Muhammad I ibn Nasr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad I ibn Nasr (berpakaian dan perisai merah), pengasas Dinasti Nasriyyah, dinasti Muslim terakhir di Sepanyol. Penggambaran sezaman daripada Cantigas de Santa Maria.

Muhammad I ibn Nasr (Arab: محمد ابن الأحمر Muḥammad ibn al-’Aḥmar) ialah pengasas dinasti Muslim terakhir di Sepanyol pada tahun 1238 yang memerintah Amiriah Granada di Al-Andalus di Semenanjung Iberia.

Dinasti Nasriyyah[sunting | sunting sumber]

Dinasti Nasriyyah bertahan sehingga Muhammad XII dari Granada—Boabdil menyerah kalah pada 'Raja Katolik' selepas Reconquista Granada pada tahun 1492. Bani Nasriyyah membina istana Alhambra di Granada, Sepanyol.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Muhammad I dilahirkan di kawasan Arjona dalam wilayah Jaén pada tahun 1191.

Baginda mempunyai tiga orang adik beradik, Yusuf, Faraj dan Ismail. Ismail menjadi gabenor Málaga semasa pemerintahan baginda (hingga 1257). Baginda juga menikmati sokongan daripada keluarga Andalus yang berkuasa yang kemudiannya menjadi saingan politik, Ashqilula. Abu'l-Hasan 'Ali ibn Ashqilula al-Tujibi membantu kebangkitan Muhammad I untuk berkuasa di Arjona pada 1232. Muhammad I mengikat persekutuan menerusi perkahwinan, samada menjadi bapa mentua atau ipar ketua keluarga Ashqilula. Persekutuan itu berterusan dengan perkahwinan lain: Fatimah, anak perempuan Abu'l-Hasan 'Ali berkahwin dengan saudara baginda, Yusuf ibn Nasr, manakala Abu Ishaq Ibrahim, anak lelaki Abu'l-Hasan 'Ali mengahwini salah seorang puteri baginda, Mu'minah.

Apabila Ismail meninggal dunia, baginda membesarkan anak-anak saudaranya, Muhammad dan Abu Said Faraj. Abu Said Faraj menjadi gabenor Málaga, menggantikan bapanya.

Salasilah keluarga[sunting | sunting sumber]

Salasilah keluarga di bawah memaparkan hubungan salasilah antara setiap sultan Bani Nasriyyah.[1] Ia bermula dengan nenek moyang yang sama, Yusuf al-Ahmar. Semasa ketika saingan tuntutan takhta, salasilah keluarga itu secara amnya mengiktiraf sultan yang menguasai kota Granada itu sendiri dan istana Alhambra.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lane-Poole, Stanley (1894). The Mohammedan Dynasties: Chronological and Genealogical Tables with Historical Introductions. Westminster: Archibald Constable and Company. m/s. 29. OCLC 1199708.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Montgomery Watt, W. (1965). "The Last of Islamic Spain 1. The Nasrids of Granada". A History of Islamic Spain. Edinburgh University Press.
  • Harvey, Leonard Patrick (1992). "The Rise of Banu'l-Ahmar". Islamic Spain 1250 to 1500. University of Chicago Press.
  • This article incorporates text from The University of Adelaide Library Electronic Texts Collection.


Muhammad I ibn Nasr
Cabang kadet bagi Banu Khazraj
Tarikh keputeraan: 1191 Tarikh kemangkatan: 22 January 1273
Gelaran pemerintah
Gelaran baharu Sultan of Granada
1232–1273
Diikuti oleh:
Muhammed II al-Faqih