Nancy Pelosi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nancy Pelosi
Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
ke-52
Dalam jawatan
3 Januari 2019 – 3 Januari 2023
Didahului olehPaul Ryan
Digantikan olehKevin McCarthy
Dalam jawatan
4 Januari 2007 – 3 Januari 2011
Didahului olehDennis Hastert
Digantikan olehJohn Boehner
Ketua Minoriti Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
Dalam jawatan
3 Januari 2011 – 3 Januari 2019
TimbalanSteny Hoyer
Didahului olehJohn Boehner
Digantikan olehKevin McCarthy
Dalam jawatan
3 Januari 2003 – 3 Januari 2007
TimbalanSteny Hoyer
Didahului olehDick Gephardt
Digantikan olehJohn Boehner
Ketua Kaukus Demokrat Dewan
Dalam jawatan
3 Januari 2003 – 3 Januari 2023
TimbalanSteny Hoyer
Didahului olehDick Gephardt
Digantikan olehHakeem Jeffries
Ketua Pengelola Minoriti Dewan
Dalam jawatan
15 Januari 2002 – 3 Januari 2003
PemimpinDick Gephardt
Didahului olehDavid Bonior
Digantikan olehSteny Hoyer
Ahli
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
dari California
Memegang jawatan
2 Jun 1987
Didahului olehSala Burton
Kawasan pilihan raya
  • daerah ke-5 (1987–1993)
  • daerah ke-8 (1993–2013)
  • daerah ke-12 (2013–2023)
  • daerah ke-11 (2023–kini)
Pengerusi Parti Demokrat California
Dalam jawatan
27 Februari 1981 – 3 April 1983
Didahului olehRichard J. O'Neill
Digantikan olehPeter Kelly
Butiran peribadi
LahirNancy Patricia D'Alesandro
(1940-03-26) 26 Mac 1940 (umur 84)
Baltimore, Maryland, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganPaul Pelosi (k. 1963)
Anak-anak5; termasuk Christine Pelosi dan Alexandra Pelosi
Ibu bapaThomas D'Alesandro Jr.
SaudaraThomas D'Alesandro III (adik)
PendidikanUniversiti Trinity Washington (BA)
Tandatangan
Laman web rasmiLaman web Dewan

Nancy Patricia D'Alesandro Pelosi (lahir 26 Mac 1940) merupakan ahli politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari tahun 2019 sehingga tahun 2023 serta dari tahun 2007 hingga tahun 2011. Beliau menjadi perwakilan Demokrat dari negeri California sejak tahun 1987.

Beliau merupakan wanita pertama menjawat sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. Daerah kongres yang diwakili beliau iaitu daerah kongres ke-11 meliputi hampir keseluruhan San Francisco. Ketika Pelosi berkhidmat sebagai speaker, beliau berada di kedudukan kedua dalam turutan perwarisan jawatan Presiden Amerika Syarikat, selepas naib presiden.

Ketika pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat 2022, parti Republikan memperoleh majoriti di Dewan Perwakilan, mengakhiri pimpinan Pelosi sebagai Speaker. Beliau turut mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai ketua kaukus Demokrat dewan namun kekal sebagai ahli dewan perwakilan.[1]

Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan dengan nama Nancy Patricia D'Alesandro kepada ibu bapa Amerika Syarikat berketurunan Itali di Baltimore, Maryland, [2] Pelosi ialah anak bongsu antara enam orang adik-beradik. Beliau terlibat dalam bidang politik pada usia awal. Bapanya, Thomas D'Alesandro, Jr., merupakan ahli Kongres untuk negeri Maryland serta Datuk Bandar Baltimore. Semasa bapanya menjawat datuk bandar, Pelosi membantunya mengekalkan lejar tentang sokongan-sokongan politik yang dihutang dan diberikan. [3] Abangnya, Thomas L. J. D'Alesandro III, juga pernah menjawat Datuk Bandar Baltimore antara tahun 1967 hingga tahun 1971.

Pelosi lulus daripada sekolah tinggi Institut Notre Dame di Baltimore dan kemudiannya dari Kolej Trinity (kini Universiti Trinity Washington) di Washington, D.C. pada tahun 1962. Di kolej ini, beliau bertemu dengan Paul Pelosi, bakal suaminya. Apabila Nancy Pelosi berkahwin, beliau pindah ke tempat asal suaminya di San Francisco. Abang iparnya seorang ahli Majlis Bandaraya dan Kaunti San Francisco, sebuah lembaga penyelia bandar raya.

Sebaik sahaja anak bongsu antara lima orang anaknya menyertai tingkatan atas sekolah tinggi, Nancy Pelosi berusaha bersungguh-sungguh dalam politik Demokrat untuk menjadi pengerusi parti bagi kawasan California Utara dan bergading bahu dengan Phillip Burton, ahli Kongres ke-5 California yang juga daripada Parti Demokrat.

Pelosi juga merupakan ahli lembaga kehormat untuk Pertubuhan Nasional Wanita Amerika Itali.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pelosi mempunyai lima orang anak, iaitu Nancy Corinne, Christine, Jacqueline, Paul, dan Alexandra. Alexandra, seorang wartawan, membuat liputan tentang kempen-kempen kepresidenan Republikan pada tahun 2000 serta juga sebuah filem tentang pengalamannya yang berjudul Perjalanan-perjalanan dengan George (Journeys with George). Beliau juga membuat liputan tentang kempen-kempen tahun 2004 dan menulis sebuah buku tentangnya.

Nilai bersih keluarga Pelosi melebihi AS$25 juta, terutamanya daripada pelaburan-pelaburan Paul. Selain daripada portfolio harta tanah Kawasan Teluk San Francisco yang dimiliki bersama-sama, Paul juga memiliki saham yang bernilai berjuta-juta dolar dalam syarikat-syarikat awam seperti Microsoft, Amazon.com, dan AT&T. [4] Pada tahun 2003, keluarga Pelosi menjual lapan ekar ladang anggur yang bukan harta bersama di Rutherford, California. [4]

Sejarah pilihan raya[sunting | sunting sumber]

  • Pilihan raya 2022 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-11 California
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 84.0%
    • John Dennis (R), 16.0%
  • Pilihan raya 2020 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-12 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 77.6%
    • Shahid Buttar (D), 22.4%
  • Pilihan raya 2008 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 71.9%
    • Cindy Sheehan, 16.2%
    • Dana Walsh (R), 9.7%
    • Philip Z. Berg (L), 2.2%
    • Lea Sherman (B), 0.0%
    • Michelle Wong Clay (B), 0.0%
  • Pilihan raya 2006 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 80%
    • Mike DeNunzio (R), 10%
    • Krissy Keefer (G), 8%
    • Philip Z. Berg (L), 1.5%
  • Pilihan raya 2004 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 83%
    • Jennifer Depalma (R), 12%
    • Leilani Dowell (PF), 3.5%
    • Terry Baum (G) (calon tanpa nama dalam kertas undi), 2%
  • Pilihan raya 2002 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 80%
    • G. Michael Geman (R), 13%
    • Jay Pond (G), 6%
    • Ira Spivack (L), 2%
  • Pilihan raya 2000 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 85%
    • Adam Sparks (R), 12%
    • Erik Bauman (L), 3%
    • David Smithstein (NL), 1.2%
  • Pilihan raya 1998 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 86%
    • David Martz (R), 12%
    • David Smithstein (NL), 2%
  • Pilihan raya 1996 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 84%
    • Justin Raimondo (R), 12%
    • David Smithstein (NL), 3%
  • Pilihan raya 1994 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 82%
    • Elsa C. Cheung (R), 18%
  • Pilihan raya 1992 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 82%
    • Marc Wolin (R), 11%
    • James R. Elwood (L), 3%
    • Cesar G. Cadabes, (PF), 3%
  • Pilihan raya 1990 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-5 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 77%
    • Alan Nichols (R), 23%
  • Pilihan raya 1988 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-5 California:
    • Nancy Pelosi (D), 76%
    • Bruce Michael O'Neill (R), 19%
    • Sam Grove (L), 2%
    • Theodore "Ted" Zuur (PF), 2%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rogers, Alex; Grayer, Annie; Raju, Manu (2022-11-17). "Nancy Pelosi announces she won't run for leadership post, marking the end of an era". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-17.
  2. ^ "Laman web Osia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-14. Dicapai pada 2006-11-12.
  3. ^ "Madam Speaker?". The Economist, 2 November 2006
  4. ^ a b Zachary Coile: “Penggubal-penggubal undang-undang Teluk antara yang terkaya / Feinstein dan Pelosi masih merupakan ahli-ahli Kongres yang terkaya,” San Francisco Chronicle, 26 Jun 2004, m.s. B-3, dicapai pada 29 Oktober 2006.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]