MatiAnak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MatiAnak
PengarahDerby Romero
Penulis
  • William Chandra
  • Wendy Chandra
Dihasilkan olehManoj Punjabi
Dheeraj Kalwani
Dibintangi
SinematografiFerry Rusli
Disunting olehM Rizki Pratama
Muzik olehRicky Lionardi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMD Pictures
Dee Company
Tarikh tayangan
Indonesia 28 Mac 2019
Masa tayangan
85 minit
Negara Indonesia
BahasaBahasa Indonesia

MatiAnak ialah sebuah filem hantu thriller Indonesia yang mula ditayangkan pada 28 Mac 2019 diarahkan oleh Derby Romero. Filem ini dibintangi oleh Cinta Laura, Jovarel Callum, Irsyadillah, Yayu Unru, Basmalah Gralind, Fatih Unru, dan Juliant Rafael sebagai pelakon utama.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pada awal 1990-an, Ina (Cinta Laura), seorang wanita yang naif tetapi rajin berperibadi teguh, tinggal di rumah anak yatim daif yang dipenuhi dengan anak-anak yatim piatu dengan pelbagai perangai. Pada suatu hari, Ketua Desa membawa masuk seorang kanak-kanak pendiam bernama Andi (Jovarel Callum) yang merupakan satu-satunya mangsa dalam sebuah keluarga yang meninggal dunia secara misteri dan sadis. Ina menerima Andi walaupun keadaan kewangan rumah anak yatim itu tidak baik. Dia yakin dengan kasih sayang Andi akan pulih dari traumanya. Namun, sejak kedatangan Andi, perkara pelik mula berlaku. Mereka mula menerima bantuan daripada orang yang tidak dikenali dan mereka berasa gembira. Namun, mereka juga mula melihat sosok wanita hamil yang menghantui mereka dan kematian luar biasa berlaku di rumah anak yatim itu. Ina mesti melindungi anak-anaknya dan menyelamatkan rumah anak yatim daripada kuasa gelap yang tidak kelihatan.[1]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Cinta Laura sebagai Ina
  • Jovarel Callum sebagai Andi
  • Irsyadillah sebagai Jaka
  • Fatih Unru sebagai Boni
  • Basmalah Gralind sebagai Anna
  • Juliant Rafael sebagai Timmy
  • Gesata Stella sebagai Rita
  • Yayu Unru sebagai Rosman
  • Elsa Diandra sebagai Siti
  • Chico Radella sebagai Kiki
  • M. Rafli sebagai Rafli
  • Arswendi Bening Swara sebagai Gus

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tinjauan Film MatiAnak". filmindonesia.or.id. Dicapai pada 22 Februari 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]