Meter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meter
Sistem unitUnit asas SI
Unit bagipanjang
Simbolm 
Penukaran unit
1 m dalam ...... adalah sama dengan ...
   Unit SI   1000 mm
1×10−3 km
   Unit imperial/AS   1.0936 yd
 3.2808 ka
 39.370 in
   Unit nautikal   0.00053996 nmi

Meter (Tulisan Jawi: ميتر) (simbol: m) merupakan ukuran unit SI bagi panjang. Mengikut takrif BIPM:

"Meter ialah panjang yang dilalui cahaya melalui vakum dalam tempoh 1/299,792,458 saat."[1]

Penggandaan[sunting | sunting sumber]

Prefix SI digunakan untuk menamakan penggandaan dan pembahagian meter. Antara yang kerap digunakan adalah :-

  • kilometer = 1,000 meter
  • dekameter = 10 meter
  • sentimeter = 1/100 meter
  • milimeter = 1/1000 meter
  • mikrometer (dahulunya mikron) = 1 per sejuta meter
  • nanometer = 1 per laksa meter (iaitu 109 meter)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perkataan meter itu berasal dari istilah μετρέω (métron) yang bermaksud "ukuran".

Pada asalnya, meter ditakrifkan oleh Akademi Sains Perancis (French Academy of Sciences) sebagai 1/10,000,000 jarak sepanjang permukaan Bumi dari Kutub Utara sehingga Khatulistiwa sepanjang meridian Paris pada tahun 1791, dan pada 7 April 1795 pemerintah Perancis menggunakan meter sebagai unit rasmi untuk mengukur panjang. Ketidaktentuan dalam pengukuran jarak tersebut menyebabkan Biro Berat dan Ukuran Antarabangsa (International Bureau of Weights and Measures) mentakrifkan semula meter sebagai jarak antara dua garisan pada batang platinum-iridium yang disimpan di Sevres, Perancis pada tahun 1889.

Apabila teknologi laser diperkenalkan pada tahun 1960, 'Persidangan Umum berkenaan Berat dan Ukuran' ke-11 menukar takrif meter sebagai 1,650,763.73 ukuran gelombang pancaran garis cahaya jingga-merah melalui spektrum kripton-86. Pada tahun 1983 Biro Berat dan Ukuran Antarabangsa mentakrifkan meter sebagai jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat (kelajuan cahaya ditakrifkan pada 299,792,458 meter sesaat). Disebabkan kelajuan cahaya dalam vakum dipercayai malar di mana jua lokasi, definisi ini lebih mudah dikekalkan dan lebih sekata berbanding jarak ukur lilit Bumi atau panjang batang logam tertentu. Oleh itu sekiranya batang logam itu hilang atau musnah, panjang meter piawai masih dapat diulangi dalam mana-mana makmal. Selain itu, panjang ini secara teorinya boleh diukur dengan lebih tepat berbanding ukuran yang lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]