Nicole Scherzinger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nicole Scherzinger
Scherzinger di Hollywood, 2012
Latar belakang
Nama lahirNicole Elikolani Prescovia Valiente
Juga dikenali sebagai
Nicole Kea, Queen Doll
GenrePop, R&B, pop-tarian
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penari, pelakon, model, penerbit muzik
Tahun aktif1999–kini
Syarikat rakaman
Polydor, A&M, Interscope
Pengkarya berkait
The Pussycat Dolls, Days of the New, Timbaland, Sean Combs, Keri Hilson, T.I., Will.I.Am, Sean Garrett, Will Smith, Nelly, Rihanna, Eden's Crush, Violet UK, Missy Elliot
Laman sesawang
www.hernameisnicole.com

Nicole Prescovia Elikolani Valiente Scherzinger (juga dikenali sebagai Nicole Kea; lahir pada 29 Jun 1978) ialah seorang penyanyi, pencipta lagu, penari, model dan pelakon Amerika Syarikat. Nicole juga dikenali sebagai penyanyi utama The Pussycat Dolls.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Nicole Prescovia Elikolani Valiente lahir di kota Honolulu, Hawai'i pada 29 Jun 1978.[1] Ayahnya, Alfonso Valiente, seorang keturunan Filipino[2] manakala ibunya Rosemary Elikolani kacukan peribumi Hawaii and Ukraine.[3] Beliau dibesarkan dalam anutan Gereja Katolik.

Ibu bapa Nicole bercerai semasa kecil di mana beliau duduk bersama keluarga ibunya. Beliau dan keluarga ibunya berpindah ke Louisville, Kentucky berusia enam tahun untuk duduk bersama ayah tirinya, Gary Scherzinger.[4][5]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah cuba menguji bakat sebagai anggota keempat dalam grup rap The Black Eyed Peas, namun beliau gagal; sebaliknya Fergiedipilih.[6] Pada Disember 2002, beliau bekerjasama dengan ketua kugiran X Japan, Yoshiki untuk projek Violet UK diuruskan Yoshiki.

Pada Ogos 2003, Scherzinger ke Bandar Raya New York mencuba nasib sebagai artis rakaman Arista Records di bawah nama Nicole Kea namun terganggu akibat suatu insiden bekalan terputus di kota tersebut. Beliau turut menceburi bidang lakonan termasuk suatu kameo dalam filem komedi indie Love Don't Cost a Thing.[7]

Dalam Pussycat Dolls[sunting | sunting sumber]

Lewat tahun sama, seorang kenalan dari The Black Eyed Peas, Will "Will.i.am" Adams, berhubung semula dengan Nicole untuk mengajaknya kepada suatu undangan uji bakat oleh Jimmy Iovine dan Ron Fair untuk Interscope Records mewujudkan suatu grup vokal wanita baharu.[8][6] Beliau berjaya bersama-sama Melody Thornton, Carmit Bachar, Ashley Roberts, Jessica Sutta dan Kimberly Wyatt menjadi kumpulan Pussycat Dolls,[7][9] Scherzinger menjadi ketua kumpulan serta penulis lagu album debut mereka, PCD yang terbit pada September 2005.[9]

Salah satu lagu ini, "Don't Cha" memasyhurkan mereka memasuki tangga kedua carta Billboard Hot 100.[10]

Kerjaya solo[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Killer Love (2011)
  • Big Fat Lie (2014)

Penampilan undangan[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Facebook Business". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 12, 2018.
  2. ^ J. Ko, Nalea (March 22, 2010). "Nicole Scherzinger: Dancing With Two Indian Feet". Pacific Citizen. Diarkibkan daripada yang asal pada July 27, 2011. Dicapai pada October 30, 2010.
  3. ^ "Nicole Scherzinger interview (The Wendy Williams Show)". September 30, 2015. Dicapai pada July 12, 2016.
  4. ^ The Name Scherzinger originates from the municipality of Scherzingen in Germany
  5. ^ "Gemeinde Scherzingen – Informationen über Scherzingen". Orte-in-Deutschland.de. Dicapai pada June 2, 2013.
  6. ^ a b Corner, Lewis (April 24, 2013). "will.i.am 'got Nicole Scherzinger into the Pussycat Dolls'". Digital Spy. Dicapai pada January 22, 2017.
  7. ^ a b Stack, Tim (December 17, 2007). "Nicole Scherzinger's solo debut delays". Entertainment Weekly. Time Inc. Dicapai pada March 3, 2014.
  8. ^ Matens, Todd (March 23, 2008). "Robin Antin's Pussycat Dolls: Running hurdles in high heels". Los Angeles Times. Tribune Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-02. Dicapai pada November 20, 2013.
  9. ^ a b Apar, Corey. "Nicole Scherzinger – Biography". AllMusic. Rovi Corporation. Dicapai pada January 3, 2015.
  10. ^ Concepcion, Mariel (September 20, 2008). "Pussycat Dolls' solo work on hold for "Domination"". Billboard. Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-28. Dicapai pada March 19, 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]