Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid

DPSM (Melaka); MP
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kota Tinggi
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehSyed Hamid Albar (UMNOBN)
Digantikan olehHalimah Mohd Sadique (UMNOBN)
Majoriti24,574 (2013)
Butiran peribadi
Parti politikUMNOBarisan Nasional
Anak-anak4
PekerjaanAhli politik

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid merupakan ahli politik Malaysia. Beliau ialah Pengarah Komunikasi untuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di bawah Perdana Menteri Malaysia.[1] Beliau juga pengarah dan penasihat bagi kebanyakan pertubuhan dan acara berkaitan Felda. Beliau dianugerahkan gelaran Datuk yang diterimanya dari kerajaan negeri Melaka.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Datuk Noor Ehsanuddin berkahwin dan mempunyai empat anak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Rendah Inggeris Jalan Mersing, Kluang (1970-1974) dan pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Masjid Tanah (1974-1975). Beliau kemudian diterima ke sekolah berasrama Maktab Rendah Sains Mara di Seremban, Negeri Sembilan. Selepas tamat SPM, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Illinois Selatan, Carbondale, Amerika Syarikat (Kejuruteraan Awam Dan Mekanik).[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Noor Ehsan pernah menyertai ahli lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dengan berkhdimat sebagai Pengarah Urusan bukan Bebas dan Eksekutifnya dari 2013 sehingga beliau meletakkan jawatannya pada 2017. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Felda Investment Corporation (FIC).[4][5]

Masyarakat dan Persatuan[sunting | sunting sumber]

Datuk Noor Ehsanuddin merupakan ahli aktif kumpulan sosial, masyarakat dan persatuan. Dalam tahun 80an semasa tinggal di Amerika, beliau menjadi pengerusi biro pendidikan Kelab UMNO Carbondale.[6][7] Kini, beliau turut memimpin banyak pertubuhan seperti Pertubuhan Penggiat Kompang FELDA Kebangsaan, Konvensyen Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF) 2011 dan Karnival IKTIRAF (Ikatan Hati Warga FELDA) 2011/2012.

Calon untuk Pilihan raya umum 2013[sunting | sunting sumber]

Noor Ehsanuddin dipilih oleh Barisan Nasional untuk bertanding di kerusi parlimen Kota Tinggi, Johor.[8]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[9][10][11][12]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 P156 Kota Tinggi, Johor Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (UMNO) 30,373 83.97% Onn Jaafar (PAS) 5,799 16.03% 36,943 24,574 88.18%

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Ehsanuddin didakwa menerima 14 pertuduhan rasuah bayaran ansuran kereta sebanyak RM23,540.68 ketika menjawat jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dari syarikat Karya Hidayah Sdn Bhd yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai tertuduh.[13]

Pada 1 September 2021, Ehsanuddin pendakwaan kes ditarik balik daripada sejumlah 29 pertuduhan.[14]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

  •  Melaka :
    • Darjah Panglima Setia Mahkota Melaka (DPSM) - Datuk (2011)[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Directory."Directory of Prime Minister Office Staff" Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine, Malaysia Retrieved on 30 April 2013.
  2. ^ News."118 terima gelaran Datuk" Diarkibkan 2014-07-14 di Wayback Machine, Berita Harian, 7 October 2011. Retrieved on 30 April 2013.
  3. ^ Official Website."South Illinois University", Southern Illinois University. Retrieved on 30 April 2013.
  4. ^ Bekas pengarah FIC Noor Ehsanuddin letak jawatan pengarah FGV Diarkibkan 2017-12-30 di Wayback Machine Free Malaysia Today (25 Ogos 2017). Dicapai pada 4 Mei 2017. "Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid melepaskan jawatannya dalam lembaga pengarah FGV atas 'alasan profesional dan peribadi', kira-kira 6 minggu selepas kali pertama beliau menyuarakan hasrat berbuat demikian."
  5. ^ M. Hafidz Mahpar (24 Ogos 2017). Nor Ehsanuddin resigns as FGV director The Star. Dicapai pada 4 Mei 2018.
  6. ^ News."Interview bersama Datuk Ehsanuddin", 'Berita Harian. Retrieved on 30 April 2013.
  7. ^ News. "Berita Harian". Retrieved on 30 April 2013.
  8. ^ The Star."GE13: Johor – Abdul Ghani to take on Kit Siang in Gelang Patah". The Star. Retrieved on 30 April 2013.
  9. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  10. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  13. ^ Noor Ehsanuddin didakwa 14 pertuduhan
  14. ^ Pendakwaan tarik balik kes, Ehsanuddin bebas 29 tuduhan rasuah
  15. ^ "118 terima gelaran Datuk". Berita Harian (dalam bahasa Malay). 7 October 2011. Dicapai pada 12 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)