Meriam Gatling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meriam Gatling keluaran 1876 yang disimpan di Tapak Sejarah Kebangsaaan Fort Laramie.

Meriam Gatling (1861) merupakan satu daripada senjata tembakan pantas terkenal yang digunakan pada 1860-an oleh Negara-negara Bersatu semasa Perang Saudara Amerika, berikutan ciptaan mitrailleuse oleh Tentera Darat Belgium pada tahun 1851.

Walaupun meriam Gatling awal mampu untuk melepaskan tembakan secara tanpa henti, ia memerlukan kuasa manusia bagi memusingkan engkolnya; oleh itu ia bukan merupakan senjata automatik sebenar. Setiap laras akan melepaskan sebutir peluru setelah ia mencapai titik tertentu dalam kitaran, mengeluarkan kelongsong peluru kemudian memasukkan peluru baru,. Proses di antaranya akan membenarkan laras disejukkan.

Konfigurasi ini membenarkan kadar tembakan yang lebih tinggi tanpa menghadapi masalah panas terlampau pada laras yang sama. Beberapa tahun kemudian, senjata jenis Gatling dicipta dengan mengalih pecahan gas daripada ruang bagi memusingkan laras. Tidak lama kemudian, motor elektrik dipasang bagi memberi kuasa luaran. Meriam ini dicipta oleh pencipta Amerika Syarikat Dr. Richard J. Gatling pada 1861 dan telah dipatenkan pada 1862.

Meriam Maxim, yang dicipta pada 1884, merupakan senjata automatik sebenar, dengan menggunakan daya tendang balas peluru bagi mengisi semula senjata.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]