Neeta Manis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Neeta Manishaa)
Neeta Manis
Kelahiran
Neeta Manishaa a/p Manogaran

(1994-11-16) 16 November 1994 (umur 29)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2011–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
Syarikat rakaman
NAR Records
Pengkarya berkait
iamNEETA

Neeta Manishaa a/p Manogaran (lahir 16 November 1994) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan iamNEETA yang meraih kejayaan menerusi single sulung mereka, "Tuhan Tolong Aku".[1] Pada tahun 2019, beliau ialah salah seorang peserta Big Stage 2019 di Astro Ria, di mana beliau berjaya menyandang gelaran naib juara.[2]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

iamNEETA[sunting | sunting sumber]

Neeta ialah salah seorang ahli pengasas iamNEETA sewaktu penubuhannya pada 2011. Beliau ialah vokalis utamanya bersama Patrick Anohada (gitar) dan Anas Zakwan (bes). Kumpulan ini mengikat kontrak bersama NAR Records dan muncul bersama single pertama "Tuhan Tolong Aku". Neeta bersama kumpulannya itu kemudian terus menikmati kejayaan bersama beberapa single seterusnya.

Big Stage (Musim 2)[sunting | sunting sumber]

Neeta menyertai pertandingan Big Stage musim kedua dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up). Peserta yang terlibat termasuk Syada Amzah, Adzrin dan Aziz Harun.[3] Neeta telah dinobatkan sebagai Naib Juara serta membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Sendiri & Cover "Sakit" iamNEETA Ke-3
Minggu 2 Hype Beat "Say My Name" Destiny's Child Ke-4
Minggu 3 Glocal Hits "Ku Bersuara" Ernie Zakri Ke-2
Minggu 4 Duominasi "Tentang Dia"

(duet Azmi Saat)

Melly Goeslaw & Evan Sanders Ke-7
Minggu 5 Cannot Brain "Wo Yao Ni De Ai" Grace Chang Ke-2
Minggu 6 (Suku Akhir) Pilihan Juri "Pujaan Hati" Adira Ke-2
"Bang Bang"

(battle dengan Han-byul)

Ariana Grande, Jessie J & Nicki Minaj
Minggu 7 (Separuh Akhir Road To Final "Potret" Akim & The Majistret Tempat pertama
"Terlanjur Cinta"

(duet dengan Hael Husaini)

Pasha (Ungu) & Rossa
Minggu 8 (Akhir) Cover Finale & Single Baharu "I Wanna Dance With Somebody" Whitney Houston Naib Juara
"Ruang Mimpi"

(Lagu baru)

Neeta

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Komposer Penulis Lirik Catatan
2019 Ruang Mimpi[4] Becky Zulkefli
2020 Hanya Mimpi
Jodoh (feat. Radityo)
2021 Move On
2022 Katak Belang Manusia Putih

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 One Million Dollar Voice Sheila Astro Ria Drama pertama

Drama web[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran Catatan
2021 AEON: Bagaimana Kalau? Neeta YouTube

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 Big Stage (musim 2) Peserta Astro Ria Naib Juara
2020-2021 MBuzz Pengacara TV3
2020 MPop! Tetamu Jemputan TV3/TV9
Malaysia Hari Ini TV3
I Can See Your Voice Malaysia (musim 3) Artis Jemputan
Studio Big Stage (musim 3) Pengacara Astro Ria bersama Sissy Imann
Mingguan Wanita Persembahan Istimewa Astro Prima
Wanita Hari Ini Artis Jemputan TV3
Immortal Songs Malaysia Peserta
Konsert Kita Merdeka 1957 2020 Pengacara TV1 bersama Afieq Shazwan
Big Stage: #SandraDalamKenangan Astro Ria
Pertandingan Akhir Bintang Minnal @ RTM2020 TV2
Fans VS Fanatik Awesome TV
Punchline DAC Astro Warna
2021 Selamat Pagi Malaysia Berita RTM/TV1
Malaysia Hari Ini TV3
All Together Now Malaysia (musim 1) Juri Astro Ria
I Can See Your Voice Malaysia (musim 4) Panelis jemputan TV3
What In The Malaysia? Pengacara PRIMEtime
2022 Terpaling Juara Pengacara Glamroom TV3
2023 TikTok Awards Malaysia Pengacara Backstage

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Latar belakang 1Malaysia keunikan iamNEETA mStar Online (28 April 2012). Dicapai pada 19 Oktober 2012.
  2. ^ Rozaimi Zubaidi (23 Ogos 2019). "Kami Masih Bersama" - Neeta nafi undur diri dari kumpulan iamNEETA Astro Gempak. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  3. ^ "Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan". Astro Awani. 7 Ogos 2019.
  4. ^ Wawann Mohd (10 Oktober 2019). Saya tak pernah terfikir nak buat solo: Neeta Sinar Harian. Dicapai pada 19 Oktober 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]