Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Aidil Zafuan
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Tarikh lahir (1987-08-03) 3 Ogos 1987 (umur 36)
Tempat lahir Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Ketinggian 1.71 m (5 ka ​7 516 in)[1]
Posisi permainan Pemain pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Ta'zim
Nombor 7
Kerjaya remaja
2004–2005 Negeri Sembilan B19
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2011 Negeri Sembilan ? (11)
2012 ATM 21 (3)
2013–2023 Johor Darul Ta'zim 113 (4)
Pasukan kebangsaan
2004–2006 Malaysia B-20
2007–2009 Malaysia B-23 34 (4)
2007– Malaysia 98 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 Oktober 2022
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2022

Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (lahir 3 Ogos 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Johor Darul Ta'zim di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga merupakan abang kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Aidil Zafuan merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dia mula mewakili Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berumur 18 tahun, Aidil mewakili pasukan Negeri Sembilan untuk kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Aidil bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

Pada 2005, Aidil membuat penampilan senior pertamanya besama Negeri Sembilan. Dia menjuarai Liga Super Malaysia pada musim pertamanya bersama Negeri Sembilan.

Pada 2012 Aidil berpindah ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia. Dia menjuarai Liga Premier Malaysia dan mara ke pentas akhir Piala Malaysia 2012, tetapi ATM tewas kepada Kelatan.

Pada 2013 Aidil berpindah ke Johor Darul Ta'zim (JDT). Di kelab ini Aidil merekodkan 9 kejuaraan Liga Super selain memenangi Piala FA dan Piala Malaysia. Dia turut menjuarai Piala AFC 2015 bersama JDT.

Pasukan Remaja Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Aidil mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC. Tahun berikutnya, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kelayakan Belia Bawah 20 AFC. Setelah melayakkan diri ke India pada tahun 2006, Aidil diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan remaja Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC 2006 di India.

Bersama Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005, Aidil diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga, dia diberi peluang untuk beraksi bersama Negeri Sembilan sehingga muncul selaku juara Liga Super Malaysia dan naib juara Piala Malaysia

Pasukan Bawah 23 Tahun Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Aidil mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kelayakan Sukan Olimpik 2008. Dia kemudiannya terpilih mewakili pasukan bawah 23 tahun ke kejohanan Pestabola Merdeka di mana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1. Aidil kemudian mewakili Malaysia ke Sukan SEA Korat di Thailand pada tahun 2007. Namun Malaysia gagal membawa pulang sebarang pingat. Pada Sukan SEA 2009, Aidil merangkul pingat emas Sukan SEA 2009 bersama skuad bawah 23 tahun Malaysia selepas menewaskan Vietnam 1-0 di final.

Pasukan Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Aidil membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu kemboja. Pada perlawanan itu, Aidil berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan. Aidil kemudiannya terpilih untuk mewakili Malaysia pada Piala Asia 2007. Dia hanya sempat beraksi pada perlawanan menentang Iran di mana Malaysia tumpas 2-0. Pada kelayakan Piala Dunia 2010, Aidil menerima kad merah pertamanya selepas bertelagah dengan pemain Bahrain Mahmood Abdul Rahman yang menyebabkan dia digantung tiga perlawanan oleh FIFA.

Aidil turut mewakili Malaysia di Piala AFF 2008 dan Piala AFF 2012. Dia terlepas beraksi di Piala AFF 2010 selepas mengalami kecedaraan.

Pada Julai 2016, beliau mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan bersama 3 rakannya yang lain, antaranya ketua pasukan Safiq Rahim.[2][3]

Dia kembali di peringkat antarabangsa di bawah kendalian Tan Cheng Hoe dan mewakili Malaysia di Piala AFF 2018 serta kelayakan Piala Dunia 2022 dan kelayakan Piala Asia 2023.

Pilihan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Aidil pernah mewakili pasukan Pilihan Malaysia untuk menentang beberapa pasukan kelab gergasi eropah. Antaranya Chelsea pada 2008 dimana Pilihan Malaysia tewas 0-2 , Manchester United pada 2009 dimana Pilihan Malaysia tewas 3-2 dan 2-0, dan Barcelona pada 2013 dimana Pilihan Malaysia tewas 3-1.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Aidil telah melansungkan perkahwinan bersama pelakon Rita Rudaini yang ketika itu berusia 32 tahun pada Februari 2008 di Songkla Thailand. Beliau telah dikurniakan dua orang anak lelaki. Aidil Zafuan telah pun bercerai atas dasar peribadi. Selepas itu, beliau berkahwin dengan Zarema Zainal dan dikurniakan cahaya mata bernama Ayden Zeeyad.[perlu rujukan]

Gol Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Keputusan Perlawanan
1. 18 Julai, 2007 Shah Alam, Malaysia  Kemboja 6-0 (M) Persahabatan
2. 29 Jun 2011 [Stadium Nasional, Bukit Jalil]], Malaysia  Taipei Cina 2–1 (M) Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 (AFC)
3. 3 Julai 2011 Stadium Taipei, Republik China  Taipei Cina 2–3 (K) Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 (AFC)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Aidil Zafuan". Official website of Johor Darul Ta'zim FC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 17 December 2017.
  2. ^ "7 AIDIL ZAFUAN". Johorsoutherntigers.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 22 November 2017.
  3. ^ "Goal Asia Team of the Month - July 2013 - Centre-back: Aidil Zafuan (Malaysia, Johor Darul Takzim)". Goal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-20. Dicapai pada 22 November 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]