabaran Chef Selebriti ataupun Kuliah Master. Bagi selebriti pula, RM500 akan terkumpul bagi setiap episod penyingkiran yang mereka berjaya lepasi dan jumlahnya akan diberi sebanyak mana yang terkumpul ketika mereka disingkirkan.

Episod[sunting | sunting sumber]

MasterChef Selebriti Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod. Format episod tipikal adalah seperti berikut:

  • Hari Sabtu adalah cabaran "Peti Saji Misteri". Setiap peserta selebriti diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masakan yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan sebagai bahan utama. Hidangan ini akan dirasa oleh juri dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi kelebihan dan lazimnya akan diberi peluang untuk memilih bahan utama untuk cabaran "Ujian Cipta Rasa". Peserta-peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih itu.
  • Hari Ahad "Ujian Penyingkiran" membawakan "Ujian Sajian Pantas" atau "Ujian Kemahiran". Bagi Sajian Pantas, beberapa orang peserta yang tidak dapat memuaskan juri ketika cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi/contoh hidangan untuk satu hidangan tertentu. Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama atau memperbaiki atau meniru tema yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan. Bagi Ujian Kemahiran pula, peserta yang menjalani ujian penyingkiran akan diuji dari segi pengetahuan atau pengalaman dalam meneka bahan-bahan masakan atau menu-menu yang diberi. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan atau mendapat markah penilaian yang terendah akan disingkir dari pertandingan.
  • Hari Isnin - "Cabaran Sajian Luar", iaitu para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugasan dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini yang bergantung kepada keadaan, situasi atau tempat cabaran. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.
  • Hari Selasa sekali "Ujian Penyingkiran" membawakan "Ujian Sajian Pantas" atau "Ujian Kemahiran". Kali ini, ahli pasukan yang kalah akan berentap sesama sendiri untuk mengelakkan penyingkiran. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan atau mendapat markah penilaian yang terendah akan disingkir dari pertandingan.
    • "Potluck" merupakan episod pengenalan bagi MasterChef Selebriti Malaysia. Dalam episod pertama ini, setiap selebriti dikehendaki membawa makanan dari rumah dan diminta untuk menghidangkan makanan mereka kepada juri dengan kaedah seorang chef.

Peserta[sunting | sunting sumber]

MasterChef Selebriti Malaysia menampilkan 16 orang selebriti sebagai peserta. Mereka ialah:

Peserta Pekerjaan Badan Kebajikan Status
Dato’ Fazley Yaakob
Ahmad Fadzli bin Yaakob
Pelakon, Pengacara, Perunding Motivasi, Penyanyi Yayasan Jantung Malaysia Juara
Angah Raja Lawak
Iskandarsah Hashim
Pelawak, Pelakon Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil Naib Juara
Juliza Adzlizan
Juliza Adzlizan binti Abd. Rafar
Penyanyi, Guru Vokal, Pelakon, Pengacara TV Persatuan Kebangsaan Angin Ahmar Malaysia Tersingkir Separuh Akhir
Soo Wincci Komposer, Pelakon, Pengacara, Miss World Malaysia 2008 Kiwanis Down Syndrome Foundation Tersingkir Separuh Akhir
Farouk Hussain
Mohamad Farouk bin Mohammed Hussain
Pengacara, Pelawak, Pelakon, Penyanyi Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia Tersingkir Minggu 7
Diterima 5 Teratas
Tersingkir Separuh Akhir
Azwan Ali
Mohamed Azwan bin Haji Ali
Artis Taman Sinar Harapan Tersingkir Minggu 6
Tomok
Shah Indrawan Ismail
Penyanyi Women’s Aid Organization Tersingkir Minggu 6
Jehan Miskin
Mohd Jehan bin Miskin
Pelakon, Pengacara, Penerbit Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan Tersingkir Minggu 5
Thanuja
Thanuja Ananthan
Model, Pengacara, Miss World Malaysia 2009 Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia Tersingkir Minggu 5
Karl Shafek
Khairul Shafek Ibrahim
Pengacara TV, Pelakon House Of Joy Tersingkir Minggu 4
Raja Azmi
Raja Azmi binti Raja Sulaiman
Penerbit Filem, Penulis, Novelis Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh Tersingkir Minggu 4
Louisa Chong
Louisa Alissa Chong binti Abdullah
Pelakon, Pengacara Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan Tersingkir Minggu 3
Serina Redzuawan
Serina binti Redzuawan
Pelakon, Pengacara, Penerbit Malaysian Liver Foundation Tersingkir Minggu 3
Sarah Raisuddin
Siti Sarah binti Raisuddin
Penyanyi Malaysian Association For The Blind Tersingkir Minggu 2
Salamiah Hassan
Salamiah binti Hassan
Penyanyi Pertubuhan Medifun Kuala Lumpur Tersingkir Minggu 2
Mejar Dr. Faiz
Faiz bin Khaleed
Angkasawan Yayasan Angkasawan Malaysia Tersingkir Minggu 1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]